TARIK NAFAS PANJANG-PANJANG DALAM-DALAM






hnssss...hnssss...hnsss..[bunyi tarik nafas kekekeke]

pagi ni sungguh mencabar pada aku...pagi 7 Mei 2010...aku bangun tido lambat...sedar2 jam 8:59 pagi...perghhhh kelam kabut aku capai tuala, mandi laju2 sempat gosok gigi dan cuci muka...pelajaran pertama nombor tiga : jangan tidur mati!
apa yang bermain dalam kepala aku ialah MEETING...ya...pagi ni ada meeting di office tepat jam 9pg...aku kelam kabut bersiap...capai baju melayu hitam dan sluar slack yang tergantung di belakang pintu...terus bersiap2 sambil menggapai kunci motor dan wallet serta jam tangan..masih sempat aku gapai EDT CK One dan spray dekat leher hik hik...sebaik saja aku buka pintu henfon berbunyi.
"kerol..ada mana?" kedengaran suara fahmi memberitahu aku meeting sudah bermula.
"ok..ok" itu saja yang sempat aku jawab sedangkan aku baru sahaja menutup pintu rumah.
jarak perjalanan dari rumah ke pejabat mengambil masa 13 minit jika tiada lampu merah. 23 minit jika bawa motor santai2 tetapi boleh jadi 33 minit jika ada traffic, lampu merah dan bawa motor santai-santai...aku memecut motor aku...alamak minyak nak habis pulak..apa lah nasib aku...xper...aku singgah di Petronas dulu isi minyak...RM5..ceh, tangki motor aku ada byk minyak lagi..aku sumbat juga minyak smpai RM4.53..dalam masa mengisi minyak aku mencari idea untuk memberitahu bos alasan yang sepatutnya...hrmmm...tayar motor pancit? aku takut nanti suatu hari akan pancit juga...x pernah pernah aku guna alasan mcm tu...xperlah...bohong sunat ke bohong harus...bohong tetap bohong..dalam situasi aku ni aku x berdaya....aku sms Hernah bgtau kt workshop tengah tunggu repair tayar motor pancit...aku sms juga dekat boss aku...mujur boss aku xde masalah...tapi dlm sms bos tu keluar ayat ni "TAKDIR X LEH UBAH..TAKPE.." perghhhhh aku tersentak seraya rasa berdosa besar sangat-sangat...nak je bgtau bos perkara sebenar...tp aku telan je lah...smpai selekoh nak masuk ke opis aku sms si CHOTT ajak minum since aku dah lambat n x masuk meeting..dia ON saja...so kami lepak kedai mamak belakang HOTEL MIDAH pekena roti bakar dengan teh o suam n nescafe tarik...panjang cerita kami smpai 43minit...lepas tu aku masuk opis...smpai je ofis terus aku proceed kerja yang terbengkalai semalam yang bersifat SEGERA/URGENT...aku turun naik ke tingkat 3, tingkat 4 fax surat-surat sebutharga kepada KOPERASI PEGAWAI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, siap fax, aku post....aku call [follow up]...begitu juga PURCHASE ORDER untuk en.shukor dari KL ASSAY OFFICE (M) SDN. BHD....aku fax, sms [follow up] dan post...fuhhhhh lega...sekarang aku baru boleh rehat sekejap sambil menulis blog ni...
"dah siap semua?" hernah menyapa aku bertanya hal sebab tengok aku kelam kabut.
"ah ah dah siap suma" jawabku pantas smbil jari jemari menaip blog ini.
"tu mesti buat kerja lain tu sbb laju je menaip..." usik hernah.
"ah..ah..aku tulis blog" aku menjawab sambil tersengih.
"dah agak dah, kalau kerja x menaip laju mcm tu" usik hernah sambil gelak-gelak.
aku terus menaip cerita aku sepanjang hari ini yang aku rasakan pengajaran yang boleh kita kongsi dan jadikan tauladan sempena hari jumaat ni ialah jangan menipu dan jangan tido lagi [sesudah subuh] pasti bangun lambat punya! adoiiii...hari ni aku tarik nafas panjang2 dalam2 bila semuanya selesai....fuhh...esok lusa cuti...apa plan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "TARIK NAFAS PANJANG-PANJANG DALAM-DALAM"

  1. madmal says:
    May 7, 2010 at 7:40 AM

    haha.. ted.. sempat lagi ek.. huhuhuhuhuhu.. meeting dah lar tak pegi! ceh!

  2. A. Mizzi says:
    May 10, 2010 at 12:45 AM

    ted!!!!mengata dulang paku sepih, mengata orang dia yang lebih..haha..baru je nak insaf baca posting sebelum ni..pasal memancing ikan tu..hg nasihat kami jangan tido pas subuh.lepas subuh segala pintu rezeki bertebaran ke serata alam.org yang bangun lambat, rezekinya umpama dikais-kais dan dipatuk ayam.rugi!!!

    mai kat posting ni kantoi pulak bangun lambat.tarik nafas panjang2 no..

  3. tedi3 says:
    May 10, 2010 at 7:32 PM

    mal : nak wat cmna terbabassss

    mizie : hang suka mengungkit...aku ungkit hang tidoq kt i-3 manjung smpai tghri kang haaa.....biasalah errr kita cuma manusia tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan [ayat selamatkan diri] hahaha

Post a Comment