Eh! Betul ke UiTM Manjung Macam Ni? - Mozaik04

"kat mana UiTM Manjung ek?" terdengar suara salah seorang pelajar dengan nada kepenatan selepas minggu wawasan siswa...penat dan keliru mencari kampus atau fakulti pengajiannya...bas masih meneruskan perjalanan dari sri iskandar ke manjung...aku sendiri berdebar-debar untuk bertemu tempat pengajian baru...
~ manjung?x pernah aku terfikir untuk menjejakkan kaki ke bumi manjung...paling hampir aku sampai ke lumut untuk pergi ke pulau pangkor, itu pun masa kem perkhemahan sekolah menengah kebangsaan tan sri abdul aziz masa aku tingkatan 5 dulu...sungguh indah masa itu dirasakan...angkut berguni guni timun dan makanan lain, periuk belanga dan segala macam...cikgu cikgu turut sama mengangkut barangan keperluan masa tu...kami meraba didalam pekat malam...mujur cahaya bulan malam itu agak terang...turun naik bukit di tengah malam memang mencabar...aku dan rakan rakan berjalan dalam kumpulan, bimbang barisan terputus, ada kawan yang hilang...tapi pengalama bercamping di teluk segadas pada masa itu terlalu indah untuk digambarkan...hampir dua jam perjalanan menaiki bukit dan menuruni cenuram yang agak tajam, aku dan rakanku mat noh, alias dan rakan rakan yang lain terpana dengan keputihan pantai. walau pada malam itu cahaya tidak terang, tapi keputihan pantai memukau aku...aku dan matnoh berjalan agak laju untuk meletakkan barangan yang dibawa...terus menghempas beg pakaian yang dikendong dan berlari ke gigi pantai...sejuk, dingin dan nyaman sekali ari laut teluk segadas pada malam itu...semakin lama kami dapat melihat segenap tubuh rakan rakan kerana biasan cahaya bulan yang memancar ke pantai menyuluh tubuh tubuh gempal, kurus, tinggi dan rendah aku dan rakan rakan yang menyertai perkhemahan itu...acara malam itu ialah berehat...berehat dan berehat..aku lihat ustaz saipol dan cikgu jamal memasang khemah untuk pelajar perempuan...aminah,habsah, zakiah, nurul dan rakan-rakan perempuan yang lain membantu...aku dan matnoh hanya membentangkan tikar plastik yang dibawa dan menghampar ke atas hamparan batu yang agak besar...kerana kepenatan yang amat sangat..kami berdua tertidur di atas batu itu berselimutkan dingin angin pantai dan berkelambu cahaya bulan...memang kami keletihan dan tertidur begitu sahaja...~

~ maaf kawan (uitm), aku hanya terlalu rindu waktu ini...aku hanya ingin berkongsi cerita aku bersama rakan rakan sewaktu perkhemahan dulu..entah apa nasib rakan rakan yang sudah lama terputus hubungan...semoga kami semua diberkati Allah dan berbahagia dengan kehidupan masing-masing ~


manjung...manjung...manjung...dimana pusat pengajiannya???bas yang kami naiki sejam perjalanan dari sri iskandar berhenti didalam kawasan deretan rumah kedai yang di cat berwarna putih dan merah hati...cat bangunan rumah kedai itu sendiri sudah pudar...aku dan rakan-rakan yang lain hanya terpegun dengan suasana yang tidak langsung menarik minat dan menyedapkan hati...luluh hati aku, hancur berkecai melihat keadaan deretan bangunan yang dikatakan fakulti pengajian aku dan rakan-rakan yang lain...aku pasti rakan-rakan yang lain juga berperasaan serba tak kena dan kecewa seperti yang aku rasakan sekarang...aku melihat lihat sekitar kawasan putih merah hati itu...gambaran lori beg bermain main di dalam kepala aku...dimana beg aku? di mana beg rakan rakan aku yg lain juga?hanya ada baldi merah yang di dalamnya aku isi toiletries, bantal dan penyangkut baju...di bahu aku, aku sandangkan porch beg pemberian kawanku yang aku isi barang-barang penting seperti wallet, hanfphone dan sebagainya...lori yang berisi beg pakaian kami belum sampai..kami berborak sesama rakan sementara menunggu ketibaan lori yang 10 minit dibelakang bas kami tadi...10minit berlalu dan lori yang ditunggu pun muncul menjengah kawasan perumahan kedai itu. kami terus beratur mengambil beg pakaian masing-masing...ada yang tersalah ambil,ada yang begnya terkoyak, zip tercabut dan rosak dan macam-macam lagi..biasala...dah nama pun campak humban lempar baling beg dalam lori.aku menggenggam beg hijau muda aku yg sarat dengan pakaian kemudian bersama rakan-rakan lain berjalan ke blog i iaitu penempatan untuk pelajar junior. aku membaca sekeping kertas yang tertampal di pintu-pintu rumah kedai itu mencari nama aku. dari blok i-9 turun ke i-8, i-7, i-6,i-5,i-4 kemudian aku tersenyum melihat nama aku tertampal di pintu i-3....ya...pintu rumah ke-3 disepanjang blok i tersebut. dengan tangan memegang baldi dan beg pakaian aku tersenget-senget membawa barang-barang naik ke rumah...menaiki tangga untuk ke atas tempat penginapan, aku terkejut melihat suasana yang semak, tidak kemas dan tidak teratur...macam-macam barang bersepah didalam rumah di ruang tamu...eh eh..betul ke uitm manjung mcm ni?persoalan demi persoalan membelenggu ruang hati dan fikiran kami satu rumah. aku tidak berfikir panjang. aku terus mencari katil kosong dan almari...aku menarik sebuah almari dari luar dan masuk ke bilik aku...aku mendapat katil atas lagi sekali..katil bawah sudah diambil oleh irwan effendy...satu bilik tu ada 4orang...lagi dua budak art & design x lain x bukan si ahmad tarmizi jusoh dan juga si shahidan....kami berkenalan secara spontan kerana masing-masing sibuk mengemas katil dan almari. aku tidak berfikir pnjang...terus mencampakkan beg pakaian aku tanpa membuka terlebih dahulu dan terus mengunci almari dan bersiap siap untuk pulang ke Penang petang itu. agaknya rakan baru sebilik kehairanan...aku biarkan dulu...dibawah zaid sudah menunggu untuk sama-sama pulang ke penang.kami berjalan menuju stesen bas ekspress manjung...x jauh dari hostel...memang mudah tiap kali mahu pulang ke kampung. hehehe....aku dan zaid membeli tiket dan mendapat tempat duduk paling hadapan sekali iaitu dibelakang pemandu bas. bas mula meluncur memulakan perjalanan...selang beberapa minit bas transnasional Lumut-Butterworth bergerak meninggalkan pekan manjung...aku lihat di bahagia tempat duduk belakang ada ramai lagi kawan-kawan dari utara antaranya yang aku ingat ayie (sorry kwn2 lain...x dpt gambaran korg dlm kpla otak aku...ayie sbb renjong hahaha. sepanjang perjalanan, bas kami melalui kawasan pantai remis, manjoi untuk menuju ke kuala kangsar...kemudia baru bas akan masuk hihgway menujur butterworth...keadaan jalan yang bengkang bengkok membuatkan zaid pening-pening lalat. " ted, aku pening ni...gila punya jalan mcm ni" zaid merungut...aku hanya berdiam diri. " ni first time aku naik bas jalan jauh ted, aku rasa nak muntah wei " zaid menyambung lagi...zadi betul-betul pening nak muntah...pada mulanya aku ingat dia hanya melawak...dia mencari-cari plastik untuk muntah...aku sendiri tiada plastik...zaid tidak tahan lagi menanggung rasa mual dan muka mulai biru (mcm dlm katun ja) tiba-tiba " wekkkk....uwekkkk..." zaid memuntahkan nasi dan makanan dining hall uitm pg tadi hahahaha...terus muntah didalam beg kertas yang berisi bajunya...memang x dapat dikawal...dibiarkan muntah bergaul mesra bersama baju baju di dalam paper begnya...kemudia zaid tergelak sambil menyapu air mata yang keluar. aku turut sama ketawa kerana kali pertama naik bas dengan kawan lelaki yang muntah dalam bas..x kisah la sbb alasan zaid meyakinkan aku..first time naik bas jalan jauh katanya. hihihiii

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Eh! Betul ke UiTM Manjung Macam Ni? - Mozaik04"

  1. A. Mizzi says:
    January 3, 2010 at 11:35 PM

    blog i ???? hang dah terpngaruh dengan ejaan blok sampai tukar jadi blog..
    tapi baca kisah hang buat aku tergelak..bila kata yie renjong n mudah nak cam..paling lawak si zaid muntah..aku dapat bayangkan...

  2. tedi3 says:
    February 2, 2010 at 4:30 AM

    hahahaha sorry2...ya blok-i kakakaka
    ah ah zaid muntah dlm paper beg ada tshirt buang teruih..
    ayie kt belakang ensem, putih dan renjong kakaka senah tengok terus cair

Post a Comment