Selamat Tahun Baru 2010...


perginya 2009 dengan penuh kenangan...kedatangan 2010 dinanti penuh debaran....ya, semoga kehadiran tahun baru 2010 tahun ini menjanjikan lebih keriangan, kesyukuran, keberkatan, kebahagiaan dan kemanisan dalam kehidupan. kepada kawan-kawan sekalian tidak kira segenap pelusuk mana diucapkan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan lindungan keberkatan hidup pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. sama-samalah kita menghayati erti penghijrahan atau kedatangan tahun yang baru bukan sahaja dari segi penambahan atau peningkatan umur tetapi dari sudut pencapaian yang telah kita kecapi pada tahun 2009. semoga kalian telah memenuhi kalendar 2009 dengan segenap pengisian yang tidak membazir tetapi penuh manfaat dan faedah baik dari segi ilmu, amalan dan juga ibadah. ramai kawan-kawan mengikat tali pertunangan dalam tahun 2009 dan ramai juga rakan-rakan seperjuangan dahulu menamatkan zaman bujang masing-masing. kepada rakan yang sempat menerima kunjungan tahniah diucapkan. kepada kawan yang tidak nampak kelibat kehadiran, seribu kemaafan dipohonkan. sesungguhnya kita hanya merancang tetapi keputusan hak milik yang berkuasa lagi Maha Esa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Selamat Tahun Baru 2010..."

Post a Comment