ERTI SEBUAH PERKAHWINAN……

Perkahwinan adalah lambang kebesaran Tuhan menyatukan manusia. Perkahwinan juga adalah jalan untuk memiliki zuriat. Natijah perkahwinan selalunya akan melahirkan sebuah kepimpinan yang mempunyai kelas dan nilai tersendiri. Perkahwinan secara tersiratnya akan mewujudkan kepimpinan. Sekiranya kepimpinan itu mengikut Al-Quran dan sunnah, sudah tentunya hasilnya akan menemui ketakwaan. Ketakwaan adalah permata paling bernilai yang dicari oleh manusia.

Dalam perkahwinan itu sendiri telah terdapat beberapa adab dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh seseorang yang bakal menempuhi alam perkahwinan. Peraturan dan adab yang ditentukan oleh Allah adalah rahsia keharmonian sesebuah rumah tangga yang dibina. Sekiranya adab tesebut tidak dijadikan panduan dalam mengemudi sebuah bahtera perkahwinan, bimbang matlamat serta kesempurnaan rumah tangga yang diimpikan tidak menjadi realiti.

Dari peringkat awal proses memilih pasangan hidup itu sendiri terdapat adab dan tatacaranya. Sebagaimana yang digariskan dalam sebuah hadis Rasullah S.A.W, bahawa dalam memilih seseorang wanita untuk dikahwini kerana harta, kecantikan, keturunan dan agama. Namun, Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa agama harus menjadi keutamaan apabila memilih pasangan.

Kerukunan sesebuah rumah tangga itu boleh bertahan lama apabila suami isteri menjaga adab pergaulan sesama mereka. Setiap pasangan mesti tahu dan jelas peranan masing-masing. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, kehidupan juga sudah berubah bila sudah mendirikan rumah tangga. Masa yang sebelum ini diperuntukkan untuk kawan-kawan perlu dikurangan. Fokus utama sekarang adalah untuk keluarga dan pasangan masing-masing. Rumah tangga ibarat pantai yang terdedah kepada pukulan ombak. Pantai harus menjadai landai dan rela menahan terjahan ombak setiap masa. Begitulah nisbah kehidupan rumah tangga yang rata-ratanya akan diuji oleh faktor luaran dan dalaman.

Suami harus bersabar di atas sikap isteri yang dijadikan Allah lemah dan kurang mengikut ukuran agama. Kejadian kurang menyenangkan, gangguan, tekanan dalam kehidupan seharian adalah lumrah alam rumah tangga. Ia dijadikan Allah untuk mematangkan suami kerana melaluinya terbina sifat sabar dan redha kepada suami. Suami harus meningkatkan kewibawaan mengatasi masalah tersebut mengikut akal dan hukum agama yang telah dianugerahkan Allah.

Menasihati isteri dengan lemah lembut apabila berlaku kesilapan dipihak isteri adalah kaedah yang sebaik-baiknya. Jangan menyalahkan isteri sehinggakan boleh menegangkan keadaan. Harus diingat wanita itu dicipta dari tulang rusuk yang bengkok, andai terkasar bimbang akan patah ia. Bersikap terlalu lembut sehingga menghilangkan ketegasan suami juga ditegah. Ia boleh menyebabkan isteri naik muka sehingga boleh melupakan tanggungjawab dan tata susila isteri.

Salah satu sifat yang disukai dalam agama ialah melahirkan sikap cemburu suami terhadap mana-mana keadaan yang tidak sesuai dengan syariat berlaku dalam rumah tangga. Suami harus mempunyai sikap cemburu terhadap isteri yang keluar rumah walaupun dengan izinnya. Ia dilakukan dengan tidak keterlaluan. Ini dibuat supaya isteri tidak leka dengan lambaian dunia dan terlupa memelihara adab sopan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Isteri juga sentiasa beringat supaya menjaga pergaulan dan auratnya apabila berurusan dengan dunia luar.

Suami harus berperanan sebagai murabi di dalam rumah tangga. Ia menjadi contoh dan teladan kepada isteri dan anak-anak. Suami perlu mendidik isteri dan anak-anak kearah ketaatan kepada Allah. Tarbiah yang baik dan sempurna dapat mengelakkan isteri daripada jatuh ke kancah nusyuz. Kadang-kadang nusyuz berlaku disebabkan suami tidak mempunyai kewibawaan untuk menyelesaikan pentadbiran di dalam rumah tangga. Bagi suami yang mempunyai isteri ramai, keadilan harus diletakkan sebagai perkara pokok dalam menyusun giliran dan tanggungjawab. Keadilan menurut Islam bukanlah bermaksud ukuran benda atau bilangan. Keadilan di dalam konteks ini ada kalanya bersifat subjektif.

Renungkanlah dan bertanya pada diri sendiri apakah kita sudah menunaikan tanggungjawab yang sempurna atau setidak-tidaknya berusaha ke arah itu?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

teknologi membunuh tradisi...

tajuk kt atas tu aku rasa saban tahun aku ucapkan kat kwn2...memang teknologi zaman sekarang membunuh tradisi...dengan kehidupan zaman pasca moden rata-rata anak watan di negara kita sudah melupakan tradisi menghantar kak ucapan hari raya aidilfitri...[perghh ayat mcm pberita]...memang...memang ramai yang lupakan tradisi macam tu..mungkin malas nak tulis...malas nak beli setem apalagi harga setem naik dari 30sen kepada 60sen kalau untuk post surat/kad...minimum ialah 60sen...pada aku x kesah la sebab zaman semakin moden semakin maju...selagi ada kemahuan untuk menghantar kad raya selagi itu lah kita boleh kekalkan tradisi yang semakin pupus ni..agak sedih juga...abang-abang posmen yang biasanya tahun-tahun menghantar kad raya dengan jumlah yang banyak, tapi semenjak zaman teknologi harini, kad yang bakal dihantar pun kurang x semeriah macam dulu berguni-guni sekali hantar..mungkin penat..mungkin puas..mungkin rasa seronok untuk menyambut hari lebaran tatkala menghantar kad, gembira melihat air muka si penerima kad ucapan yang dikirim...zaman sekarang orang hanya sms, mms, ucap di friendster, myspace, facebook, twitter dll...hurmmm...pada aku selagi aku boleh kirim kad ucapan aku akan kirim dan tahun-tahun memang aku akan buat perkara yang sama iaitu mengirim kad ucapan hari raya...semoga usaha aku yang seciput ni sedikit sebanyak mengekalkan tradisi yang berlaku sejak sekian lama dulu lagi dan menggembirakan hati abang-abang posto untuk menghantar kad ucapan hari raya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

teknologi membunuh tradisi