Manjung 2016

Baru-baru ni, aku kembali ke Bandar Seri Manjung sempena cuti yang agak panjang. Boleh dikatakan saban tahun, aku tak pernah lupa untuk menjengah tempat yang punya 1001 nostalgia semasa zaman bergelar pelajar. Tahun lepas, sebelum balik KL, aku sempat singgah ke Manjung sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya melalui Teluk Intan. Setiap kali kunjungan, aku tak pernah lupa melawat tapak peninggalan universiti. Banyak kenangan aku disana. Sampai jumaat petang, perut terasa lapar kerna belum menjamah nasi sepanjang perjalanan. Lalu aku teringatkan Medan Selera Seri Manjung, dimana terletaknya Kedai Bob Corner , Nasi Lemak Sarawak (antara nama yang aku ingat) 


Sesampainya disana, apa yang aku lihat sudah berlainan. Yang masih kekal hanya mak cik penjual kuih di depan pasar. Medan selera telah berubah 60 peratus dari asal. Banyak kedai makan telah terkubur, disewa dengan pelbagai premis lain yang membuatkan medan selera hilang fungsinya. Banyak kedai direnovasikan menjadi kedai ( antara yang aku lihat, kedai jahit). Hanya satu dua kedai yang masih buka. Menurut maklumat, hanya beberapa kedai makan buka di siang hari, pada malamnya diganti dengan beberapa kedai. Medan yang suatu ketika dulu sangat kecoh dengan pelajar uitm kini suram dek perubahan masa. Bangunan tinggalan kami, masih seperti dulu, ada yang masih kosong, ada yang sudah disewa. Tampaknya seperti pekan mati di Chernobil atau Pekan Tronoh. Sempat aku menjeling pada Hasnah Tomyam, nampak pintunya bertutup...mungkin hari jumaat detik hatiku. 

Mendengar gaya percakapan penjual nasi, gayanya seperti Indonesia. Mungkin Manjung sudah dimonopoli oleh orang luar. Lagipun bandarnya sudah maju. Seiring kemajuan, pembangunan semakin rancak, banyak pasaraya besar mula bertapak sehingga merubah keseluruhan bandar. Gaya kehidupan penduduknya,kini serba moden ditambah pula dengan kemajuan teknologi dan komunikasi. Mereka boleh membeli hampir apa saja dalam talian. Sehingga makanan yang dimasak diposkan ke dalam fb komuniti dan boleh di hantar ke depan pintu. Mungkin ini salah satu faktor yang mendorong premis makanan didominasi oleh orang luar. 

Selesai makan, aku singgah ke gerai kuih mak cik di depan pasar. Seingat aku, mak cik ni pernah sedekahkan kami baki kuihnya. Pesanannya, nak makan tak mengape , tapi syaratnya makan bagi habis, jangan buang. Jadi kami bahagikan pada kawan-kawan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS