peristiwa PLUS dinihari ~

















alkisah bermula sebuah cerihikan [cerita hikayat rekaan] yang aku alami masa balik kampung tempoh hari dari Perak ke Penang....siang hari 1hb tu diadakan sedikit majlis harijadi anak kakak aku si Afiqah Adlina yg ke berapa tahun ntah aku x tahu hahahaa [teruk punya pak menakan] yg aku tahu aku bg dia hadiah cup cakes...enjoy lar sepanjang majlis berlangsung sebab ramai budak2 datang, mak bapak datuk nenek budak pun ramai sbb nak makan kek SECRET RECIPE..yer lah kt kampung mana ada kek tu...kt pekan Lenggong pun tak dak...niat kami bersedekah kepada sedara mara n jemput makan...siap dengan hiasan belon berwarna warni diikat di perut rumah, kek 2 biji perasa Chocolate Indulgence & Manggo Delight...tambah lagi dengan 12 biji cup cakes yang comel2 aku tempah dengan Kak Sara [office mate]...majlis begitu meriah...nak nak lagi tambahan makanan megi goreng dan lain-lain..majlis agak happening...
sebelah maghrib selepas solat maghrib dan isyak berjemaah, kami adakan sedikit kenduri kesyukuran dan doa selamat beserta tahlil kepada arwah ibu bapa kami, bapa abg salleh dan juga ibu bapa Shahrul Azmi [adik aku] dan kepada ibu bapa lain yang telah pergi...syukur ramai juga orang kampung datang ke surau depan rumah aku...majlis juga berlangsung dengan sempurna...siap pakcik aku mewakili aku mengumumkan tarikh pernikahan aku pada 29 Mei 2010 nanti dan menjemput semua jemaah dan orang kampung yang datang bersama ahli keluarga ke majlis pernikahan aku nanti...syukur aku kepada Allah kerana dalam masa yang sama selain doa selamat disertakan juga pengumuman aku menamat zaman bujang sekaligus memberitahu orang kampung =0)
hrmmmmm...now the story begin...pasal tajuk di atas...peristiwa PLUS dinihari....atau tragedi? atau nasib malang yang menimpa? x lah malang...tapi kenangan lucu dan terindah...ditambah sedikit sakit hati dan panas baran aku di bawah tahap pengawasan...lega aku boleh menten sejuk...kalau x aku mengamuk kt shahrul azmi hahahahaa...dia pun muka cuak...aku istighfar panjang2 takut setan menghasut dan menyucuk amarah aku...
cerita bermula apabila selesai semua majlis doa selamat dan tahlil di surau malam itu..aku meminta diri kepada semua jemaah kemudian terus ke rumah tanpa menyalin pakaian yang aku dan shah pakai yaitu jubah [perghhh yahudi mabuk agaknya]..aku bersalaman dengan pak long, mak long sekeluarga, dan juga kakak kakak aku semuanya serta abang abang ipar, anak sedara dan cucu cicit yg ado...shah pun sama membelakangi aku bersalam salaman...lebih kurang pukul 11 malam aku memandu keluar kampung myvi kakak aku [pinjam] untuk pulang ke penang sebab agenda esoknya seawaal pagi aku nk jumpa sahabat aku Ayie Renjong aka Oyies Sweets Smile hahahahahaa...aku ke Pekan Lenggong dulu untuk mengisi minyak sebab tinggal 2bar jer...tapi nasib tidak menyebelahi aku dgn shah...stesen minyak yang ada semua tutup...aku paham..pekan kecil macam tu mana nak ada buka 24jam...aku yakin memandu ke hiway...dalam perjalanan kami berborak bercerita pasal arwah mak bapak yang pergi [mood tahlil dan doa x hbs lg] skali shah bagitau aku jubah aku jarang bila aku buka kain pelikat...maksudnya masa aku masuk rumah pak long dan maklong tadi terang lagi bersuluh la dorg nampak apa2 yang ada di sebalik jubah itteww hahahaha malunya aku...x teringat plak jubah tu kaler cerah...hijau muda keputihan...adoiii lantak lah dah lepas pun...yg si shah pun satu, xmo habaq jubah aku jarang apa lagi kena cahaya lampu..nak nak aku terkangkang terbongkok masa masukkan barang dalam kereta...dengan cahaya lampu kereta menyala nyala di depan aku...sedara mara semua ada tggu kereta aku bgerak...aku gelak besar juga la cover malu...adoiii malu gila....tutup cerita tu...kami buka tingkap dan tutup air cond kereta sebab nak jimat minyak...mcm2 cerita la keluar sepanjang perjalanan...memang niat nak isi minyak dekat R&R Bukit Gantang...sampai je R&R Bukit Gantang...kami berhenti dulu sebab stesen minyak x jauh...100 meter di hadapan...aku parking kereta...nak keluar beli buah atau minum pun perut masih kenyang sebab masa kenduri tahlil tadi dah makan nasi ayam cik a....so kami decide nak rest SEKEJAP dalam 5-10 minit...maklumlah kepenatan siang tadi...aku tutup enjin kereta dan buka tingkap sikit...angin x terasa sangat...aku dan shah terus tido...last perkara aku ingat bunyi shah berdengkur...krohhh krohhh...tak lama selepas itu aku tersedar, aku kejutkan shah...sebab bunyi alarm kereta sebelah bising...aku tanya shah pukul berapa dia jawab slumber pukul 3pagi.."hah??? 3pagi? biaq betoi?" aku tkejut...yang disangka nak rehat SEKEJAP jadi BERJAM LAMANYA..hampir 3 jam setengah..adoyaiii aku tengok enjin kereta terbuka..."tadi buka aircond..panaslah.."shah bgtau aku dia buka aircond diantara masa2 aku tido mati tadi..aku x cakap apa pun..ok ja..panas...tp yang mula jadi panas tu bila aku nk start enjin kereta dah x buleh..tengok minyak out terus...adoiii nak marahnya...dah tau minyak nk habis gatai buka aircond apa hal???? dalam hati aku berguni guni kata2 manis keluar hahaha hrmmm aku berfikiran waras...positif...aku ajak shah pekena tongkat ali dulu kat cafe depan tu...kami cari jalan...aku beli air mineral 1.5L 2botol sbb nak pegi Caltex isi minyak tuang kt kereta aku...siap minum kami terus ke stesen minyak..air mineral kami buang...kami ganti dengan petrol...first round isi aku try start enjin..x boleh...kami pegi lagi isi minyak....2nd round pun enjin x boleh start...shah cakap isi kali ketiga lah...aku macam malas sebab aku tengok meter minyak dah naik 3bar...xper lah nak sedapkan hati kami isi lagi kali ke-3...maksudnya dah 6 botol petrol kami sumbat dlm bontot myvi dinihari tu...sedar punya sedar jam sudah pukul 430 pagi...aku tekan tekan pedal minyak supaya minyak boleh pump up n aku leh start enjin tp harapan tinggal harapan..memang xleh start...kereta auto plak tu..kalau kereta manual boleh aku tolak huhuu...aku tanya pak cik jual buah depan tu nombor fon peronda lebuh raya...dia x tahu tp dia ckp jam 5 pagi pasti dorg datang....setiap 1jam memang dorg datang...ada sorang brother ni yang datang tanya...aku bgtau la hal dari A-Z..dia pernah kena jugak...aku minta dia resit tol PLUS terus aku kol talian bebas tol 1-800-88 00 00...aku maklumkan hal sebenar...sambil menunggu peronda PLUS datang, aku berborak dgn brother tu..dia bgatu kerja dia semua smbil mencucuk bisnes kot kot aku leh tolong rekemen bisnes dia...mcm2 bisnes dia buat catering lah, jual alatulis office la [office supplier] dll malas aku nk taip kt sini...x penting haha...lebih kurang pukul 530 peronda PLUS sampai...dia x cakap banyak sesudah aku maklumkan masalah kereta tu...terus dia jumper enjin kereta aku...syukur...enjin terus hidup...xdak masalah lain...shah p tapau tongkat ali leh minum dlm kereta...lepas panaskan enjin dalam 5minit dan bersalaman dengan brother X, abg2 peronda PLUS tu...kami bergerak...malas nk isi minyak kt Caltex tu...malu n segan plak hahaha..kami terus ke R&R Gunung Semanggol untuk solat subuh...selesai solat subuh kami meneruskan perjalanan ke Penang...aku pecut gak ler sebab dgn harapan nk jumpa Oyies....apa punya turrr da aku x amik no.fon Oyies!!!! cis...cis..cis...klimaks cerita ni rupa-rupanya aku xbley jmpa Oyies subuh2 ni seperti yg di janjikan...aku xder no.fon dia...adoyaiiiiiiiiiii

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "peristiwa PLUS dinihari ~"

  1. A. Mizzi says:
    May 6, 2010 at 7:40 AM

    nawaitu dah ada??? tapi hajat tak kesampaian...tak emnjadi jugak jejak kasih bersaudara bau-bau bacang dgn mak cik goreng pisang tu...

    aku call apsal tak angkat???

Post a Comment