MWS - Mozaik03

"diminta semua mahasiswa supanya turun ke dewan sekarang...diulang, diminta semua mahasiswa turun ke dewan sekarang" satu suara yang tegas dan lantang keluar dari corong speaker. announcement dari fasilitator kursus atau o.c membuat semua mahasiswa berserakan bersiap2 ke dewan untuk solat maghrib berjemaah...itu lah aktiviti pertama sebagai permulaan sempena hari orientasi atau dikenali minggu wawasan siswa pada tahun itu. setelah semua mehasiswa lelaki dan perempuan siap berkumpul dan mengerjakan solat, kami semua berkumpul, mendengar taklimat dan fasilitator memperkenalkan diri masing2...selepas itu sesi pembahagian kumpulan. setiap mahasiswa di suruh menyebut nombor 1-20 (kalau x silap la...kalau salah sila perbetulkan)sebagai tanda pembahagian kumpulan akan diadakan...kami semua menyebut nombor masing2 dalam kiraan tersebut dan mula duduk dalam kumpulan masing-masing. oleh kerana aku tinggi jadi aku duduk di bahagian belakang sekali bersama kawan-kawan tinggi yang lain. rancak kami memperkenalkan diri. rata-rata mahasiswa datang dari utara jadi aku tidak rasa asing sangat. maklumlah dah dua tahun tinggal buku dan pen baru aku dapat menjadi pelajar seteah otak aku karat dan tepu dek kerana bekerja di kilang dan tidak mempedulikan buku apa-apa. antara barisan belakang bersama aku ialah ayie (budak course art & design, ayie (budak course quantity survey) dan ada lagi beberapa orang yang aku tidak ingat..apa yang pasti, din bahador dan zaid yang sama course dengan aku pun duduk di belakang walaupun x tinggi mana haha...zaid yang paling rendah dan paling rapat dengan aku pada masa itu.

~ maaf kawan andai aku tidak dapat mengingati nama-nama kalian..sesungguhnya terlalu lama masa MWS ditinggalkan...peace no war! ~

pada satu malam yang penat utk mahasiswa, di rancang oleh fasilitator yang bijak dan berdisiplin. diadakan qiyamullail...kami semua mengaduh..seawal 3pagi kami disuruh bangun..dengan muka sembab, mata merah bersaga x cukup tdo..masih mamai..kami semua ke dewan untuk qiyamullail sebelum solat subuh...paling best skali bila sujud rakaat kedua, ramai x bangun-bangun dah..tdo terus...aku sendiri jadi x kusyuk sebab tiba-tiba terasa bangun sendirian...aku pandaang kiri kanan kawan-kawan aku tidor dengan keletihan. bijak juga cara kawan-kawan aku mengelat..sampai je salam kanan dan kiri semua bangun sambung solat...itu antara peristiwa lucu dan dikenang sampai bila-bila...ada lagi suatu malam fasilitator hendak buat spotcheck...rokok atau henset akan dirampas kerana sudah di explain awal-awal lagi bahawa uitm kawasan larangan merokok (walaupun perokok tegar dan masih merokok di dalam kawasan uitm) dan juga sepanjang MWS tidak boleh menggunakan telefon bimbit...henpon disimpan oleh fasilitator...alhamdulillah...aku terselamat walaupun henpon aku simpan baik-baik di dalam beg, fasilitator tidak berjaya ketemu..tapi ramai kawan2 yang merokok mengadu dan mengeluh rokok di rampas fasilitator...hahaha nah! rasakan. walaupun kepenatan dengan ceramah dan pelbagai program minggu itu, kami semua gembir dapat berjumpa kawan baru. tidak kurang juga ada yang main2 mata, mencari pasangan dibuat teman study...teman makan...teman seumur hidup? mungkin...jodoh di tangan tuhan. pada satu malam fasilitator sekali lagi buat spotcek mengejut...jam seawal 3 pagi...semua mahasiswa masih sedap lena dibuai pelbagai mimpi indah, ngeri, manis dan pahit...tiba-tiba aku dikejutkan salah seorang fasilitator. " hoi...bangun..bangun" aku dikejutkan fasi tersebut. dengan keadaan separuh sedar, aku hanya membuka mata separuh kerana cahaya lampu kalimatang menerjah masuk ke kornea mata seterusnya aku dengan malas membuka mata melihat fasilitator itu. mata aku terasa amat pedih sekali dek panahan cahaya lampu. "bak sini kunci almari, nak spotcek " kata salah sorang fasililtator. "nak amik kunci pastu tutup balik almari tu" aku menggagau kunci almari dibawah bantal dan memberi kepada budak lelaki kurus tinggi itu. aku terus sambung tidur. tiada apa yg perlu aku risau sbb aku tahu tiada barang2 penting dan tiada rokok ataupun barangan yang menyalahi akta semasa bergelar mahasiswa. "tidur lagi best " bisik hati kecilku...aku menyambung tidur tanpa mempedulikan fasilitator fasilitator itu menyelongkar almari aku. entah apa nasib rakan sebilikku si ned, rie dan firdaus yg merupakan penghulu minggu MWS kali ini. kami meneruskan rutin harian mws dgn mendengar ceramah agama dan pelbagai ilmu. masa terasa begitu lama. buat latihan dalam kumpulan, perkenalkan diri pada kawan-kawan dan seangkatannya. sampailah hari jumaat, kami semua di minta berpakaian baju melayu lengkap untuk mengerjakan solat jumaat. pada pagi itu aktivit mws lain daripada biasa. ya...ujian membaca Al-Quran..bukan ujian, tp ujian bagi mahasiswa yang tidak tahu membaca Al-Quran...tidak tahu hukum hakam yang tepat, sebutan yang betul walaupun tidak boleh berlagu hijjaz, baiyati dan sebagainya...aku bersyukur kerana boleh membaca dengan baik. syukur alhamdulillah..berkat ajaran Pak Teh Wi (ustaz di kampung aku)aku pernah menyertai pertandingan tilawah Al-Quran peringkat sekolah sekolah rendah zon lenggong masa darjah 4 kemudian darjah 5 dan 6 aku menyertai tahfiz Al-Quran...tapi sekarang entahlah...makin tua makin lupa..tp umur bukan alasan..salah aku yang tidak membaca selalu...manusia benar2 berubah mengikut aliran masa...setelah tiba giliran aku, aku berhadapan dengan fasi yang bernama ahmad fauzi...aku ingat dia lagi tua daripada aku, dan dia pun ingat aku lebih muda daripada dia...selesai membaca AL-Quran, aku masuk semula ke dalam dewan bersama mahasiswa lain untuk bersiap sedia solat jumaat."wahhh macam pengantin! " terdengar usikan hafiz dari belakang..hafiz budak jurusan Quantity Survey..yang lain turut mengusik macam Azhar yg betubuh agak gempal, ayie, din dan lain-lain...hari jumaat adalah hari yang terakhir sesi ceramah semua...lega kami rasakan...esok adalah hari majlis penutupan minggu wawasan siswa. kami semua tidak sabar untuk keluar dari penjara seminggu tu...terlalu lama dirasakan...tapi bersyukur pelbagai ilmu dapat dipelajari..setelah selesai program di dewan pada malam tu..kami semua pulang ke bilik masing2 penuh girang...masing2 mula mengemas pakaian dan peralatan lain..esok beg beg kami akan diangkut menggunakan lori bagi pelajar jurusan pengurusan pejabat, seni lukis dan seni reka, sains komputer dan akaun. jurusan kejuruteraan awam pula berfakulti di sri iskandar. ya...kami akan ke manjung esok..Manjung...itulah permulaan cerita ini sebenarnya kawan. banyak kenangan suka duka pahit manis di sana..pelbagai ragam cerita rakan-rakan sebaya boleh dikongsi bersama..kepada mizie...tunggu ek..sikit lagi ni nak smpai bilik kita hahahahaha..aku xmau cerita part biskut masa mws sebab hang dah cerita dah kan haha..biskut aku sendiri terbelah dua..bukan patah tapi buka menjadi 2 keping...aku gam saja hahaha...
seawal pagi kami solat subuh berjemaah beramai-ramai pada pagi hari terakhir kami mws, kami ke dewan makan untuk menikmati makanan terakhir di sri iskandar (bg pelajar yang akan ke Manjung dan setelah itu kami semua mula mengemas pakaian, barang2 toiletries, baldi, bantal dan pelbagai jenis barangan penting dan juga x penting...kami semua mula mengangkat keluar pakaian masing2 untuk di humban ke dalam lori...sebanya 2buah lori disediakan untuk membawa pakaian mahasiswa yang akan berpindah ke uitm manjung...aku sendiri bingung dah tidak dapat membayangkan bagaimana uitm di manjung nanti...tapi aku tidak kisah sangat..apa yang aku kisahkan ialah untuk pulang ke pulau pinang berjumpa emak dan kakak serta kawan kawan aku...kini,tibalah saat saat yang menyedihkan kerana semua mahasiswa akan berpisah untuk meneruskan pengajian masing2 membanting akal dan kebijaksanaan otak dalam menimba ilmu di menara gading...lori yang sudah dipenuhi beg pakaian mahasiswa lelaki dan perempuan sudah bergerak ke manjung...kami, mahasiswa dari sri iskandar ke manjung menaiki bas yang disewa khas...terdapat sebahagian besar OC atau fasilitator juga menaiki bas ke manjung...fahamlah aku bahawa bukan semua course berpusat-pengajian-kan seri iskandar ( ada ke istilah berpusat-pengajian-kan?)..aku menaiki bas bersama hafiz, zaid dan rakan-rakan lain...

~ UiTM Manjung.........here we come!!! ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "MWS - Mozaik03"

Post a Comment