Dan, budak renjong itu bernama Ayie........

Mula masuk UiTM Manjung, rutin harian macam biasa. Bila ada kesempatan waktu senggang, aku akan pergi ke cyber cafe (CC). Masa tu banyak jugak peristiwa-peristiwa lucu. Zaman orang menggilai permain Counter Strike (CS). Tapi aku kurang berminat dengan permainan ini berbanding keobsesan terhadap MIRc.haha. Bermula dengan mengenakan kawan-kawan yang duduk dalam CC yang sama. Menyamar jadi awek , pekena member, buat flood sampai server down dan lain-lain. Sambil-sambil tu layan jugak game cacing, Worm Armageddon. Sampai set nama player cacing-cacing tu dengan nama bilik I3 dan letak nama ahli-ahli bilik la jugak. Lawan dengan budak-budak bilik lain.


Sampai ada satu peristiwa, time pegi cc dengan Shah (aka Provos), aku tensen gila dengan cc tu sebab lembab. Apa ntah nama cc tu. Bercermin gelap, duduk bersebelahan dengan kedai Rahmat. Bengang punya pasal, terus aku taip script buat flood. Abis satu cc sever down. Antara mangsa yang berada dalam cc tu adalah Senah. Maaf Malaysia!!!. Keluar dari cc, muka Provos masam mencuka. Ni hang punya pasai!!,marah dia pada aku. Betapa seronoknya bila dapat buat benda yang orang tak suka.


Kat Manjung tu ada banyak tempat-tempat yang best dan sesuai dengan jiwa. Bila lama-lama dah bosan, mula la cari hiburan lain-Playstation. Malam tu aku pegi main game kat kedai nyonya tu. Takda geng nak main game, aku main la sorang-sorang. Kat TV sebelah, kelihatan aramai lagi budak-budak lain. Ada yang aku kenai, ada yang tak. Salah sorang budak tu, aku pernah jumpa sebelum ni.Budak yang aku pernah jumpa masa MWS dulu. Sbb dia dok lepak sekali dengan Syawal masa MWS. Tapi aku tak ingat nama.


Kegilaan kami semasa zaman jahilliyah

Masa semakin lewat, aku masih leka bermain game. Budak-budak dah semakin berkurang dan beransur-ansur balik. Tinggallah beberapa orang pelanggan (yang bukan budak UiTM) dan nyonya yang tersengguk-sengguk menunggu kami abis main game. ( ntah berapa banyak kutipan dia seharian, laku benar) Suasana semakin lengang, itu aku sedar. Tapi disebabkan jam ditangan aku masih awal (pukul 11 malam), aku teruskan bermain. Lagipun budak renjong tu pun belum balik lagi. Ada la geng.


Tiba-tiba aku macam rasa pelik, jam masih tak berganjak. Pergh....jam mati!!! Mampos aku!!!Keluar kat depan kaunter, tengok jam kedai game dah pukul 12 lebih. Aku terus bagitau budak tu, jam mati, kita dah lewat. Lepas bayar duit, dengan kelam kabut kami keluar dari kedai game tu. Pintu hostel memang dah lama tutup. Kami berjalan melewati pasar Sri Manjung untuk ke pintu depan. Ada pak guard pulak kat post pengawal dok bersembang. Kalo masuk memang la kantoi. Dalam dok berjalan, mulut budak tu dah mula bising. Ni hang punya pasal, jam mati. kan dah kantoi lewat.haha.


Takut punya pasal, manusia biasanya akan mengatasi apa saja halangan yang ada


Tiba-tiba aku teringat kata-kata senior, ada pintu belakang kat dewan makan yang menembusi studio budak part 8. Tapi tak pasti pintu yang mana. Kami mula tawaf balik ke pintu belakang (hostel lelaki). Sampai kat belakang kedai (lorong dining) lorongnya agak gelap. Baru melangkah dua tiga tapak, tiba-tiba terdengar salakan anjing. Lintang pukang kami berlari sambil mengira no pintu yang sepatutnya. Tak sempat sampai ke pintu no 8, pintu no 5 pun jadilah. Takut punya pasal. Akhirnya kami berjaya masuk balik ke hostel sambil cover macam tak ada apa-apa. Baru je naik tangga ke bilik I3. Ada senior pulak cari, aku dah cuak. "Tak guna Mat Kie, buat gempaq boleh. Aku Ingatkan pak guard!!!". Kot-kot la dia nampak kami masuk ikut pintu belakang tadi. Tapi senior sekolah aku nak jumpa. Lalu menghela nafas lega. Selesai satu bab.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Dan, budak renjong itu bernama Ayie........"

  1. tedi3 says:
    May 6, 2010 at 9:30 AM

    cerita apa ni lari tajuk..aku bg C- hahahaha

  2. A. Mizzi says:
    May 10, 2010 at 12:50 AM

    apa yg lari tajuk??? pasal manjung la

Post a Comment