SAYONARA 2009…AHLAN WASAHLAN YA 2010
















Tepat 12.00 malam (31.12.2009) maka berlabuhlah tirai 2009, tahun penuh cerita suka,duka,cabaran bagi kita semua. Walaupun berat dugaan dan cabaran yang ditempuhi tahniah buat semua yang berjaya menempuhinya. Syabas juga buat mereka yang cemerlang sepanjang tahun 2009. Teruskan menciptakan kecemerlangan di tahun 2010 ini. Buat yang gagal jangan terus meratapi kegagalan ayuh bangun kembali tanamkan tekad dalam diri untuk menggapai segala apa yang diimpikan. Ingatlah kejayaan tidak datang dengan mudah, semua itu memerlukan usaha yang gigih dan semangat yang kental. Kecemerlangan perlu dicipta dan terus dicipta tanpa rasa jemu.

Namun yang menjadi persoalannya bagaimana semua ini perlu dicipta kata orang “cakap mudah la nak buat tu susah”.Ya itu memang tidak dinafikan, sebab itulah kita perlu menanam azam dalam diri kita seperti tahun-tahun yang lepas. Tapi ingat bukan setakat tahu tanam azam saje tanpa ada perancangan ataupun strategik yang betul. Untuk merangka strategik langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah “flash back” kegagalan kita yang lepas. Kenalpasti faktor-faktor yang menjadi batu penghalang pada jalan kejayaan kita. Muhasabah diri amat penting dalam diri kita, dengan cara inilah kita dapat mengkoreksi diri kita yang sebenar...mengenalpasti kekuatan diri dan kelemahan diri kita. Apabila kita berjaya menguasai diri kita sendiri maka dengan mudah kita mencipta kecemerlangan. Ini kerana kita dapat mengawal kelemahan diri kita sendiri. Begitu juga dalam membaiki kualiti iman kita, lihat kembali sejauhaman kita menjaga hubungan kita denga NYA sepanjang tahun 2009. Bagaimana kita mempamerkan rasa syukur kita dengan nikmatNYA..Berapa kilo dosa dan pahala yang kita kumpul sepanjang tahun 2009. Semua itu perlu kita koreksi balik untuk kita jadikan sebagai penanda aras ketakwaan kita pada NYA. Tidak guna kita cemerlang di tahun 2009 tapi kita gagal dalam hubungan kita pada NYA. Seperti bebola besi yang yang tertambat dipergelangan kaki, ia akan menjadi beban yang menarik kita ke dasar tasik puaka dan menjadi penghalang potensi diri yang berada di permukaan tasik. Kita lemas di dalam semua kelemahan diri ini. Kerana itulah kadang-kadang kita berasa hairan dan bertanya kepada diri sendiri, kenapa begitu berat untuk aku berbuat baik? Kenapa begitu berkarat bagi diri ini untuk melakukan amal soleh? Kenapa solat yang merupakan penjernih hubungan dengan Allah masih begitu sukar atau tiada kemanisan? Banyak lagi soalan yang seerti, apakah jawapannya?

Koreksi ini memandu kita untuk memperkasakan diri dalam memantapkan langkah bagi memperkukuhkan perjalanan yang masih berbaki pada masa hadapan. Ia adalah guru yang mengajar secara serentak tentang apa yang ingin kita dapat berserta dengan apa yang kita ingin jadi pada tahun baru nanti.

Memerhati dengan teliti ruang masa dan daerah tindakan bagi tahun baru. Melihat kehadapan dengan penuh harapan dan berkeyakinan bahawa tahun ini kita akan mencipta lebih banyak kecemerlangan samada impian diri mahupun iman dalam diri kita. Menetapkan sasaran yang jelas beserta tempoh masa tertentu yang ditetapkan, apakah langkah-langkah pelaksanaan dengan teratur dan juga disiplin diri adalah pelengkap kepada blue print diri, hubungan kita dengan ahli keluarga kita,dengan kawan-kawan dan masyarakat sekeliling kita yang penting hubungan kita dengan Tuhan.

Ini adalah bahagian terpenting. Beberapa perkara perlu dipersiapkan agar jalan yang bakal dilalui itu selari dengan keredhaan Allah berpandukan kepada perancangan yang telah ditetapkan. Persoalan pertama, menetapkan niat yang tulus kepada Allah dalam setiap perkara yang ingin dibuat. Niat adalah anak kunci yang membezakan tindakan itu sama ada akan dinilai, diperhati dan dibela oleh Allah ataupun tidak. Pastikan pembinaan diri, perhubungan kasih sayang dalam rumah tangga juga keluarga serta kerjaya semuanya dengan niat yang benar-benar kerana Allah. Setelah niat dipasang, gantungkan hati seratus peratus kepada Allah dalam tawakal yang paling dalam. Allah berfirman: ’’ Maka apabila engkau telah berazam untuk melakukan sesuatu perkara maka bertawakallah kepada Allah....“(Ali Imran:159)

Tawakal mesti pada permulaan sebelum kita melaksanakan sebarang usaha dan ikthiar. Niat yang tulus kerana Allah beserta tawakal kepadaNYA adalah tenaga padu dalaman yang akan membentuk semangat dan keyakinan diri untuk bertindak dengan betul apabila berhadapan dengan keadaan sebenar pada tahun baru.

Untuk menrealisasikan impian, kita perlu ada semangat juang yang tinggi, disiplin diri yang kuat dan kesungguhan meletakkan penanda aras yang menjulang apabila melakukan sesuatu perkara. Resepi inilah yang membezakan di antara orang yang berjaya dan orang yang gagal. Orang yang gagal tidak akan buat apa yang dilakukan oleh orang yang berjaya begitu juga sebaliknya. Selamat melangkah ke tahun baru buat semua...melangkahlah dengan penuh bergaya moga kita semua menjadi hambaNYA yang terus mencipta kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat!!....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to " "

Post a Comment