Kita Ini Tetamu Senja



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

[ A. Samad Said - 1955 ]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~ makan kat Johnny's Steamboat ~








aritu aku jenjalan dengan fairul dengan tujuan mencari steamboat [jalan jalan cari makan lagi...asyik makan aje..] fairul ajak pegi Summit USJ...aku menurut saja sebab aku percaya selera fairul mcm mkan nasi ayam penyet siangnya....hrmm hujan lebat di rumah sementara melipat kad kawen aku sambil menonton tv...setelah hujan reda [mcm tajuk lagu jah] kami keluar ke Amcorp Mall dulu...fairul mencari ubat rambut dan memperkenalkan aku satu salon untuk buat facial...maklumlah x lama lagi aku nak kawen..aku follow mcm biasa...jalan2 dalam amcorp mall xde apa yang menarik..tp yang aku tahu aku survey butik yang jual dress all white seperti yang tunang aku bgtau [nak suruh beli la tu kot...sorry not enuf money at diz time hahaha] sembang2 dengan pemilik kedai facial tu dia dah nak tutup...selamat jugak duit aku...kalau x aku main buat je...terjah...sepatutnya kena buat temujanji dulu so dia leh reserve masa untuk kami...lepas tu kami pusing mencari kedai ubat rambut...jumpa satu kedai yang jual pelbagai produk penjagaan rambut, fairul membeli sebotol jenama X (maaf x ingat) berharga almost RM50...xperlah tonik rambut untuk kesihatan rambut juga...habis pusing2 kami x tahu nak pegi mana...nak makan kt mana lalu fairul ajak ke Summit USJ mcm yang aku bgtau awal2 tadi...kami mencari Johnny's Steamboat...sampai je ke Summit USJ lepas parking kami terus mencari Johnny's...yaaa...waiter yg bernama kakak Y (x ingat nama) mencadangkan mcm2 menu...aku dengan fairul amik menu pakej B yang untuk 2 orang ditambah dengan Bihun goreng dan Jus aelovera dan tembikai (tembikai ek pacit? aku lupa la hahaha xkan sirap kot)siap oder makanan sampai dalam 15minit...memang puas hati..aku tengok banyak betol makanan yang nak kena rebut(steamboat) dari sayur-sayuran ke seafood dan mcm2 lagi suma ada...complete! yang penting sos dia wallaaaaaa memang cair di mulut juga di tangan hahaha...sedap sungguh sos dia...[nak bw tunang aku try plak pasni dgn mamat hantu durian tuh biar dia boroi] makan punya makan punya makan kami kekenyangan...memang sedap sangat! pastu kakak Y tadi lalu lalang tanya kami 2-3 kali...memang bagus la dia...bg kami layanan mcm VIP plak..pastu aku usik2 kakak Y tu bg free satu jus ke apa...rezeki murah [org nak kawen kot] kakak Y tu bagi kami free dessert...kami pilih la bubur campur huhu...x rugi juga sebab mcm2 ada dlm tu jagung, nangka, buah kabong dll...perghhh perut aku bengkak..cant hardly wait to go back home mencari ketenangan di dalam toilet...flushhhhhhh!!!!! hahahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

nikmatnya nasi ayam penyet dan pisang salai [cerita pisang lagi kah?]





weekend ni aku ke rumah fairul...tujuannya ialah memproses kad kawen aku yang ada lagi seribu keping lebih...adoi banyak la pulak...pagi sabtu yang agak cerah aku bangun dalam jam 9pagi tu pun setelah member baikku si Papa sms suruh aku tengok TV1 sebab siaran langsung sambutan hari pekerja 2010...si Papa join Koir Hari Pekerja company dia...aku bangun mandi dan bersiap sambil memasukkan segala keperluan yang patut aku bawa ke rumah fairul...1000keping kad tu agak berat disumbatkan ke dalam beg aku...redah bahu aku gini...parah...punah...tapi aku bimbit juga dengan tujuan ke rumah fairul...pagi tu aku tumpang kereta zam ke stesen putra, bangsar...dari bangsar aku turun Taman Jaya..fairul menjemput aku ke sana...perkara pertama keluar dari mulut dia ialah makan....ya...aku baru teringat yang aku belom makan apa2 lagi...hrmmm.
"aku teringin nak makan nasi ayam penyet sharifah zarina kat bandar sunway" sepantas train yang lalu tersembur keluar ayat ajakan tu..
"aku ok je pacit...aku follow" kataku sambil menyambut helmet yang fairul hulurkan kepadaku...
aku membonceng motor honda ex5 milik fairul menuju ke restoran BASO untuk menerai [try] atau mencoba nasi ayam penyet yang dia ckp...lebih kurang 15 minit kami sampai ke restoran yang dimaksudkan...siap memesan oder nasi ayam penyet 2, teh o limau ala indonesia dan teh o panas indonesia [ nama bukan main padahal teh o ja pun cehhh] kami bersembang kosong sambil menunggu hidangan siap dan dihidangkan. lebih kurang 10 minit makanan sampai...sepinggan ayam kampung goreng siap sayur kangkong, ulam, timun dan sambal dan juga sepinggan nasi putih diletakkan di atas meja kami...pertama kali aku makan hidangan makanan indonesia adalah di Bumbu Desa Restaurant, Jakarta di Indonesia. ni kira kali kedua aku makan makanan Indonesia...once aku menyuapkan nasi dan ayam penyet tu perghhhh menangkap selera dan tekak aku...x rugi aku ikut fairul ke restoran ni...aku ingat makanan kat sini tawar dan tak sedap...tapi sangkaan aku meleset...pengalaman makan di Jakarta tahun lepas betul-betul buat aku serik nak makan makanan indonesia lagi...tapi lepas makan nasi ayam penyet ni masyaallah...memang sedap sangat...x sangka aku sesedap tu...thanks to fairul yang mengenyangkan perut aku tengahari tu...habis makan nasi ayam penyet kami dihidangkan pisang salai [nama apa ntah aku dah lupa hahaha] sedap juger pisang salai tu siap tabur-tabur cip coklat lagi...dengan sos madu kot...memang sedap sangat...pandai fairul jalan-jalan cari makan....x rugi betol makan tengahari ni aku kira...kepada kawan-kawan yang nak try makan nasi ayam penyet, silalah ke Restoran Baso di bandar sunway...sedap tu x rugi...selamat mencoba memakan melantak mencekik mentekedarah dan sewaktunya hahahaha lol

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

TARIK NAFAS PANJANG-PANJANG DALAM-DALAM






hnssss...hnssss...hnsss..[bunyi tarik nafas kekekeke]

pagi ni sungguh mencabar pada aku...pagi 7 Mei 2010...aku bangun tido lambat...sedar2 jam 8:59 pagi...perghhhh kelam kabut aku capai tuala, mandi laju2 sempat gosok gigi dan cuci muka...pelajaran pertama nombor tiga : jangan tidur mati!
apa yang bermain dalam kepala aku ialah MEETING...ya...pagi ni ada meeting di office tepat jam 9pg...aku kelam kabut bersiap...capai baju melayu hitam dan sluar slack yang tergantung di belakang pintu...terus bersiap2 sambil menggapai kunci motor dan wallet serta jam tangan..masih sempat aku gapai EDT CK One dan spray dekat leher hik hik...sebaik saja aku buka pintu henfon berbunyi.
"kerol..ada mana?" kedengaran suara fahmi memberitahu aku meeting sudah bermula.
"ok..ok" itu saja yang sempat aku jawab sedangkan aku baru sahaja menutup pintu rumah.
jarak perjalanan dari rumah ke pejabat mengambil masa 13 minit jika tiada lampu merah. 23 minit jika bawa motor santai2 tetapi boleh jadi 33 minit jika ada traffic, lampu merah dan bawa motor santai-santai...aku memecut motor aku...alamak minyak nak habis pulak..apa lah nasib aku...xper...aku singgah di Petronas dulu isi minyak...RM5..ceh, tangki motor aku ada byk minyak lagi..aku sumbat juga minyak smpai RM4.53..dalam masa mengisi minyak aku mencari idea untuk memberitahu bos alasan yang sepatutnya...hrmmm...tayar motor pancit? aku takut nanti suatu hari akan pancit juga...x pernah pernah aku guna alasan mcm tu...xperlah...bohong sunat ke bohong harus...bohong tetap bohong..dalam situasi aku ni aku x berdaya....aku sms Hernah bgtau kt workshop tengah tunggu repair tayar motor pancit...aku sms juga dekat boss aku...mujur boss aku xde masalah...tapi dlm sms bos tu keluar ayat ni "TAKDIR X LEH UBAH..TAKPE.." perghhhhh aku tersentak seraya rasa berdosa besar sangat-sangat...nak je bgtau bos perkara sebenar...tp aku telan je lah...smpai selekoh nak masuk ke opis aku sms si CHOTT ajak minum since aku dah lambat n x masuk meeting..dia ON saja...so kami lepak kedai mamak belakang HOTEL MIDAH pekena roti bakar dengan teh o suam n nescafe tarik...panjang cerita kami smpai 43minit...lepas tu aku masuk opis...smpai je ofis terus aku proceed kerja yang terbengkalai semalam yang bersifat SEGERA/URGENT...aku turun naik ke tingkat 3, tingkat 4 fax surat-surat sebutharga kepada KOPERASI PEGAWAI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, siap fax, aku post....aku call [follow up]...begitu juga PURCHASE ORDER untuk en.shukor dari KL ASSAY OFFICE (M) SDN. BHD....aku fax, sms [follow up] dan post...fuhhhhh lega...sekarang aku baru boleh rehat sekejap sambil menulis blog ni...
"dah siap semua?" hernah menyapa aku bertanya hal sebab tengok aku kelam kabut.
"ah ah dah siap suma" jawabku pantas smbil jari jemari menaip blog ini.
"tu mesti buat kerja lain tu sbb laju je menaip..." usik hernah.
"ah..ah..aku tulis blog" aku menjawab sambil tersengih.
"dah agak dah, kalau kerja x menaip laju mcm tu" usik hernah sambil gelak-gelak.
aku terus menaip cerita aku sepanjang hari ini yang aku rasakan pengajaran yang boleh kita kongsi dan jadikan tauladan sempena hari jumaat ni ialah jangan menipu dan jangan tido lagi [sesudah subuh] pasti bangun lambat punya! adoiiii...hari ni aku tarik nafas panjang2 dalam2 bila semuanya selesai....fuhh...esok lusa cuti...apa plan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dan, budak renjong itu bernama Ayie........

Mula masuk UiTM Manjung, rutin harian macam biasa. Bila ada kesempatan waktu senggang, aku akan pergi ke cyber cafe (CC). Masa tu banyak jugak peristiwa-peristiwa lucu. Zaman orang menggilai permain Counter Strike (CS). Tapi aku kurang berminat dengan permainan ini berbanding keobsesan terhadap MIRc.haha. Bermula dengan mengenakan kawan-kawan yang duduk dalam CC yang sama. Menyamar jadi awek , pekena member, buat flood sampai server down dan lain-lain. Sambil-sambil tu layan jugak game cacing, Worm Armageddon. Sampai set nama player cacing-cacing tu dengan nama bilik I3 dan letak nama ahli-ahli bilik la jugak. Lawan dengan budak-budak bilik lain.


Sampai ada satu peristiwa, time pegi cc dengan Shah (aka Provos), aku tensen gila dengan cc tu sebab lembab. Apa ntah nama cc tu. Bercermin gelap, duduk bersebelahan dengan kedai Rahmat. Bengang punya pasal, terus aku taip script buat flood. Abis satu cc sever down. Antara mangsa yang berada dalam cc tu adalah Senah. Maaf Malaysia!!!. Keluar dari cc, muka Provos masam mencuka. Ni hang punya pasai!!,marah dia pada aku. Betapa seronoknya bila dapat buat benda yang orang tak suka.


Kat Manjung tu ada banyak tempat-tempat yang best dan sesuai dengan jiwa. Bila lama-lama dah bosan, mula la cari hiburan lain-Playstation. Malam tu aku pegi main game kat kedai nyonya tu. Takda geng nak main game, aku main la sorang-sorang. Kat TV sebelah, kelihatan aramai lagi budak-budak lain. Ada yang aku kenai, ada yang tak. Salah sorang budak tu, aku pernah jumpa sebelum ni.Budak yang aku pernah jumpa masa MWS dulu. Sbb dia dok lepak sekali dengan Syawal masa MWS. Tapi aku tak ingat nama.


Kegilaan kami semasa zaman jahilliyah

Masa semakin lewat, aku masih leka bermain game. Budak-budak dah semakin berkurang dan beransur-ansur balik. Tinggallah beberapa orang pelanggan (yang bukan budak UiTM) dan nyonya yang tersengguk-sengguk menunggu kami abis main game. ( ntah berapa banyak kutipan dia seharian, laku benar) Suasana semakin lengang, itu aku sedar. Tapi disebabkan jam ditangan aku masih awal (pukul 11 malam), aku teruskan bermain. Lagipun budak renjong tu pun belum balik lagi. Ada la geng.


Tiba-tiba aku macam rasa pelik, jam masih tak berganjak. Pergh....jam mati!!! Mampos aku!!!Keluar kat depan kaunter, tengok jam kedai game dah pukul 12 lebih. Aku terus bagitau budak tu, jam mati, kita dah lewat. Lepas bayar duit, dengan kelam kabut kami keluar dari kedai game tu. Pintu hostel memang dah lama tutup. Kami berjalan melewati pasar Sri Manjung untuk ke pintu depan. Ada pak guard pulak kat post pengawal dok bersembang. Kalo masuk memang la kantoi. Dalam dok berjalan, mulut budak tu dah mula bising. Ni hang punya pasal, jam mati. kan dah kantoi lewat.haha.


Takut punya pasal, manusia biasanya akan mengatasi apa saja halangan yang ada


Tiba-tiba aku teringat kata-kata senior, ada pintu belakang kat dewan makan yang menembusi studio budak part 8. Tapi tak pasti pintu yang mana. Kami mula tawaf balik ke pintu belakang (hostel lelaki). Sampai kat belakang kedai (lorong dining) lorongnya agak gelap. Baru melangkah dua tiga tapak, tiba-tiba terdengar salakan anjing. Lintang pukang kami berlari sambil mengira no pintu yang sepatutnya. Tak sempat sampai ke pintu no 8, pintu no 5 pun jadilah. Takut punya pasal. Akhirnya kami berjaya masuk balik ke hostel sambil cover macam tak ada apa-apa. Baru je naik tangga ke bilik I3. Ada senior pulak cari, aku dah cuak. "Tak guna Mat Kie, buat gempaq boleh. Aku Ingatkan pak guard!!!". Kot-kot la dia nampak kami masuk ikut pintu belakang tadi. Tapi senior sekolah aku nak jumpa. Lalu menghela nafas lega. Selesai satu bab.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

meet hantu durian











baru baru ni balik penang aku kena kotakan janji aku kt mat shah ni aka hantu durian...dia la budak paling hantu pernah aku jumpa...makan durian x ingat dunia...dari langkawi smpai KL cari durian...pegi penang pun nk makan durian...dia kata durian penang lain rasanya...lagi sedap...lebih enak daripada biasa [keypad dia! kakaka] aku yang menurut perintah pun apa lagi...smpai je penang, pagi besoknya agenda utama selain edar kad kawen aku...ialah mencari durian...hantu durian kelaparan...lalu jalan lama menuju balik pulau dengan harapan sepanjang jalan yang sempit dan berliku liku tu aku jumpa la apek tokey dusun durian tu berniaga tepi tepi jalan...xdak rezeki...aku rasa lega hahaha
"yesss...durian xdak...dah tunai janji tp durian xdak..so kira setel ek!" aku lega dan gelak beso..
"err..bukan xde...xde lagi lah" shah mengena aku lagi skali...argg aku x pedulik...janji durian penang xdak kt pinggir bukit tu...aku teruskan memandu...niat nak jumpa sahabat lama Ery Yuri sbb nak bagi kad kawen aku...jauh juga rumah ery...siap koling2 dan janji aku sampai di rumah ery..aku terus naik ke rumahnya di tingkat 4...bini ery x berapa sihat maklumlah pembawakan budak yakni anak pertama...lepas bagi kad aku terus drive ke destinasi seterusnya iaitu rumah faizol...hrmmm dah lama aku x jumpa faizol..dia la geng paling akrab masa aku kerja kilang KOBE dulu...mmg kami sekepala...ot sama2, mancing sama2 karoke sama2..suma hal suka duka bsama smpai mak bapak dia amik aku jadi anak angkat..ok potong cerita faizol...berbalik cerita hantu durian...haaa..bila x jumpa durian di dusun tepi2 jalan tadi ingat nak lega dah..alih alih once aku selekoh nak naik bukit baru sbb nak pergi ayer hitam...baik punya gerai durian tepi jalan..si shah tegur aku terus kona rapat direct ke kedai durian...tanya apek tu durian kuning dgn durian merah...harga sama sekilo RM15...xpa lah...amik satu ja...yang merah pahit sket..yang kuning ok...so kami pilih durian kuning..timbang2 RM24 sebiji...xpa...nak merasa sangat kan shah??? hang balun sungguh2 sorang2...[aku x brp mkn sgt] aku penggemar buah nona dan sri kaya ja hahahaha berselera sungguh si shah balun durian mahey tu...bukan musim mahey la rega nya....kalau time musim lolian sah sah sebiji RM5 ja...xpa kasi can dia merasa...aku snap2 la gambo makluk tuhan x berapa seksi tu melantak durian sebiji dia sorang..aku amik seulas dua ja...rasa sama ja...apa yg spesial pun aku x tau...rasa sial adalah hahahaha...padan muka shah...durian penang sama je rasa mwahahaha.... ~ the end ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~ kemeriahan adlina's birthday celebration ~






















tanggal 29 April 2010 merupakan tarikh hari lahir anak menakan aku iaitu anak kepada kakak aku yang ke-3 dlm keluarga...nor afiqah adlina...genap 10 tahun [rasanya...errr aku x pasti hehehe sorry]....kak intan dan abg salleh merancang untuk membuat majlis sambutan hari lahir di kampung sebab ramai sedara mara dan kanak2 akan datang...jadi suasana akan jadi meriah...2biji kek yang ditempah di secret resipe sedia menanti kanak2 dan sedara mara di kampung....selain itu aku menghadiahkan 12 ketul cup cakes yang dihias comel oleh kak sara [rakan ofis]...suasana pada petang itu amat selesa...cuaca yang baik, tak terlalu panas dan tak terlalu kering...persiapan bermula pada pagi hari. abg salleh mengetuai anak2 buah meniup belon utk digantung di perut rumah...selesai makan tengahari kakak2 aku mula sibuk untuk persiapan sambutan hari jadi pd petang itu...mak long dan makcik turut datang membantu menggoreng mee utk dihidang kepada tamu yang datang...aku merakamkan saat2 indah pada hari itu seadanya skil aku hehehehe....so keseluruhannya majlis berjalan dgn lancar dan amat meriah..syukur Alhamdulillah...hmm malam ni solat maghrib dan isyak berjemaah lepas tu terus doa selamat dan sedikit bacaan tahlil untuk disedekahkan kepada arwah ibu bapa aku, bapa abg ipar ku dan arwah ibu bapa shahrul azmi yang turut serta ikut aku pulang ke kampung....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS