APABILA KUBUR BERKATA-KATA.....




Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-



1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)2. Hasan (anak Fatima r.a)3. Husin (anak Faimah r.a)4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a



Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,



"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."



Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."



Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-



1. Hendaklah ia menjaga solatnya2. Hendaklah dia bersedekah3. Hendaklah dia membaca al-Quran4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.



Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-



1. Jangan berdusta2. Jangan mengkhianat3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)4. Jangan kencing sambil berdiri



Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud,



"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."



Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.



Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."



Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.

Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.

Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Berkahwin Kerana Ibadah

Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.

Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.

Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.

Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah SAW. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku".

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.

Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.

Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.

Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta Dan Kasih Sayang

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.

Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.

Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerna firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

Tarbiyah Dan Pendidikan

Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.

Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.

Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.

Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung Al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.

Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan iman dan akhlak anak-anak mereka.

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.

Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 34 bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan). Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.

Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.

Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.

Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.

Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.

Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Ibu Bapa Mithali

Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.

Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.

Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan Al-Quran yang betul.

Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah SAW.

Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan Baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.

Kehadiran putera dan puteri serta cucu Baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.

Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.

Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.

Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.

Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan iman.

[petikan daripada I Love Islam dot com]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kisah dan Iktibar Untuk Kita Semua


Assalamualaikkum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.



Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.



Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.



Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.



Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.



Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.



Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.



Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.



Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.



Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

HAPPINESS IN ISLAM


Bismillahirrohmaanirrohhiim.

Subhanallah Walhamdulillah Walailaahaillallah Wallahuakbar.

Assalamualaikum w.b.t.



Ikutilah kisah dibawah dimana ianya benar2 berlaku di India dimana ianya mengisahkan pengertian KEBAHGIAAN dalam konteks ISLAM. Insya Allah, moga pembaca yang dimuliakan mendapat pentunjuk dan hidayah.



"Knock, Knock."



Terkejut seorang pegawai bangsawan British di India yang sedang enak menghirup secawan teh lalu memanggil,

" Siapakah itu? "



" Ini saya Sir, tuan punya tukang cuci baju. Saya datang hendak mengutip baju2 kotor tuan. " pinta seorang wanita tua yg miskin iaitu seorg tukang cuci baju yg berkhidmat utk pegawai bangsawan British itu.



" Oh ya tak ya...silakan masuk. Awak apa khabar? " Pegawai British itu bertanya.



" Saya sihat, tuan. ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGINYA. " jawab wanita tua itu sambil mengutip baju2 bangsawan British itu.



" Hmmm...anak2 awak pula apa khabar? dan bagaimana anak awak yg sakit tempoh hari? " tanya pegawai itu lagi.



" Mereka semuanya baik2 sahaja, tuan. SEGALA PUJI BAGI ALLAH...Cuma yg terkena jangkitan malaria masih demam panas, makan pun tak lalu..lama kelamaan tu baiklah dia, INSYA ALLAH. Yang sorang lagi tu sihat walafiat..cergas sahaja. ALLAH ITU PEMURAH, tuan. DIA MENJAGA KAMI DENGAN BAIK SEKALI. " terang si wanita tukang cuci ini.



" Huh....dan bagaimana keadaan suami awak? saya tak pernah nak bertanya. " tanya si Pegawai ini lagi yang semakin hairan dengan kenyataan wanita tua ini.



" Oh, dia sudah meninggal, tuan. Enam tahun yang lalu. ALLAH TELAH MENGAMBIL BELIAU, ALLAH PUNYA RANCANGANNYA UNTUK SEGALA2NYA."



Hendak menjadi asbab kerana perbualan ini, Pegawai Bangsawan British ini telah mendapat HidayahNya dan memeluk ISLAM. SUBHANALLAH!



Para pembaca yg dimuliakan Allah, hampir tiada apa yang menarik di dalam perbualan mereka berdua. Pegawai Bangsawan British ini sedang berusaha sama seperti kita semua untuk mencari makna dalam hidup di dunia yang fana ini.



Dia telah mencuba dengan sedaya upaya utk hidup di dunia ini akan tetapi masih merasakan tidak bahagia dan tenang yang membuatkan diri dia bingung.



Dengan wajah kepuasan dan kesyukuran dari wajah wanita tua ini sangat menawan hati pegawai tersebut.



Manakan tidak, dengan baju yang lusuh dan koyak, anaknya yang sakit kronik dan suaminya sudah tiada, ditambah lagi dengan pendapatan yang cukup2 makan dan masa depan yang tak menentu, wanita tua ini masih nampak selesa dengan nasib yang menimpanya.



Hampir setiap ayat beliau dia tidak melupakan untuk bersyukur pada Ilahi. Dia mempunyai sesuatu yang pegawai itu tiada yang membuatkan pegawai itu tidak memahaminya.



Kita semua hendak mencari kebahgiaan. Kita berusaha bagai nak rak sampai kadang2 kita sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yg kita cari dan didustakan dengan perkara luaran. Kebanyakan kita mencari kebahgiaan pada KEKAYAAN (kerja cam nak mati takpun join MLM), HIBURAN (pegi clubbing, karaoke, mabuk takpun isap ganja or batu), KEMAHSYURAN (join program realiti), KUASA DAN PANGKAT (mengampu majikan tak pun tindas yang lemah supaya cepat naik pgkat) yakni tidak dipandang pun oleh ALLAH AZZA WA JALLA. Jikalau harta duniawi ini dipandang oleh ALLAH, maka setitik air pun org kafir takkan merasa. Oleh sebab itu kita tgk ramai org yang mencari duniawi ini pasti jika diizinkan akan dapat kerana ianya tidak bernilai bahkan habuk pun tarak kepada pandangan ALLAH. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa manusia ini jika diberi DUA BATANG SUNGAI YANG MENGALIRKAN EMAS, DIA PASTI AKAN MEMINTA SEBATANG SUNGAI LAGI..ini bermakna manusia tidak pernah puas dan tidak pernah tenang dengan nikmat dunia ini. Jelaslah manusia ini punya hati yang sangat rakus..satu dunia boleh di isi didalam hati manusia dan masih ada lagi ruang kosong didlm hatinya.



JADI para pembaca yang dimuliakan...APA SEBENARNYA RAHSIA KEBAHGIAAN? APA YANG ADA PADA WANITA TUA ITU YANG TIADA PADA KITA SEBENARNYA??



Pada setiap kata2nya dlm perbualan itu ada jawapannya. Pada setiap WAKTU dan KEADAAN, dia mengingati ALLAH.



" (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah! Dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. " Surah Ar-R'ad ayat ke 28.



Allah berfirman: " Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik..." Surah An-Nahl ayat ke 97.



Yaqin dgn Kehendak dan Rancangan Allah, dan juga kerja yang jujur telah memberikan ketenangan pada wanita tua itu.



Kepada yang beriman, yakni yang sudah mengucapkan kalimah syahadah itu pasti akan diuji. Sama seperti wanita tua ini.



" Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta tanaman..." Surah Al-Baqarah ayat 155.



Kepada yang beriman, ujian yg diberi oleh Allah bukan setakan pada MUSIBBAH malah dengan KEKAYAAN dan juga perkara2 lain seperti PUJIAN juga adalah ujian.



Sabda Nabi s.a.w: " Orang yang beriman bersabar dengan semua ujian yang menimpa dan meyaqini bahwa " ada hikmah disebalik sesuatu perkara" yang Allah Yang Maha Mulia telah putuskan. [Muslim]



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Jika seorang beriman itu dikurniakan kesenangan, maka dia bersyukur pada Allah, ianya baik utk beliau; dan jika dia ditimpa musibbah, maka dia bersabar menghadapinya, yakni baik juga utk beliau." [Muslim]



Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w supaya memberikan khabar yang menyenangkan, apabila ditimpa musibbah hendaklah bersabar dan menyebut " Kita ini Milik Allah, dan pada Allah jua kita bakal kembali"

Mereka itulah orang2 yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah yang org2 yg mendapat petunjuk hidayahNya" surah Al-Baqarah ayat 155-157



" Sesungguhnya orang2 yang sabar sahaja yg akan disempurnakan pahala mereka dgn tidak terkira" surah Az-Zumar ayat ke 10



Di dalam Islam, bukanlah kita setakat sabar sahaja apabila ditimpa musibbah. Sebagai org yg beriman, cara terbaik menanganinya adalah dengan BERDOA pada ALLAH utk menerima USAHA yg telah kita lakukan dan disempurnakan dengan TAWAKKAL yakni meyaqini ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI akan melimpahkan RAHMAATNYA supaya dapat dipermudahkan urusan kita.



" Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56.



" Wahai orang2 yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum2nya dengan sepenuh hati..." Surah al-Baqarah ayat 208



" Dan JAUHKAN lah diri dari orang2 yg menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia..." Surah Al-An'aam ayat ke 70



" Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan amal baiknya!."

" Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala ni'mat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu)!"

" Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia... Dan masuklah ke dalam SYURGAKU!" surah Al-Fajr ayat 27-30.



INILAH DIKATAKAN HAPINESS IN ISLAM...WALLAHU'ALAM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

DIALOG RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS LAKNATULLAH

Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia.
Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahasiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”.
Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis pun memberi salam sampai 3 (tiga) kali salam, Rasulullah saw tidak juga menjawabnya, maka Iblis berkata : “Ya Rasullullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah : “Hai musuh Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Jangan kau coba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam as sehingga beliau keluar dari syurga, kau hasut Qabil sehingga ia tega membunuh Habil yang masih saudaranya sendiri, ketika sedang sujud dalam sembahyang kau tiup Nabi Ayub as dengan asap beracun sehingga beliau sengsara untuk beberapa lama, kisah Nabi Daud as dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.
Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wa jalla, tapi aku diharamkan Allah menjawab salammu. Aku mengenalmu dengan baik wahai Iblis, Raja segala Iblis. Apa tujuanmu menemuiku?”.
Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Engkau dapat mengenaliku karena engkau adalah Khatamul Anbiya. Aku datang atas perintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam as hingga akhir zaman nanti. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, aku tidak berani menyembunyikannya”.
Kemudian Iblispun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata : “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatahpun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu”.
Ketika mendengar sumpah Iblis itu, Nabipun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah kesempatanku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar seluruh sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai seluruh umatku.
Pertanyaan Nabi (1) :
“Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?”
Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara musuh-musuhku di muka bumi ini”.
Kemudian Nabipun memandang muka Iblis dan Iblispun gemetar karena ketakutan. Sambung Iblis : “Ya Khatamul Anbiya! Aku dapat merubah diriku seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suarapun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah. Andaikan aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu.
Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kekafiran, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan yang benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku”.
Pertanyaan Nabi (2) :
“Hai Iblis! Apa yang kau perbuat terhadap makhluk Allah?”
Jawab Iblis : “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan sholat, berbuai dengan makanan dan minuman, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda, emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan yang haram.
Demikian juga ketika pesta di mana lelaki dan perempuan bercampur. Di sana aku lepaskan godaan yang besar supaya mereka lupa peraturan dan akhirnya minum arak. Apabila terminum arak itu, maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga perbuatan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
Apabila mereka sadar akan kesalahan mereka lalu hendak bertaubat dan berbuat amal ibadah, akan aku rayu supaya mereka membatalkannya. Semakin keras aku goda supaya mereka berbuat maksiat dan mengambil isteri orang. Jika hatinya terkena godaanku, datanglah rasa ria’, takabur, iri, sombong dan melengahkan amalnya. Jika lidahnya yang tergoda, maka mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat”.
Pertanyaan Nabi (3) :
“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar dan siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?
Jawab Iblis : “Semuanya itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi Ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke langit yang lebih tinggi. Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadah bersama para Malaikat beberapa waktu lamanya.
Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan manusia yang pertama (Nabi Adam as) dan seluruh Malaikat diperintah supaya memberi hormat sujud kepada lelaki itu, hanya aku saja yang ingkar. Oleh karena itu, Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu berubah menjadi keji dan menakutkan. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikaruniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.
Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itupun aku masih belum puas dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga hari kiamat kelak.
Sebelum engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia, tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadah dan balasan pahala serta syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia dan memberitahu manusia yang lain tentang apa yang sebenarnya aku dapatkan dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan kehancuran.
Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diijinkan oleh Allah untuk naik ke langit dan mencuri rahasia karena banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku memaksa untuk naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tentaraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu, maka semakin beratlah pekerjaanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut manusia”.
Pertanyaan Nabi (4) :
“Hai Iblis! Apa yang pertama kali kau tipu dari manusia?”
Jawab Iblis : “Pertama kali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir dan juga dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, akan aku tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikuti kemauanku”.
Pertanyaan Nabi (5) :
“Hai Iblis! Jika umatku sholat karena Allah, apa yang terjadi padamu?”
Jawab Iblis : “Sungguh penderitaan yang sangat besar. Gemetarlah badanku dan lemah tulang sendiku, maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda manusia pada setiap anggota badannya.
Beberapa iblis datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, lupa bilangan raka’atnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, hilang khusyuknya, matanya senantiasa melirik ke kanan dan ke kiri, telinganya senantiasa mendengar percakapan orang dan bunyi-bunyi yang lain.
Beberapa iblis yang lain duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya tidak kuat sujud berlama-lama, penat waktu duduk tahiyat dan dalam hatinya selalu merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, itu semua membuat berkurangnya pahala. Jika para iblis tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat”.
Pertanyaan Nabi (6) :
“Jika umatku membaca Al-Qur’an karena Allah, apa yang terjadi padamu?”
Jawab Iblis : “Jika mereka membaca Al-Qur’an karena Allah, maka terbakarlah tubuhku, putuslah seluruh uratku lalu aku lari dan menjauh darinya”.
Pertanyaan Nabi (7) :
“Jika umatku mengerjakan haji karena Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawab Iblis : “Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku karena mereka telah mencukupkan rukun Islamnya”.
Pertanyaan Nabi (8) :
“Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?”
Jawab Iblis : “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya buatku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam memohonkan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemudian orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa, barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasanya”.
Pertanyaan Nabi (9) :
“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”
Jawab Iblis : “Seluruh sahabatmu termasuk musuh besarku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satupun tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Karena engkau sendiri telah berkata : “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk”.
Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Lagipula dia telah menjadi mertuamu karena engkau menikah dengan anaknya, Sayyidatina Aisyah yang juga banyak menghafal Hadits-haditsmu.
Adapun Sayyidina Umar bin Khatab, aku tidak berani memandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah seluruh tulang sendiku karena sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan : “Jikalau ada Nabi sesudah aku, maka Umar boleh menggantikan aku”, karena dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’.
Sayyidina Usman bin Affan, aku tidak bisa bertemu karena lidahnya senantiasa membaca Al-Qur’an. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak 2 (dua) kali. Karena taatnya, banyak Malaikat datang menghampiri dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan : “Barangsiapa menulis Bismillaahirrahmaanirrahiim pada kitab atau kertas-kertas dengan tinta merah, niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid”.
Sayyidina Ali bin Abi Thalibpun aku sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadah dan beliau adalah golongan orang pertama yang memeluk agama Islam serta tidak pernak menundukkan kepalanya kepada berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu” dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata : “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Lagipula dia menjadi menantumu, aku semakin ngeri kepadanya”.
Pertanyaan Nabi (10) :
“Bagaimana tipu dayamu kepada umatku?”
Jawab Iblis : “Umatmu itu ada 3 (tiga) macam. Yang pertama, seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril as : “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat”. Yang kedua, umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan karunia Allah. Berbuat amal saleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga, umatmu seperti Fir’aun, terlampau tamak dengan harta dunia dan dihilangkan amal akhirat, maka akupun bersuka cita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku ajak kemana saja mengikuti kemauanku. Jadi dia selalu bimbang kepada dunia dan tidak mau menuntut ilmu, tidak pernah beramal saleh, tidak mau mengeluarkan zakat dan malas beribadah.
Lalu aku goda agar manusia minta kekayaan lebih dulu dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka aku rayu supaya lupa beramal, tidak membayar zakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia selalu bimbang akan hartanya dan berangan-angan hendak merebut kemewahan dunia, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk kemaksiatan”.
Pertanyaan Nabi (11) :
“Siapa yang serupa denganmu?”
Jawab Iblis : “Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang yang belajar agama Islam”.
Pertanyaan Nabi (12) :
“Siapa yang membuat mukamu bercahaya?”
Jawab Iblis : “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu dan suka ingkar janji”.
Pertanyaan Nabi (13) :
“Apa yang kau rahasiakan dari umatku?”
Jawab Iblis : “Jika seorang Muslim buang air besar dan tidak membaca do’a terlebih dahulu, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari”.
Pertanyaan Nabi (14) :
“Jika umatku bersatu dengan isterinya, apa yang kau lakukan?”
Jawab Iblis : “Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya dan membaca do’a pelindung syaitan, maka aku lari dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak, maka anak itu akan gemar berbuat maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena kealpaan ibu bapaknya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku santap makanannya lebih dulu daripadanya. Walaupun mereka makan, tidaklah mereka merasa kenyang”.
Pertanyaan Nabi (15) :
“Apa yang dapat menolak tipu dayamu?”
Jawab Iblis : “Jika berbuat dosa, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah, segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya”.
Pertanyaan Nabi (16) :
“Siapakah orang yang paling engkau sukai?”
Jawab Iblis : “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”.
Pertanyaan Nabi (17) :
“Hai Iblis! Siapakah saudaramu?”
Jawab Iblis : “Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka di waktu Subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu Dzuhur, Asar, Maghrib dan Isya’, aku beratkan hatinya untuk sholat”.
Pertanyaan Nabi (18) :
“Apa yang dapat membinasakan dirimu?”
Jawab Iblis : “Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Qur’an dan sholat tengah malam”.
Pertanyaan Nabi (19) :
“Hai Iblis! ?” Apa yang dapat memecahkan matamu?”
Jawab Iblis : “Orang yang duduk di dalam masjid dan beri’tikaf di dalamnya”.
Pertanyaan Nabi (20) :
“Apa lagi yang dapat memecahkan matamu?”
Jawab Iblis : “Orang yang taat kepada kedua ibu bapaknya, mendengar kata mereka, membantu makan, pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”.
(Dikutip dari : KH. Abdullah Gymnastiar, Muhasabah Kiat Sukses Introspeksi Diri, Penerbit Difa Press, September 2006).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


ERTI SEBUAH PERKAHWINAN……


Perkahwinan adalah lambang kebesaran Tuhan menyatukan manusia. Perkahwinan juga adalah jalan untuk memiliki zuriat. Natijah perkahwinan selalunya akan melahirkan sebuah kepimpinan yang mempunyai kelas dan nilai tersendiri. Perkahwinan secara tersiratnya akan mewujudkan kepimpinan. Sekiranya kepimpinan itu mengikut Al-Quran dan sunnah, sudah tentunya hasilnya akan menemui ketakwaan. Ketakwaan adalah permata paling bernilai yang dicari oleh manusia.

Dalam perkahwinan itu sendiri telah terdapat beberapa adab dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh seseorang yang bakal menempuhi alam perkahwinan. Peraturan dan adab yang ditentukan oleh Allah adalah rahsia keharmonian sesebuah rumah tangga yang dibina. Sekiranya adab tesebut tidak dijadikan panduan dalam mengemudi sebuah bahtera perkahwinan, bimbang matlamat serta kesempurnaan rumah tangga yang diimpikan tidak menjadi realiti.

Dari peringkat awal proses memilih pasangan hidup itu sendiri terdapat adab dan tatacaranya. Sebagaimana yang digariskan dalam sebuah hadis Rasullah S.A.W, bahawa dalam memilih seseorang wanita untuk dikahwini kerana harta, kecantikan, keturunan dan agama. Namun, Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa agama harus menjadi keutamaan apabila memilih pasangan.

Kerukunan sesebuah rumah tangga itu boleh bertahan lama apabila suami isteri menjaga adab pergaulan sesama mereka. Setiap pasangan mesti tahu dan jelas peranan masing-masing. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, kehidupan juga sudah berubah bila sudah mendirikan rumah tangga. Masa yang sebelum ini diperuntukkan untuk kawan-kawan perlu dikurangan. Fokus utama sekarang adalah untuk keluarga dan pasangan masing-masing. Rumah tangga ibarat pantai yang terdedah kepada pukulan ombak. Pantai harus menjadai landai dan rela menahan terjahan ombak setiap masa. Begitulah nisbah kehidupan rumah tangga yang rata-ratanya akan diuji oleh faktor luaran dan dalaman.

Suami harus bersabar di atas sikap isteri yang dijadikan Allah lemah dan kurang mengikut ukuran agama. Kejadian kurang menyenangkan, gangguan, tekanan dalam kehidupan seharian adalah lumrah alam rumah tangga. Ia dijadikan Allah untuk mematangkan suami kerana melaluinya terbina sifat sabar dan redha kepada suami. Suami harus meningkatkan kewibawaan mengatasi masalah tersebut mengikut akal dan hukum agama yang telah dianugerahkan Allah.

Menasihati isteri dengan lemah lembut apabila berlaku kesilapan dipihak isteri adalah kaedah yang sebaik-baiknya. Jangan menyalahkan isteri sehinggakan boleh menegangkan keadaan. Harus diingat wanita itu dicipta dari tulang rusuk yang bengkok, andai terkasar bimbang akan patah ia. Bersikap terlalu lembut sehingga menghilangkan ketegasan suami juga ditegah. Ia boleh menyebabkan isteri naik muka sehingga boleh melupakan tanggungjawab dan tata susila isteri.

Salah satu sifat yang disukai dalam agama ialah melahirkan sikap cemburu suami terhadap mana-mana keadaan yang tidak sesuai dengan syariat berlaku dalam rumah tangga. Suami harus mempunyai sikap cemburu terhadap isteri yang keluar rumah walaupun dengan izinnya. Ia dilakukan dengan tidak keterlaluan. Ini dibuat supaya isteri tidak leka dengan lambaian dunia dan terlupa memelihara adab sopan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Isteri juga sentiasa beringat supaya menjaga pergaulan dan auratnya apabila berurusan dengan dunia luar.

Suami harus berperanan sebagai murabi di dalam rumah tangga. Ia menjadi contoh dan teladan kepada isteri dan anak-anak. Suami perlu mendidik isteri dan anak-anak kearah ketaatan kepada Allah. Tarbiah yang baik dan sempurna dapat mengelakkan isteri daripada jatuh ke kancah nusyuz. Kadang-kadang nusyuz berlaku disebabkan suami tidak mempunyai kewibawaan untuk menyelesaikan pentadbiran di dalam rumah tangga. Bagi suami yang mempunyai isteri ramai, keadilan harus diletakkan sebagai perkara pokok dalam menyusun giliran dan tanggungjawab. Keadilan menurut Islam bukanlah bermaksud ukuran benda atau bilangan. Keadilan di dalam konteks ini ada kalanya bersifat subjektif.

Renungkanlah dan bertanya pada diri sendiri apakah kita sudah menunaikan tanggungjawab yang sempurna atau setidak-tidaknya berusaha ke arah itu?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

teknologi membunuh tradisi...





tajuk kt atas tu aku rasa saban tahun aku ucapkan kat kwn2...memang teknologi zaman sekarang membunuh tradisi...dengan kehidupan zaman pasca moden rata-rata anak watan di negara kita sudah melupakan tradisi menghantar kak ucapan hari raya aidilfitri...[perghh ayat mcm pberita]...memang...memang ramai yang lupakan tradisi macam tu..mungkin malas nak tulis...malas nak beli setem apalagi harga setem naik dari 30sen kepada 60sen kalau untuk post surat/kad...minimum ialah 60sen...pada aku x kesah la sebab zaman semakin moden semakin maju...selagi ada kemahuan untuk menghantar kad raya selagi itu lah kita boleh kekalkan tradisi yang semakin pupus ni..agak sedih juga...abang-abang posmen yang biasanya tahun-tahun menghantar kad raya dengan jumlah yang banyak, tapi semenjak zaman teknologi harini, kad yang bakal dihantar pun kurang x semeriah macam dulu berguni-guni sekali hantar..mungkin penat..mungkin puas..mungkin rasa seronok untuk menyambut hari lebaran tatkala menghantar kad, gembira melihat air muka si penerima kad ucapan yang dikirim...zaman sekarang orang hanya sms, mms, ucap di friendster, myspace, facebook, twitter dll...hurmmm...pada aku selagi aku boleh kirim kad ucapan aku akan kirim dan tahun-tahun memang aku akan buat perkara yang sama iaitu mengirim kad ucapan hari raya...semoga usaha aku yang seciput ni sedikit sebanyak mengekalkan tradisi yang berlaku sejak sekian lama dulu lagi dan menggembirakan hati abang-abang posto untuk menghantar kad ucapan hari raya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

teknologi membunuh tradisi





tajuk kt atas tu aku rasa saban tahun aku ucapkan kat kwn2...memang teknologi zaman sekarang membunuh tradisi...dengan kehidupan zaman pasca moden rata-rata anak watan di negara kita sudah melupakan tradisi menghantar kak ucapan hari raya aidilfitri...[perghh ayat mcm pberita]...memang...memang ramai yang lupakan tradisi macam tu..mungkin malas nak tulis...malas nak beli setem apalagi harga setem naik dari 30sen kepada 60sen kalau untuk post surat/kad...minimum ialah 60sen...pada aku x kesah la sebab zaman semakin moden semakin maju...selagi ada kemahuan untuk menghantar kad raya selagi itu lah kita boleh kekalkan tradisi yang semakin pupus ni..agak sedih juga...abang-abang posmen yang biasanya tahun-tahun menghantar kad raya dengan jumlah yang banyak, tapi semenjak zaman teknologi harini, kad yang bakal dihantar pun kurang x semeriah macam dulu berguni-guni sekali hantar..mungkin penat..mungkin puas..mungkin rasa seronok untuk menyambut hari lebaran tatkala menghantar kad, gembira melihat air muka si penerima kad ucapan yang dikirim...zaman sekarang orang hanya sms, mms, ucap di friendster, myspace, facebook, twitter dll...hurmmm...pada aku selagi aku boleh kirim kad ucapan aku akan kirim dan tahun-tahun memang aku akan buat perkara yang sama iaitu mengirim kad ucapan hari raya...semoga usaha aku yang seciput ni sedikit sebanyak mengekalkan tradisi yang berlaku sejak sekian lama dulu lagi dan menggembirakan hati abang-abang posto untuk menghantar kad ucapan hari raya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bazar....Bazar...Bazar...





Salam Ramadhan 1431H kepada kwn2 yg berugama Islam dan berpuasa dalam Bulan Ramadhan ni...ada juga kwn2 Islam yang tidak berpuasa...jgn terkejut...lumrah manusia...ada terlupa niatlah, gastrik lah, x bgn sahur la...lapar 1001 alasan orang boleh create sepanjang bulan Ramadhan...terpulang...kita x dapat nak halang...rambut sama hitam...memang lumrah alam dan manusia mcm tu....yang sihat walafiat tiba2 jatuh sakit...yang sakit boleh pulak berpuasa....tp aku bersyukur kerana sepanjang Ramadhan tahun ni masih boleh berpuasa...walaupun terpaksa MC...low blood pressure, migrain la...ujian Tuhan...tanda DIA sayang aku...so aku sayang DIA juga byk-byk...amiinn...
Kalau bulan puasa tiba, orang Islam boleh menjana ekonomi yakni berniaga di bazar Ramadhan...wang pendapatan untuk sebulan sepanjang Ramadhan tu memang boleh cover untuk menghadapi persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti...insyaallah....selain dari menjana pendapatan...ada segelintir peniaga yang berani mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual makanan dan juadah pada harga yang tidak sepatutnya..ishk ishk ishk...insaflah wahai saudara peniaga sekalian...makanan ada yang dimasak nak cepat siap, mentah di dalam, x cukup rempat, x rasa apa...air paling laku dalam bulan ramadahan ni....modal kecik je tp untung besar...simbah air pili je dalam tong air tu...letak air gula dan pewarna merah, biru, kuning, ungu, hitam...mcm2 ada...namun masih tetap laku...bila da beli mcm2 dan mkn mcm2 sepanjang Ramadhan ni timbullah mcm2 penyakit pulak...haa tu la alasan yang x boleh berpusa td...sebagai pesanan dan nasihat...x perlulah membeli makanan yang tidak perlu...bak kata org tua tua...LAPAR NAFSU & MATA sahaja bila berkunjung ke bazar Ramadhan..tahun ni aku pergi 2x saja..tu pun kawan2 ajak sbb isteri habis kerja malam...so aku hanya beli nasi kerabu untuk aku, laksa seperti yang dipesan isteri dan kueh sbg penambah jika lapar...air buat di rumah...kesudahannya tetap x habis kueh tu..rasa sikit saja...lepas tu aku nekad xmo pegi bazar lagi...hanya membazir dan menghabiskan duit sahaja semata-mata...pesanan juga kepada rakan-rakan kalau hendak ke bazar ramadhan belilah makanan yang panas, di bakar atau di goreng..jgn beli makanan siap sedia sebab kita x tahu jam berapa peniaga tu masak...ada yang masak lepas sahur, sebelum jam 10 pg dah siap...mcm2...so ingatlah jangan berlebih2 dalam berbelanja kang xde baju raya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam Ramadhan Al Mubarak 1431H


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan
puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ghaplah jingga + haru biru + naya btoi




bulan lepas wallet aku hilang a.k.a kena curi...29 Jun 2010...tragedi pahit...aku mai keja...p breakfast member blanja...tghri nk kluar tgk wallet dah xdak dlm beg..ah! ada kt umah kot. desis hati aku...smpai la sepanjang hari habis kerja aku blk umah smpai malam..masa tu kelam kabut aku cari wallet...memang xdak..alamak duit aku...xpa...aku cool..pg esok aku EL pegi report polis..pastu block kad atm aku Bank Islam, CIMB n Maybank...lepas tu aku pegi buat ic..skali kena bayar RM110 da...harey..dah la xdak duit..nak kluar rumah pun pinjam dengan fahmi..dia bg la RM50..dok x dok kena bayar RM110 untuk wat ic..x masuk wat lesen+roadtax motor lagi huk huk...habis la aku! tp xpa aku rilex lg..ada la kawan baik aku bg pinjam RM200 untuk wat ic...setel wat ic aku wat lesen+roadtax..tp aku buat roadtax ja...nak buat lesen kena bayar RM150 iaitu saman aku tahun 2002...x tampal "P" kat motor..aku ingat lg..rupa-rupanya dorg buka saman lama2...sabaq ja lahhhh...aku x jd wat lesen..aku wat roadtax dulu..setel suma aku p Bank Islam buat kad...masa tu la baru aku sedar duit dalam ATM Bank Islam aku licin clear...habis langsung dia tekan..pandai dia try no.ic aku sbg no.pin...PENGAJARAN & PERINGATAN untuk kawan2...jangan la guna no.ic sbg no.pin atau password apa saja yg PENTING...naya mcm aku...bila cek dah xdak duit xpa la nk buat mcm mana..aku rilex ja..kwn aku yg teman aku nak luruh jantung dengar..yelah dalam akaun aku ribu-ribu bukan sikit beb! xpa lah rezeki dia tu...esok tu aku pegi CIMB plak...aku dah agak duit aku dah habis dalam CIMB sbb no.pin sama ja dgn suma bank hahahaha...CONFIRM!!! mmg clear duit dalam CIMB aku tu...nak buat mcm mana...huwaaaaaaa dalam hati ja lah...pastu aku masuk opis...kwn2 wat derma kilat...syahdu time ni..sedih dan terharu kwan2 tolong utk duti belanja aku...nak kenduri kwen lg kt KL ni...nak pakai duit lagi..nak pindah rumah lagi...nak buat dokumen penting itu ini lagi...sabar je lah....dugaan dan ujian untuk aku...Allah sayang aku sebab tu dia ujia ku...aku sayang DIA juga! thank you ALLAH atas peringatan yang ENGKAU berikan...aku benar2 insafi dan hargai...so, sekarang aku dah setel suma dokumen penting...yang lepas biar lah berlalu...KELMARIN KITA BERMIMPI, SEMALAM KITA TERJAGA, HARI INI KITA BERMAIN...ESOK HARI KITA MENERUSKAN PERJALANAN....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

selamat pengantin baru




ihiks...selamat pengantin baru kepada kengkawan yang berkahwin/menamatkan zaman bujang pada bulan Mei...x kira berapa haribulan pun..selamat pengantin baru semoga hubungan suami isteri kekal utuh sehingga ke Syurga...amiinnn...kepada kawan-kawan yang aku x sempat makan kenduri korang maaf la banyak2 sebab aku pun sibuk dengan majlis kenduri kembar aku...alhamdulillah semua dah lepas...syukur ke hadrat Ilahi...syukur se-syukur syukurnya...terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi hadiah...paling x tahan hadiah minuman Longjack Orang Kampung dan Kacip Fatimah Orang Kampung...perghhh dalam makna dia...ingat minuman Super Power ada gak ler tp xdak...hahahaha anyway terima kasih tidak terhingga kepada kawan-kawan yang datang kenduri dan bagi hadiah...aku bagi pihak kembar aku berterima kasih di sini hikhik...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kita Ini Tetamu Senja



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

[ A. Samad Said - 1955 ]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~ makan kat Johnny's Steamboat ~








aritu aku jenjalan dengan fairul dengan tujuan mencari steamboat [jalan jalan cari makan lagi...asyik makan aje..] fairul ajak pegi Summit USJ...aku menurut saja sebab aku percaya selera fairul mcm mkan nasi ayam penyet siangnya....hrmm hujan lebat di rumah sementara melipat kad kawen aku sambil menonton tv...setelah hujan reda [mcm tajuk lagu jah] kami keluar ke Amcorp Mall dulu...fairul mencari ubat rambut dan memperkenalkan aku satu salon untuk buat facial...maklumlah x lama lagi aku nak kawen..aku follow mcm biasa...jalan2 dalam amcorp mall xde apa yang menarik..tp yang aku tahu aku survey butik yang jual dress all white seperti yang tunang aku bgtau [nak suruh beli la tu kot...sorry not enuf money at diz time hahaha] sembang2 dengan pemilik kedai facial tu dia dah nak tutup...selamat jugak duit aku...kalau x aku main buat je...terjah...sepatutnya kena buat temujanji dulu so dia leh reserve masa untuk kami...lepas tu kami pusing mencari kedai ubat rambut...jumpa satu kedai yang jual pelbagai produk penjagaan rambut, fairul membeli sebotol jenama X (maaf x ingat) berharga almost RM50...xperlah tonik rambut untuk kesihatan rambut juga...habis pusing2 kami x tahu nak pegi mana...nak makan kt mana lalu fairul ajak ke Summit USJ mcm yang aku bgtau awal2 tadi...kami mencari Johnny's Steamboat...sampai je ke Summit USJ lepas parking kami terus mencari Johnny's...yaaa...waiter yg bernama kakak Y (x ingat nama) mencadangkan mcm2 menu...aku dengan fairul amik menu pakej B yang untuk 2 orang ditambah dengan Bihun goreng dan Jus aelovera dan tembikai (tembikai ek pacit? aku lupa la hahaha xkan sirap kot)siap oder makanan sampai dalam 15minit...memang puas hati..aku tengok banyak betol makanan yang nak kena rebut(steamboat) dari sayur-sayuran ke seafood dan mcm2 lagi suma ada...complete! yang penting sos dia wallaaaaaa memang cair di mulut juga di tangan hahaha...sedap sungguh sos dia...[nak bw tunang aku try plak pasni dgn mamat hantu durian tuh biar dia boroi] makan punya makan punya makan kami kekenyangan...memang sedap sangat! pastu kakak Y tadi lalu lalang tanya kami 2-3 kali...memang bagus la dia...bg kami layanan mcm VIP plak..pastu aku usik2 kakak Y tu bg free satu jus ke apa...rezeki murah [org nak kawen kot] kakak Y tu bagi kami free dessert...kami pilih la bubur campur huhu...x rugi juga sebab mcm2 ada dlm tu jagung, nangka, buah kabong dll...perghhh perut aku bengkak..cant hardly wait to go back home mencari ketenangan di dalam toilet...flushhhhhhh!!!!! hahahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

nikmatnya nasi ayam penyet dan pisang salai [cerita pisang lagi kah?]





weekend ni aku ke rumah fairul...tujuannya ialah memproses kad kawen aku yang ada lagi seribu keping lebih...adoi banyak la pulak...pagi sabtu yang agak cerah aku bangun dalam jam 9pagi tu pun setelah member baikku si Papa sms suruh aku tengok TV1 sebab siaran langsung sambutan hari pekerja 2010...si Papa join Koir Hari Pekerja company dia...aku bangun mandi dan bersiap sambil memasukkan segala keperluan yang patut aku bawa ke rumah fairul...1000keping kad tu agak berat disumbatkan ke dalam beg aku...redah bahu aku gini...parah...punah...tapi aku bimbit juga dengan tujuan ke rumah fairul...pagi tu aku tumpang kereta zam ke stesen putra, bangsar...dari bangsar aku turun Taman Jaya..fairul menjemput aku ke sana...perkara pertama keluar dari mulut dia ialah makan....ya...aku baru teringat yang aku belom makan apa2 lagi...hrmmm.
"aku teringin nak makan nasi ayam penyet sharifah zarina kat bandar sunway" sepantas train yang lalu tersembur keluar ayat ajakan tu..
"aku ok je pacit...aku follow" kataku sambil menyambut helmet yang fairul hulurkan kepadaku...
aku membonceng motor honda ex5 milik fairul menuju ke restoran BASO untuk menerai [try] atau mencoba nasi ayam penyet yang dia ckp...lebih kurang 15 minit kami sampai ke restoran yang dimaksudkan...siap memesan oder nasi ayam penyet 2, teh o limau ala indonesia dan teh o panas indonesia [ nama bukan main padahal teh o ja pun cehhh] kami bersembang kosong sambil menunggu hidangan siap dan dihidangkan. lebih kurang 10 minit makanan sampai...sepinggan ayam kampung goreng siap sayur kangkong, ulam, timun dan sambal dan juga sepinggan nasi putih diletakkan di atas meja kami...pertama kali aku makan hidangan makanan indonesia adalah di Bumbu Desa Restaurant, Jakarta di Indonesia. ni kira kali kedua aku makan makanan Indonesia...once aku menyuapkan nasi dan ayam penyet tu perghhhh menangkap selera dan tekak aku...x rugi aku ikut fairul ke restoran ni...aku ingat makanan kat sini tawar dan tak sedap...tapi sangkaan aku meleset...pengalaman makan di Jakarta tahun lepas betul-betul buat aku serik nak makan makanan indonesia lagi...tapi lepas makan nasi ayam penyet ni masyaallah...memang sedap sangat...x sangka aku sesedap tu...thanks to fairul yang mengenyangkan perut aku tengahari tu...habis makan nasi ayam penyet kami dihidangkan pisang salai [nama apa ntah aku dah lupa hahaha] sedap juger pisang salai tu siap tabur-tabur cip coklat lagi...dengan sos madu kot...memang sedap sangat...pandai fairul jalan-jalan cari makan....x rugi betol makan tengahari ni aku kira...kepada kawan-kawan yang nak try makan nasi ayam penyet, silalah ke Restoran Baso di bandar sunway...sedap tu x rugi...selamat mencoba memakan melantak mencekik mentekedarah dan sewaktunya hahahaha lol

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

TARIK NAFAS PANJANG-PANJANG DALAM-DALAM






hnssss...hnssss...hnsss..[bunyi tarik nafas kekekeke]

pagi ni sungguh mencabar pada aku...pagi 7 Mei 2010...aku bangun tido lambat...sedar2 jam 8:59 pagi...perghhhh kelam kabut aku capai tuala, mandi laju2 sempat gosok gigi dan cuci muka...pelajaran pertama nombor tiga : jangan tidur mati!
apa yang bermain dalam kepala aku ialah MEETING...ya...pagi ni ada meeting di office tepat jam 9pg...aku kelam kabut bersiap...capai baju melayu hitam dan sluar slack yang tergantung di belakang pintu...terus bersiap2 sambil menggapai kunci motor dan wallet serta jam tangan..masih sempat aku gapai EDT CK One dan spray dekat leher hik hik...sebaik saja aku buka pintu henfon berbunyi.
"kerol..ada mana?" kedengaran suara fahmi memberitahu aku meeting sudah bermula.
"ok..ok" itu saja yang sempat aku jawab sedangkan aku baru sahaja menutup pintu rumah.
jarak perjalanan dari rumah ke pejabat mengambil masa 13 minit jika tiada lampu merah. 23 minit jika bawa motor santai2 tetapi boleh jadi 33 minit jika ada traffic, lampu merah dan bawa motor santai-santai...aku memecut motor aku...alamak minyak nak habis pulak..apa lah nasib aku...xper...aku singgah di Petronas dulu isi minyak...RM5..ceh, tangki motor aku ada byk minyak lagi..aku sumbat juga minyak smpai RM4.53..dalam masa mengisi minyak aku mencari idea untuk memberitahu bos alasan yang sepatutnya...hrmmm...tayar motor pancit? aku takut nanti suatu hari akan pancit juga...x pernah pernah aku guna alasan mcm tu...xperlah...bohong sunat ke bohong harus...bohong tetap bohong..dalam situasi aku ni aku x berdaya....aku sms Hernah bgtau kt workshop tengah tunggu repair tayar motor pancit...aku sms juga dekat boss aku...mujur boss aku xde masalah...tapi dlm sms bos tu keluar ayat ni "TAKDIR X LEH UBAH..TAKPE.." perghhhhh aku tersentak seraya rasa berdosa besar sangat-sangat...nak je bgtau bos perkara sebenar...tp aku telan je lah...smpai selekoh nak masuk ke opis aku sms si CHOTT ajak minum since aku dah lambat n x masuk meeting..dia ON saja...so kami lepak kedai mamak belakang HOTEL MIDAH pekena roti bakar dengan teh o suam n nescafe tarik...panjang cerita kami smpai 43minit...lepas tu aku masuk opis...smpai je ofis terus aku proceed kerja yang terbengkalai semalam yang bersifat SEGERA/URGENT...aku turun naik ke tingkat 3, tingkat 4 fax surat-surat sebutharga kepada KOPERASI PEGAWAI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, siap fax, aku post....aku call [follow up]...begitu juga PURCHASE ORDER untuk en.shukor dari KL ASSAY OFFICE (M) SDN. BHD....aku fax, sms [follow up] dan post...fuhhhhh lega...sekarang aku baru boleh rehat sekejap sambil menulis blog ni...
"dah siap semua?" hernah menyapa aku bertanya hal sebab tengok aku kelam kabut.
"ah ah dah siap suma" jawabku pantas smbil jari jemari menaip blog ini.
"tu mesti buat kerja lain tu sbb laju je menaip..." usik hernah.
"ah..ah..aku tulis blog" aku menjawab sambil tersengih.
"dah agak dah, kalau kerja x menaip laju mcm tu" usik hernah sambil gelak-gelak.
aku terus menaip cerita aku sepanjang hari ini yang aku rasakan pengajaran yang boleh kita kongsi dan jadikan tauladan sempena hari jumaat ni ialah jangan menipu dan jangan tido lagi [sesudah subuh] pasti bangun lambat punya! adoiiii...hari ni aku tarik nafas panjang2 dalam2 bila semuanya selesai....fuhh...esok lusa cuti...apa plan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dan, budak renjong itu bernama Ayie........

Mula masuk UiTM Manjung, rutin harian macam biasa. Bila ada kesempatan waktu senggang, aku akan pergi ke cyber cafe (CC). Masa tu banyak jugak peristiwa-peristiwa lucu. Zaman orang menggilai permain Counter Strike (CS). Tapi aku kurang berminat dengan permainan ini berbanding keobsesan terhadap MIRc.haha. Bermula dengan mengenakan kawan-kawan yang duduk dalam CC yang sama. Menyamar jadi awek , pekena member, buat flood sampai server down dan lain-lain. Sambil-sambil tu layan jugak game cacing, Worm Armageddon. Sampai set nama player cacing-cacing tu dengan nama bilik I3 dan letak nama ahli-ahli bilik la jugak. Lawan dengan budak-budak bilik lain.


Sampai ada satu peristiwa, time pegi cc dengan Shah (aka Provos), aku tensen gila dengan cc tu sebab lembab. Apa ntah nama cc tu. Bercermin gelap, duduk bersebelahan dengan kedai Rahmat. Bengang punya pasal, terus aku taip script buat flood. Abis satu cc sever down. Antara mangsa yang berada dalam cc tu adalah Senah. Maaf Malaysia!!!. Keluar dari cc, muka Provos masam mencuka. Ni hang punya pasai!!,marah dia pada aku. Betapa seronoknya bila dapat buat benda yang orang tak suka.


Kat Manjung tu ada banyak tempat-tempat yang best dan sesuai dengan jiwa. Bila lama-lama dah bosan, mula la cari hiburan lain-Playstation. Malam tu aku pegi main game kat kedai nyonya tu. Takda geng nak main game, aku main la sorang-sorang. Kat TV sebelah, kelihatan aramai lagi budak-budak lain. Ada yang aku kenai, ada yang tak. Salah sorang budak tu, aku pernah jumpa sebelum ni.Budak yang aku pernah jumpa masa MWS dulu. Sbb dia dok lepak sekali dengan Syawal masa MWS. Tapi aku tak ingat nama.


Kegilaan kami semasa zaman jahilliyah

Masa semakin lewat, aku masih leka bermain game. Budak-budak dah semakin berkurang dan beransur-ansur balik. Tinggallah beberapa orang pelanggan (yang bukan budak UiTM) dan nyonya yang tersengguk-sengguk menunggu kami abis main game. ( ntah berapa banyak kutipan dia seharian, laku benar) Suasana semakin lengang, itu aku sedar. Tapi disebabkan jam ditangan aku masih awal (pukul 11 malam), aku teruskan bermain. Lagipun budak renjong tu pun belum balik lagi. Ada la geng.


Tiba-tiba aku macam rasa pelik, jam masih tak berganjak. Pergh....jam mati!!! Mampos aku!!!Keluar kat depan kaunter, tengok jam kedai game dah pukul 12 lebih. Aku terus bagitau budak tu, jam mati, kita dah lewat. Lepas bayar duit, dengan kelam kabut kami keluar dari kedai game tu. Pintu hostel memang dah lama tutup. Kami berjalan melewati pasar Sri Manjung untuk ke pintu depan. Ada pak guard pulak kat post pengawal dok bersembang. Kalo masuk memang la kantoi. Dalam dok berjalan, mulut budak tu dah mula bising. Ni hang punya pasal, jam mati. kan dah kantoi lewat.haha.


Takut punya pasal, manusia biasanya akan mengatasi apa saja halangan yang ada


Tiba-tiba aku teringat kata-kata senior, ada pintu belakang kat dewan makan yang menembusi studio budak part 8. Tapi tak pasti pintu yang mana. Kami mula tawaf balik ke pintu belakang (hostel lelaki). Sampai kat belakang kedai (lorong dining) lorongnya agak gelap. Baru melangkah dua tiga tapak, tiba-tiba terdengar salakan anjing. Lintang pukang kami berlari sambil mengira no pintu yang sepatutnya. Tak sempat sampai ke pintu no 8, pintu no 5 pun jadilah. Takut punya pasal. Akhirnya kami berjaya masuk balik ke hostel sambil cover macam tak ada apa-apa. Baru je naik tangga ke bilik I3. Ada senior pulak cari, aku dah cuak. "Tak guna Mat Kie, buat gempaq boleh. Aku Ingatkan pak guard!!!". Kot-kot la dia nampak kami masuk ikut pintu belakang tadi. Tapi senior sekolah aku nak jumpa. Lalu menghela nafas lega. Selesai satu bab.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS