Mozaik 05 - Mat Dadah Plak dah!!!

peristiwa zaid muntah di dalam bas betul betul menggelikan hati aku...smpai sekarang peristiwa tu berlegar-legar di segenap penjuru serebrum @ sereblum dalam tengkorak kepala...sesampainya di Penang, aku tersenyum di dalam feri dari butterworth ke pulau pinang...abg is siap sedia menjemput aku di jeti dengan motor RG Sport nya seperti yang telah dijanjikan di telefon lewat semasa aku menaiki bas dari Manjung ke Penang. sesudah sampai di butterworth aku terus menuju ke feri untuk ke seberang. zaid sudah turun awal-awal lagi dekat tol juru kerana kawannya menjemputnya di tol juru. "dekat skit dengan rumah aku kt ceruk tok kun" kata zaid sambil tersengih yg menjadi trademarknya sejak hari mula aku kenal dia...angin laut pulau pinang menhembus penumpang-penumpang feri dingin. aku tidak sabar untuk sampai ke Penang kerana setelah seminggu MWS, aku rasa terlalu lama tidak pulang ke penang..sebaik feri mendarat aku berjalan sambi membetulkan porch beg yg aku selempangkan di bahu. aku berjalan menuju tempat menunggu bas untuk menunggu abg is. feri yang aku naiki tadi adalah feri terakhir pd hari itu...aku mengerling jam di tangan kiriku..sudah pukul 11.15mlm rupa-rupanya...kelibat abg is masih belum kelihatan, aku ingat abg is sudah menunggu aku di stesen bas yang dimaksudkan. tidak mengapalah, aku tunggu saja abg is. setelah 10minit menunggu aku menekan nombor-nombor yang tertera dekat henset aku. "kejap...kejap...atas motor...on the way" sayup sayup suara abg is kedengaran dan bunyi bising angin membuat suaranya tenggelam timbul. aku faham. abg is menjawab telefon sambil membawa motornya. aku melabuhkan punggung di atas bangku simen bersalutkan jubin yang berwarna kekuningan itu yang menjadi bangku untuk para penunggu bas & teksi. beberapa minit kemudia seorang lelaki bermotosikal berhenti di hadapan ku. " dari mana adik?" tanya lelaki itu yang kemudia membuka cover helmet menampakkan wajahnya...wajah yang begitu asing. tak pernah aku kenal atau tahu sebelum ini. "siapa pula dia dia?" bisik hati kecilku."nak balik permatang damar laut" jawabku ringkas."jomlah abg hantarkan...tp kita pegi makan dulu..abg bawa ronda-ronda padang kota...abg orang permatang damar laut jugak" lelaki yang aku tidak kenali itu bersungguh-sungguh mengajak aku.hairan aku dalam hati.takut pun ye jugak memandangkan hanya aku seorang sahaja di hentian bas itu.aku kuatir.aku kaget.aku bimbang.aku runsing.macam-macam perkara bermain di dalam kepalaku pada masa itu. "orang ni nak rompak aku ke? nak pau aku ke?"aku mulai risau. lelaki aneh itu tersengih memujuk sambil menghulurkan helmet."jom p makan, abg pun lapaq ni" katanya lagi meyakinkan aku."takpa la bang...abg saya nak sampai dah, dia dah lalu padang kota sat sat dia call"aku memberi alasan selamata dan meyakinkan. ye lah, kalau aku tiba-tiba marah tak tentu pasal, buatnya lelaki asing tu mengeluarkan pisau pada masa tu, apa aku nak buat?"ooo...mcm tu ka?xpa lah, kang ajak la abg adik tu p mkn skali, jom abg bw adik dulu?" harem J sgguh la budak ni tak mau mengalah. aku tau dia mat dadah. aku yakin sangat dari gaya percakapannya yang tak tentu arah, mata merah bersaga macam langsuir liar mencari mangsa...pakaian agak bersih tp tak terurus...dengan badan kurus kering. aku hanya tersenyum dan terus menunjukkan kepada lelaki itu bahawa abg is akan sampai menjemputku. lelaki tu serta merta masuk gear motor dan beredar sepantas kilat. mungkin takut sebab dia tahu dia salah. aku mengucap dalam hati. betul-betul aku takut dihunus pisau. dikelar leher atau apa saja sebab masa tu memang kes orang kena rompak berlaku 2-3 kali sebulan. tak kira mangsa. orang yang aku cakap abg is td sebenarnya orang lain yang menunggu anaknya di situ. aku rasa lega. lega sebab mat dadah tu x tahu aku menipu. lega pakcik yang bawa motor tu berhenti berhampiranku. selang beberapa minit abg is sampai dengan RG Sportnya."sorry...sorry...sorry...tertidur tadi pastu p isi minyak motor, x perasan minyak motor habis" abg is memohon maaf kerana lambat. aku hanya tergelak mendengar loghat penang bercampur pahang yang terlontar dari mulutnya."td ada mamat mana tah ajak naik motor dia p mkn kt padang kota n ronda-ronda" terus terhambur carita aku diganggu mat dadah tadi. abg is gelak besor. kurang hasam betul..aku nyaris2 dirompak digelakknya aku."betoi ni x tipu" aku bersungguh-sungguh meyakinkan abg is dan aku ceritakan semuanya kepada abg is dari saat aku menunggu di stesen bas itu kesorangan." oooo...mat dadah la tu yang kaco...haaa..nasib baik x ikut dia, kalau x, x pasal kena rampok " kata-kata abg is membuatkan adrenalin aku mengalir deras. terpercik peluh keluar dari dahi dan badan. dingin. aku bersyukur kerana terselamat. terima kasih Allah...terima kasih. aku mengambil helmet dari tangan abg is dan membonceng motor untuk pulang. aku tidak terus pulang ke rumah kak intan tetapi aku pulang ke rumah bujang yang aku sewa. kau rindu nak jumpa kawan-kawan. rindu nak jumpa mie, ery, paksu, lan, zizan dan mat amin. sepanjang jalan aku tidak banyak bercakap kerana memikirkan peristiwa nyaris-nyaris dirompak sebentar tadi. abg is hanya menyanyi sambil meneruskan perjalanan yang mengambil masa 15-20 minit mengikut kelajuan motor RG Sport yang agak uzur itu. aku hanya berdiam hingga sampai ke rumah bujang yang pernah aku sewa. masuk je ke dalam rumah kehadiran aku disambut mesra dan girang oleh rakan-rakan serumah...semuanya bertanya tentang persekolahan aku. masing-masing ingin tahu perasaan aku menjejakkan kaki ke menara gading itu. rasa gembira tidak terkata dapat pulang ke rumah lama. sembang punya sembang sampai la pagi rupanya..penat tak terasa. esoknya aku plan dengan abg is ronda-ronda atu pulau...kami pinjam motor kapcai paksu. hahahaha saja test power...mmg A la...walaupun honda cup c70 tp naik bukit kt balik pulau tu steady ja hahaha...kami ronda-ronda dan amik gambaq...kira enjoy gak la...klakar pun ada...kwn2 yang lain semua kerja...lepas tu baru la aku balik ke rumah kak intan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Mozaik 05 - Mat Dadah Plak dah!!!"

Post a Comment