Selamat Tahun Baru 2010...


perginya 2009 dengan penuh kenangan...kedatangan 2010 dinanti penuh debaran....ya, semoga kehadiran tahun baru 2010 tahun ini menjanjikan lebih keriangan, kesyukuran, keberkatan, kebahagiaan dan kemanisan dalam kehidupan. kepada kawan-kawan sekalian tidak kira segenap pelusuk mana diucapkan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan lindungan keberkatan hidup pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. sama-samalah kita menghayati erti penghijrahan atau kedatangan tahun yang baru bukan sahaja dari segi penambahan atau peningkatan umur tetapi dari sudut pencapaian yang telah kita kecapi pada tahun 2009. semoga kalian telah memenuhi kalendar 2009 dengan segenap pengisian yang tidak membazir tetapi penuh manfaat dan faedah baik dari segi ilmu, amalan dan juga ibadah. ramai kawan-kawan mengikat tali pertunangan dalam tahun 2009 dan ramai juga rakan-rakan seperjuangan dahulu menamatkan zaman bujang masing-masing. kepada rakan yang sempat menerima kunjungan tahniah diucapkan. kepada kawan yang tidak nampak kelibat kehadiran, seribu kemaafan dipohonkan. sesungguhnya kita hanya merancang tetapi keputusan hak milik yang berkuasa lagi Maha Esa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kisah Pak Tam

Dengan berhati-hati Pak Tam menyusun kayu api dan rotan yg dikutip di hutan tdak berapa jauh dari pondok usangnya,berpeluh2 Pak Tam,tubuh tua itu seakan tidak kenal erti penat,dalam fikirannya cuma hendak mencari rezeki demi sesuap nasi utk anaknya...bapa tunggal ini terpaksa menjaga anaknya yg baru berusia 8 tahun walaupun pada masa yg sama terpaksa bekrja kuat.semenjak kematian isteri,Pak Tam terpaksa bekerja dengan lebih keras.satu hari Pak Tam seperti kebiasaannya bangun awal untuk ke hutan,selepas solat Subuh,pak tam terus menyediakan sarapan untuk anaknya,sebuku roti,sebiji telur goreng dan air suam,semasa menyediakan sarapan ekor mata pak tam melirik kepada anaknya,hati tua itu begitu mengasihi anaknya...selepas siap bersarapan terus pak tam melangkah ke hutan,dihayunkn kakinya selaju yg boleh,demi sesuatu perkara yg penting di rumahnya...tatkala mengutip hasil hutan,tiba2 pak tam terasa pening,terhoyong hayang tubuh kurus itu,dn akhirnya pak tam jatuh menyungkur menyembah bumi,semuanya menjadi hitam pekat,sepekat kopi bancuhan arwah bininya...
pak tam semakin nazak...selepas kejadian tergelincir semasa mencari kayu api dn rotan di hutan,sakit pak tam semakin menjadi2,anaknya kelihatan menangis teresak2 di sisinya,suasana di pondok usang itu semakin sayu,pak tam dapat sampai ke rumah pun atas pertolongan orang kampung yg kebetulan melalui kawasan pak tam mencari rezeki.jika tidak mungkin pak tam mati tidak berkubur.
dengan nada yg lemah pak tam memanggil anaknya rapat ke sisi;"timun,mari sini nak,mari duduk sebelah bapak."lantas timun ke sisi pak tam,"ye bapak,"jawab timun sedih."timun,bapak ada perkara nak beritahu kamu ni,rapatkan telinga kamu,bapak nak berbisik."timun pun menuruti saja permintaan bapaknya,dalam hatinya begitu hiba sekali,memikirkn adakah ini permintaan terakhir bapaknya.berbisiklah pak tam ke telinga anaknya,"timun,kamu pegi log out fesbuk bapak,bapak telupe la log out semalam,kang kamu main fesbuk pakai akaun bapak pulak,mana bole,kamu pun main fesbuk bukan main lagi ye...sampai 2-3 pagi,jenuh bapak tunggu turn,"dgn muka bengang timun pun menurut permintaan bapanya.rupanya pak tam cuma tidak bole bangun sebab pinggangnya sakit,bengang timun dengan bapanya.selepas kejadian itu,pak tam dn anaknya tidak lagi berebut online fesbuk...(bahaya tul fesbuk ni,sampai camni skali) sekian...hahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Eh! Betul ke UiTM Manjung Macam Ni? - Mozaik04

"kat mana UiTM Manjung ek?" terdengar suara salah seorang pelajar dengan nada kepenatan selepas minggu wawasan siswa...penat dan keliru mencari kampus atau fakulti pengajiannya...bas masih meneruskan perjalanan dari sri iskandar ke manjung...aku sendiri berdebar-debar untuk bertemu tempat pengajian baru...
~ manjung?x pernah aku terfikir untuk menjejakkan kaki ke bumi manjung...paling hampir aku sampai ke lumut untuk pergi ke pulau pangkor, itu pun masa kem perkhemahan sekolah menengah kebangsaan tan sri abdul aziz masa aku tingkatan 5 dulu...sungguh indah masa itu dirasakan...angkut berguni guni timun dan makanan lain, periuk belanga dan segala macam...cikgu cikgu turut sama mengangkut barangan keperluan masa tu...kami meraba didalam pekat malam...mujur cahaya bulan malam itu agak terang...turun naik bukit di tengah malam memang mencabar...aku dan rakan rakan berjalan dalam kumpulan, bimbang barisan terputus, ada kawan yang hilang...tapi pengalama bercamping di teluk segadas pada masa itu terlalu indah untuk digambarkan...hampir dua jam perjalanan menaiki bukit dan menuruni cenuram yang agak tajam, aku dan rakanku mat noh, alias dan rakan rakan yang lain terpana dengan keputihan pantai. walau pada malam itu cahaya tidak terang, tapi keputihan pantai memukau aku...aku dan matnoh berjalan agak laju untuk meletakkan barangan yang dibawa...terus menghempas beg pakaian yang dikendong dan berlari ke gigi pantai...sejuk, dingin dan nyaman sekali ari laut teluk segadas pada malam itu...semakin lama kami dapat melihat segenap tubuh rakan rakan kerana biasan cahaya bulan yang memancar ke pantai menyuluh tubuh tubuh gempal, kurus, tinggi dan rendah aku dan rakan rakan yang menyertai perkhemahan itu...acara malam itu ialah berehat...berehat dan berehat..aku lihat ustaz saipol dan cikgu jamal memasang khemah untuk pelajar perempuan...aminah,habsah, zakiah, nurul dan rakan-rakan perempuan yang lain membantu...aku dan matnoh hanya membentangkan tikar plastik yang dibawa dan menghampar ke atas hamparan batu yang agak besar...kerana kepenatan yang amat sangat..kami berdua tertidur di atas batu itu berselimutkan dingin angin pantai dan berkelambu cahaya bulan...memang kami keletihan dan tertidur begitu sahaja...~

~ maaf kawan (uitm), aku hanya terlalu rindu waktu ini...aku hanya ingin berkongsi cerita aku bersama rakan rakan sewaktu perkhemahan dulu..entah apa nasib rakan rakan yang sudah lama terputus hubungan...semoga kami semua diberkati Allah dan berbahagia dengan kehidupan masing-masing ~


manjung...manjung...manjung...dimana pusat pengajiannya???bas yang kami naiki sejam perjalanan dari sri iskandar berhenti didalam kawasan deretan rumah kedai yang di cat berwarna putih dan merah hati...cat bangunan rumah kedai itu sendiri sudah pudar...aku dan rakan-rakan yang lain hanya terpegun dengan suasana yang tidak langsung menarik minat dan menyedapkan hati...luluh hati aku, hancur berkecai melihat keadaan deretan bangunan yang dikatakan fakulti pengajian aku dan rakan-rakan yang lain...aku pasti rakan-rakan yang lain juga berperasaan serba tak kena dan kecewa seperti yang aku rasakan sekarang...aku melihat lihat sekitar kawasan putih merah hati itu...gambaran lori beg bermain main di dalam kepala aku...dimana beg aku? di mana beg rakan rakan aku yg lain juga?hanya ada baldi merah yang di dalamnya aku isi toiletries, bantal dan penyangkut baju...di bahu aku, aku sandangkan porch beg pemberian kawanku yang aku isi barang-barang penting seperti wallet, hanfphone dan sebagainya...lori yang berisi beg pakaian kami belum sampai..kami berborak sesama rakan sementara menunggu ketibaan lori yang 10 minit dibelakang bas kami tadi...10minit berlalu dan lori yang ditunggu pun muncul menjengah kawasan perumahan kedai itu. kami terus beratur mengambil beg pakaian masing-masing...ada yang tersalah ambil,ada yang begnya terkoyak, zip tercabut dan rosak dan macam-macam lagi..biasala...dah nama pun campak humban lempar baling beg dalam lori.aku menggenggam beg hijau muda aku yg sarat dengan pakaian kemudian bersama rakan-rakan lain berjalan ke blog i iaitu penempatan untuk pelajar junior. aku membaca sekeping kertas yang tertampal di pintu-pintu rumah kedai itu mencari nama aku. dari blok i-9 turun ke i-8, i-7, i-6,i-5,i-4 kemudian aku tersenyum melihat nama aku tertampal di pintu i-3....ya...pintu rumah ke-3 disepanjang blok i tersebut. dengan tangan memegang baldi dan beg pakaian aku tersenget-senget membawa barang-barang naik ke rumah...menaiki tangga untuk ke atas tempat penginapan, aku terkejut melihat suasana yang semak, tidak kemas dan tidak teratur...macam-macam barang bersepah didalam rumah di ruang tamu...eh eh..betul ke uitm manjung mcm ni?persoalan demi persoalan membelenggu ruang hati dan fikiran kami satu rumah. aku tidak berfikir panjang. aku terus mencari katil kosong dan almari...aku menarik sebuah almari dari luar dan masuk ke bilik aku...aku mendapat katil atas lagi sekali..katil bawah sudah diambil oleh irwan effendy...satu bilik tu ada 4orang...lagi dua budak art & design x lain x bukan si ahmad tarmizi jusoh dan juga si shahidan....kami berkenalan secara spontan kerana masing-masing sibuk mengemas katil dan almari. aku tidak berfikir pnjang...terus mencampakkan beg pakaian aku tanpa membuka terlebih dahulu dan terus mengunci almari dan bersiap siap untuk pulang ke Penang petang itu. agaknya rakan baru sebilik kehairanan...aku biarkan dulu...dibawah zaid sudah menunggu untuk sama-sama pulang ke penang.kami berjalan menuju stesen bas ekspress manjung...x jauh dari hostel...memang mudah tiap kali mahu pulang ke kampung. hehehe....aku dan zaid membeli tiket dan mendapat tempat duduk paling hadapan sekali iaitu dibelakang pemandu bas. bas mula meluncur memulakan perjalanan...selang beberapa minit bas transnasional Lumut-Butterworth bergerak meninggalkan pekan manjung...aku lihat di bahagia tempat duduk belakang ada ramai lagi kawan-kawan dari utara antaranya yang aku ingat ayie (sorry kwn2 lain...x dpt gambaran korg dlm kpla otak aku...ayie sbb renjong hahaha. sepanjang perjalanan, bas kami melalui kawasan pantai remis, manjoi untuk menuju ke kuala kangsar...kemudia baru bas akan masuk hihgway menujur butterworth...keadaan jalan yang bengkang bengkok membuatkan zaid pening-pening lalat. " ted, aku pening ni...gila punya jalan mcm ni" zaid merungut...aku hanya berdiam diri. " ni first time aku naik bas jalan jauh ted, aku rasa nak muntah wei " zaid menyambung lagi...zadi betul-betul pening nak muntah...pada mulanya aku ingat dia hanya melawak...dia mencari-cari plastik untuk muntah...aku sendiri tiada plastik...zaid tidak tahan lagi menanggung rasa mual dan muka mulai biru (mcm dlm katun ja) tiba-tiba " wekkkk....uwekkkk..." zaid memuntahkan nasi dan makanan dining hall uitm pg tadi hahahaha...terus muntah didalam beg kertas yang berisi bajunya...memang x dapat dikawal...dibiarkan muntah bergaul mesra bersama baju baju di dalam paper begnya...kemudia zaid tergelak sambil menyapu air mata yang keluar. aku turut sama ketawa kerana kali pertama naik bas dengan kawan lelaki yang muntah dalam bas..x kisah la sbb alasan zaid meyakinkan aku..first time naik bas jalan jauh katanya. hihihiii

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MWS - Mozaik03

"diminta semua mahasiswa supanya turun ke dewan sekarang...diulang, diminta semua mahasiswa turun ke dewan sekarang" satu suara yang tegas dan lantang keluar dari corong speaker. announcement dari fasilitator kursus atau o.c membuat semua mahasiswa berserakan bersiap2 ke dewan untuk solat maghrib berjemaah...itu lah aktiviti pertama sebagai permulaan sempena hari orientasi atau dikenali minggu wawasan siswa pada tahun itu. setelah semua mehasiswa lelaki dan perempuan siap berkumpul dan mengerjakan solat, kami semua berkumpul, mendengar taklimat dan fasilitator memperkenalkan diri masing2...selepas itu sesi pembahagian kumpulan. setiap mahasiswa di suruh menyebut nombor 1-20 (kalau x silap la...kalau salah sila perbetulkan)sebagai tanda pembahagian kumpulan akan diadakan...kami semua menyebut nombor masing2 dalam kiraan tersebut dan mula duduk dalam kumpulan masing-masing. oleh kerana aku tinggi jadi aku duduk di bahagian belakang sekali bersama kawan-kawan tinggi yang lain. rancak kami memperkenalkan diri. rata-rata mahasiswa datang dari utara jadi aku tidak rasa asing sangat. maklumlah dah dua tahun tinggal buku dan pen baru aku dapat menjadi pelajar seteah otak aku karat dan tepu dek kerana bekerja di kilang dan tidak mempedulikan buku apa-apa. antara barisan belakang bersama aku ialah ayie (budak course art & design, ayie (budak course quantity survey) dan ada lagi beberapa orang yang aku tidak ingat..apa yang pasti, din bahador dan zaid yang sama course dengan aku pun duduk di belakang walaupun x tinggi mana haha...zaid yang paling rendah dan paling rapat dengan aku pada masa itu.

~ maaf kawan andai aku tidak dapat mengingati nama-nama kalian..sesungguhnya terlalu lama masa MWS ditinggalkan...peace no war! ~

pada satu malam yang penat utk mahasiswa, di rancang oleh fasilitator yang bijak dan berdisiplin. diadakan qiyamullail...kami semua mengaduh..seawal 3pagi kami disuruh bangun..dengan muka sembab, mata merah bersaga x cukup tdo..masih mamai..kami semua ke dewan untuk qiyamullail sebelum solat subuh...paling best skali bila sujud rakaat kedua, ramai x bangun-bangun dah..tdo terus...aku sendiri jadi x kusyuk sebab tiba-tiba terasa bangun sendirian...aku pandaang kiri kanan kawan-kawan aku tidor dengan keletihan. bijak juga cara kawan-kawan aku mengelat..sampai je salam kanan dan kiri semua bangun sambung solat...itu antara peristiwa lucu dan dikenang sampai bila-bila...ada lagi suatu malam fasilitator hendak buat spotcheck...rokok atau henset akan dirampas kerana sudah di explain awal-awal lagi bahawa uitm kawasan larangan merokok (walaupun perokok tegar dan masih merokok di dalam kawasan uitm) dan juga sepanjang MWS tidak boleh menggunakan telefon bimbit...henpon disimpan oleh fasilitator...alhamdulillah...aku terselamat walaupun henpon aku simpan baik-baik di dalam beg, fasilitator tidak berjaya ketemu..tapi ramai kawan2 yang merokok mengadu dan mengeluh rokok di rampas fasilitator...hahaha nah! rasakan. walaupun kepenatan dengan ceramah dan pelbagai program minggu itu, kami semua gembir dapat berjumpa kawan baru. tidak kurang juga ada yang main2 mata, mencari pasangan dibuat teman study...teman makan...teman seumur hidup? mungkin...jodoh di tangan tuhan. pada satu malam fasilitator sekali lagi buat spotcek mengejut...jam seawal 3 pagi...semua mahasiswa masih sedap lena dibuai pelbagai mimpi indah, ngeri, manis dan pahit...tiba-tiba aku dikejutkan salah seorang fasilitator. " hoi...bangun..bangun" aku dikejutkan fasi tersebut. dengan keadaan separuh sedar, aku hanya membuka mata separuh kerana cahaya lampu kalimatang menerjah masuk ke kornea mata seterusnya aku dengan malas membuka mata melihat fasilitator itu. mata aku terasa amat pedih sekali dek panahan cahaya lampu. "bak sini kunci almari, nak spotcek " kata salah sorang fasililtator. "nak amik kunci pastu tutup balik almari tu" aku menggagau kunci almari dibawah bantal dan memberi kepada budak lelaki kurus tinggi itu. aku terus sambung tidur. tiada apa yg perlu aku risau sbb aku tahu tiada barang2 penting dan tiada rokok ataupun barangan yang menyalahi akta semasa bergelar mahasiswa. "tidur lagi best " bisik hati kecilku...aku menyambung tidur tanpa mempedulikan fasilitator fasilitator itu menyelongkar almari aku. entah apa nasib rakan sebilikku si ned, rie dan firdaus yg merupakan penghulu minggu MWS kali ini. kami meneruskan rutin harian mws dgn mendengar ceramah agama dan pelbagai ilmu. masa terasa begitu lama. buat latihan dalam kumpulan, perkenalkan diri pada kawan-kawan dan seangkatannya. sampailah hari jumaat, kami semua di minta berpakaian baju melayu lengkap untuk mengerjakan solat jumaat. pada pagi itu aktivit mws lain daripada biasa. ya...ujian membaca Al-Quran..bukan ujian, tp ujian bagi mahasiswa yang tidak tahu membaca Al-Quran...tidak tahu hukum hakam yang tepat, sebutan yang betul walaupun tidak boleh berlagu hijjaz, baiyati dan sebagainya...aku bersyukur kerana boleh membaca dengan baik. syukur alhamdulillah..berkat ajaran Pak Teh Wi (ustaz di kampung aku)aku pernah menyertai pertandingan tilawah Al-Quran peringkat sekolah sekolah rendah zon lenggong masa darjah 4 kemudian darjah 5 dan 6 aku menyertai tahfiz Al-Quran...tapi sekarang entahlah...makin tua makin lupa..tp umur bukan alasan..salah aku yang tidak membaca selalu...manusia benar2 berubah mengikut aliran masa...setelah tiba giliran aku, aku berhadapan dengan fasi yang bernama ahmad fauzi...aku ingat dia lagi tua daripada aku, dan dia pun ingat aku lebih muda daripada dia...selesai membaca AL-Quran, aku masuk semula ke dalam dewan bersama mahasiswa lain untuk bersiap sedia solat jumaat."wahhh macam pengantin! " terdengar usikan hafiz dari belakang..hafiz budak jurusan Quantity Survey..yang lain turut mengusik macam Azhar yg betubuh agak gempal, ayie, din dan lain-lain...hari jumaat adalah hari yang terakhir sesi ceramah semua...lega kami rasakan...esok adalah hari majlis penutupan minggu wawasan siswa. kami semua tidak sabar untuk keluar dari penjara seminggu tu...terlalu lama dirasakan...tapi bersyukur pelbagai ilmu dapat dipelajari..setelah selesai program di dewan pada malam tu..kami semua pulang ke bilik masing2 penuh girang...masing2 mula mengemas pakaian dan peralatan lain..esok beg beg kami akan diangkut menggunakan lori bagi pelajar jurusan pengurusan pejabat, seni lukis dan seni reka, sains komputer dan akaun. jurusan kejuruteraan awam pula berfakulti di sri iskandar. ya...kami akan ke manjung esok..Manjung...itulah permulaan cerita ini sebenarnya kawan. banyak kenangan suka duka pahit manis di sana..pelbagai ragam cerita rakan-rakan sebaya boleh dikongsi bersama..kepada mizie...tunggu ek..sikit lagi ni nak smpai bilik kita hahahahaha..aku xmau cerita part biskut masa mws sebab hang dah cerita dah kan haha..biskut aku sendiri terbelah dua..bukan patah tapi buka menjadi 2 keping...aku gam saja hahaha...
seawal pagi kami solat subuh berjemaah beramai-ramai pada pagi hari terakhir kami mws, kami ke dewan makan untuk menikmati makanan terakhir di sri iskandar (bg pelajar yang akan ke Manjung dan setelah itu kami semua mula mengemas pakaian, barang2 toiletries, baldi, bantal dan pelbagai jenis barangan penting dan juga x penting...kami semua mula mengangkat keluar pakaian masing2 untuk di humban ke dalam lori...sebanya 2buah lori disediakan untuk membawa pakaian mahasiswa yang akan berpindah ke uitm manjung...aku sendiri bingung dah tidak dapat membayangkan bagaimana uitm di manjung nanti...tapi aku tidak kisah sangat..apa yang aku kisahkan ialah untuk pulang ke pulau pinang berjumpa emak dan kakak serta kawan kawan aku...kini,tibalah saat saat yang menyedihkan kerana semua mahasiswa akan berpisah untuk meneruskan pengajian masing2 membanting akal dan kebijaksanaan otak dalam menimba ilmu di menara gading...lori yang sudah dipenuhi beg pakaian mahasiswa lelaki dan perempuan sudah bergerak ke manjung...kami, mahasiswa dari sri iskandar ke manjung menaiki bas yang disewa khas...terdapat sebahagian besar OC atau fasilitator juga menaiki bas ke manjung...fahamlah aku bahawa bukan semua course berpusat-pengajian-kan seri iskandar ( ada ke istilah berpusat-pengajian-kan?)..aku menaiki bas bersama hafiz, zaid dan rakan-rakan lain...

~ UiTM Manjung.........here we come!!! ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cerita dari seorang kawan :……. ?


Hari ini semua adik beradik aku akan pulang beraya di kampung. Mereka biasanya pulang ke kampung, setelah beraya di rumah mertua masing-masing terlebih dahulu. Biasanya abang atau kakak aku akan pulang pada hari raya kedua. Ibu yang di kampung agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak pulang beraya, semangatnya lain. Ibu gagahi juga untuk bangun seawal pagi, menggoreng nasi buat santapan pagi bagi mereka yang akan pulang menjengah pagi nanti.

Aku yang sememangnya tinggal di kampung, menolong apa yang patut sambil memerhati
kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit. Bengkak dan kebas kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku hulurkan tangan untuk membantu. "tak payah! biar mak yang buat, nanti lain pula rasanya" katanya. Aku biarkan sahaja, walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan ibu. Bersemangat untuk menyediakan nasi goreng untuk anak-anak dan cucu-cucunya yang akan pulang untuk merayakan hari raya bersamanya.

Aku tahu, disudut hati ibu masih terasa sedih dan sayu kerana anak-anaknya tidak dapat beraya bersama di pagi raya. Tetapi, riak mukanya langsung tidak ditunjuk, malah ingin pula menjamu anaknya. Terhenjut-henjut ibu berjalan ke sana ke mari mengambil dan menyediakan bahan-bahan untuk nasi goreng. Bukan main khusyuk dan bersungguh, cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Apa yang dinanti sudah kunjung tiba. Mereka sudah selamat pulang ke kampung. Aku mula hidangkan nasi yang digoreng ibu untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya asyik menjamu selera. Memang berselera mereka makan nasi yang digoreng ibu. Ibu tahu, anak-anak dan cucu-cucunya suka akan nasi goreng hasil dari air tangannya. Dalam tidak sedar, nasi sudah hampir habis.

Terdetik dihatiku, " ahhh... mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu" seraya itu abang aku bertanya "siapa yang tak makan lagi nasi ni".

Aku menjawab, "mak belum makan apa lagi tu!!!" Ibu dengan bersungguh menjawab "Ehh... mak tak mau…tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi’.

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata aku dalam hati, "oohh... mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya..."

Bila semua dah keluar menjengah untuk beraya ke rumah saudara mara, aku lihat ibu terhenjut-henjut ke dapur. Biasanya ibu tak ikut beraya, "takut nanti ada orang datang umah beraya" ibu mengungkapkan alasannya.

Lantas, aku bertanya "mak nak apa..nak ambilkan".

"takpa nak rasa nasik ni sikit" katanya.

Dari jauh, aku lihat ibu rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki di dalam kuali untuk dimakan. Mata aku mula bermanik, sayu dan sedih. Terguris sungguh hati aku. Air mata aku sudah tidak tertahan-tahan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya, asal mereka semua kenyang.

Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..

Ya Allah, Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah dosanya, berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

Cintaku padamu membawa ke jalan yang benar. Terima Kasih atas segala pengorbananmu. Semoga Allah sentiasa memberkatimu. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nyanyi Talandi - Anak Ruma' Kadang


Aki’ tai iring tuan
Tamai kurus luk bang laman
Miri singa’ long sebangang
Talandi’ laaandi i

Ruan sepakoi opis tuan
Long lutok yamu’ pengiran
Rigo labo patar sukung
Talandi’ laandi i

Remet barok natad batang
Nubur satu tunung murang
Long mabong opis tuan
Talandi’ laandi i

Liung baru’ busat dalan
Sinung lakai natad tuan
Ruan semadoh leben dalan
Talandi’ laandi i

Long tanid nan ruran
Long beluyu nan i kam
Lawet lasung long kerabangan
Talandi’ laandi i

Uluh gura leben dalan
Long ugong opis tuan
Dayang akat busat dalan
Talandi’ laandi i

Aing abai kubu’ tuan
Paren sakai lung kelalan
Libat agong dei long ritan
Talandi’ laandi i

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

sedarlah hai kawan


manusia tidak tahu tentang salahnya sehinggalah disedarkan,
manusia tidak mahu berbuat baik sehinggalah disedarkan,
manusia tidak mampu cemerlang sehinggalah disedarkan,
semuanya mengenai kesedaran mendalam....
kesedaran perlu untuk terus dipupuk,
racunnya adalah lupa,
tenaganya pula ialah peringatan dan pengajaran,
oleh itu manusia perlu kepada peringatan dan pengajaran
bagi menawarkan racun kelupaan,
juga mengekalkan tenaga perubahan
supaya berterusan dalam hidup!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS