Manjung 2016

Baru-baru ni, aku kembali ke Bandar Seri Manjung sempena cuti yang agak panjang. Boleh dikatakan saban tahun, aku tak pernah lupa untuk menjengah tempat yang punya 1001 nostalgia semasa zaman bergelar pelajar. Tahun lepas, sebelum balik KL, aku sempat singgah ke Manjung sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya melalui Teluk Intan. Setiap kali kunjungan, aku tak pernah lupa melawat tapak peninggalan universiti. Banyak kenangan aku disana. Sampai jumaat petang, perut terasa lapar kerna belum menjamah nasi sepanjang perjalanan. Lalu aku teringatkan Medan Selera Seri Manjung, dimana terletaknya Kedai Bob Corner , Nasi Lemak Sarawak (antara nama yang aku ingat) 


Sesampainya disana, apa yang aku lihat sudah berlainan. Yang masih kekal hanya mak cik penjual kuih di depan pasar. Medan selera telah berubah 60 peratus dari asal. Banyak kedai makan telah terkubur, disewa dengan pelbagai premis lain yang membuatkan medan selera hilang fungsinya. Banyak kedai direnovasikan menjadi kedai ( antara yang aku lihat, kedai jahit). Hanya satu dua kedai yang masih buka. Menurut maklumat, hanya beberapa kedai makan buka di siang hari, pada malamnya diganti dengan beberapa kedai. Medan yang suatu ketika dulu sangat kecoh dengan pelajar uitm kini suram dek perubahan masa. Bangunan tinggalan kami, masih seperti dulu, ada yang masih kosong, ada yang sudah disewa. Tampaknya seperti pekan mati di Chernobil atau Pekan Tronoh. Sempat aku menjeling pada Hasnah Tomyam, nampak pintunya bertutup...mungkin hari jumaat detik hatiku. 

Mendengar gaya percakapan penjual nasi, gayanya seperti Indonesia. Mungkin Manjung sudah dimonopoli oleh orang luar. Lagipun bandarnya sudah maju. Seiring kemajuan, pembangunan semakin rancak, banyak pasaraya besar mula bertapak sehingga merubah keseluruhan bandar. Gaya kehidupan penduduknya,kini serba moden ditambah pula dengan kemajuan teknologi dan komunikasi. Mereka boleh membeli hampir apa saja dalam talian. Sehingga makanan yang dimasak diposkan ke dalam fb komuniti dan boleh di hantar ke depan pintu. Mungkin ini salah satu faktor yang mendorong premis makanan didominasi oleh orang luar. 

Selesai makan, aku singgah ke gerai kuih mak cik di depan pasar. Seingat aku, mak cik ni pernah sedekahkan kami baki kuihnya. Pesanannya, nak makan tak mengape , tapi syaratnya makan bagi habis, jangan buang. Jadi kami bahagikan pada kawan-kawan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Semangat yang hilang

Hari ni bercerita pasal semangat yang hilang. Tapi bukan pasal lagu XPDC tu. Semangat kita untuk sama-sama menulis blog ini. Walaupun agak terbatas, disebabkan aku tak punya laptop atau komputer. Tetap ku gagahi jua dengan handphoneku yang tak seberapa. Buatan Malaysia lagi. Walaupun keyboard tak ngam dengan saiz jari aku, tapi tetap aku gagahkan juga habiskan penulisan ni, bercerita tentang SEMANGAT.

Saban hari aku membaca entry dari blog abang aku, membuatkan aku teringat tentang blog ni. Bagaimana dia menceritakan tentang keluarga kami, tentang kisah tok, wan, bapa saudara dan sepupu-sepupu kami. Rugi rasanya kalau tak dicoretkan kenangan yang tak mungkin dapat kita ulang tu.

Sementara dikurniakan akal yang masih tajam, boleh diingat, baik kita berkongsi. Kadang-kadang ada benda yang kita lupa atau tak tahu boleh kita terima dari pembacaan.

Ni yang buat aku bertambah semangat ni... Bagi aku E.. Eeeeee. Pantang anak petani moden mengaku kalah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kesibukan melanda

Salam....lama gilerr x hapdate blog ni...sorry Mijie, sorry Ayie sorry kwn2 yg baca blog kami ni sbb mmg dah lama gila aku x update...dah 2011 dah pun....nanti lah aku start semula k...nak restructure balk life aku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

APABILA KUBUR BERKATA-KATA.....




Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-



1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)2. Hasan (anak Fatima r.a)3. Husin (anak Faimah r.a)4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a



Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,



"Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."



Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."



Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-



1. Hendaklah ia menjaga solatnya2. Hendaklah dia bersedekah3. Hendaklah dia membaca al-Quran4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.



Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-



1. Jangan berdusta2. Jangan mengkhianat3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)4. Jangan kencing sambil berdiri



Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud,



"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."



Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.



Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."



Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.

Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.

Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Berkahwin Kerana Ibadah

Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.

Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.

Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.

Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah SAW. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku".

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.

Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.

Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.

Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta Dan Kasih Sayang

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.

Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.

Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerna firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

Tarbiyah Dan Pendidikan

Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.

Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.

Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.

Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung Al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.

Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan iman dan akhlak anak-anak mereka.

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.

Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 34 bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan). Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.

Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.

Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.

Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.

Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.

Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Ibu Bapa Mithali

Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.

Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.

Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan Al-Quran yang betul.

Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah SAW.

Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan Baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.

Kehadiran putera dan puteri serta cucu Baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.

Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.

Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.

Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.

Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan iman.

[petikan daripada I Love Islam dot com]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kisah dan Iktibar Untuk Kita Semua


Assalamualaikkum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.



Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.



Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.



Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.



Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.



Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.



Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.



Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.



Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.



Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

HAPPINESS IN ISLAM


Bismillahirrohmaanirrohhiim.

Subhanallah Walhamdulillah Walailaahaillallah Wallahuakbar.

Assalamualaikum w.b.t.



Ikutilah kisah dibawah dimana ianya benar2 berlaku di India dimana ianya mengisahkan pengertian KEBAHGIAAN dalam konteks ISLAM. Insya Allah, moga pembaca yang dimuliakan mendapat pentunjuk dan hidayah.



"Knock, Knock."



Terkejut seorang pegawai bangsawan British di India yang sedang enak menghirup secawan teh lalu memanggil,

" Siapakah itu? "



" Ini saya Sir, tuan punya tukang cuci baju. Saya datang hendak mengutip baju2 kotor tuan. " pinta seorang wanita tua yg miskin iaitu seorg tukang cuci baju yg berkhidmat utk pegawai bangsawan British itu.



" Oh ya tak ya...silakan masuk. Awak apa khabar? " Pegawai British itu bertanya.



" Saya sihat, tuan. ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGINYA. " jawab wanita tua itu sambil mengutip baju2 bangsawan British itu.



" Hmmm...anak2 awak pula apa khabar? dan bagaimana anak awak yg sakit tempoh hari? " tanya pegawai itu lagi.



" Mereka semuanya baik2 sahaja, tuan. SEGALA PUJI BAGI ALLAH...Cuma yg terkena jangkitan malaria masih demam panas, makan pun tak lalu..lama kelamaan tu baiklah dia, INSYA ALLAH. Yang sorang lagi tu sihat walafiat..cergas sahaja. ALLAH ITU PEMURAH, tuan. DIA MENJAGA KAMI DENGAN BAIK SEKALI. " terang si wanita tukang cuci ini.



" Huh....dan bagaimana keadaan suami awak? saya tak pernah nak bertanya. " tanya si Pegawai ini lagi yang semakin hairan dengan kenyataan wanita tua ini.



" Oh, dia sudah meninggal, tuan. Enam tahun yang lalu. ALLAH TELAH MENGAMBIL BELIAU, ALLAH PUNYA RANCANGANNYA UNTUK SEGALA2NYA."



Hendak menjadi asbab kerana perbualan ini, Pegawai Bangsawan British ini telah mendapat HidayahNya dan memeluk ISLAM. SUBHANALLAH!



Para pembaca yg dimuliakan Allah, hampir tiada apa yang menarik di dalam perbualan mereka berdua. Pegawai Bangsawan British ini sedang berusaha sama seperti kita semua untuk mencari makna dalam hidup di dunia yang fana ini.



Dia telah mencuba dengan sedaya upaya utk hidup di dunia ini akan tetapi masih merasakan tidak bahagia dan tenang yang membuatkan diri dia bingung.



Dengan wajah kepuasan dan kesyukuran dari wajah wanita tua ini sangat menawan hati pegawai tersebut.



Manakan tidak, dengan baju yang lusuh dan koyak, anaknya yang sakit kronik dan suaminya sudah tiada, ditambah lagi dengan pendapatan yang cukup2 makan dan masa depan yang tak menentu, wanita tua ini masih nampak selesa dengan nasib yang menimpanya.



Hampir setiap ayat beliau dia tidak melupakan untuk bersyukur pada Ilahi. Dia mempunyai sesuatu yang pegawai itu tiada yang membuatkan pegawai itu tidak memahaminya.



Kita semua hendak mencari kebahgiaan. Kita berusaha bagai nak rak sampai kadang2 kita sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yg kita cari dan didustakan dengan perkara luaran. Kebanyakan kita mencari kebahgiaan pada KEKAYAAN (kerja cam nak mati takpun join MLM), HIBURAN (pegi clubbing, karaoke, mabuk takpun isap ganja or batu), KEMAHSYURAN (join program realiti), KUASA DAN PANGKAT (mengampu majikan tak pun tindas yang lemah supaya cepat naik pgkat) yakni tidak dipandang pun oleh ALLAH AZZA WA JALLA. Jikalau harta duniawi ini dipandang oleh ALLAH, maka setitik air pun org kafir takkan merasa. Oleh sebab itu kita tgk ramai org yang mencari duniawi ini pasti jika diizinkan akan dapat kerana ianya tidak bernilai bahkan habuk pun tarak kepada pandangan ALLAH. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa manusia ini jika diberi DUA BATANG SUNGAI YANG MENGALIRKAN EMAS, DIA PASTI AKAN MEMINTA SEBATANG SUNGAI LAGI..ini bermakna manusia tidak pernah puas dan tidak pernah tenang dengan nikmat dunia ini. Jelaslah manusia ini punya hati yang sangat rakus..satu dunia boleh di isi didalam hati manusia dan masih ada lagi ruang kosong didlm hatinya.



JADI para pembaca yang dimuliakan...APA SEBENARNYA RAHSIA KEBAHGIAAN? APA YANG ADA PADA WANITA TUA ITU YANG TIADA PADA KITA SEBENARNYA??



Pada setiap kata2nya dlm perbualan itu ada jawapannya. Pada setiap WAKTU dan KEADAAN, dia mengingati ALLAH.



" (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah! Dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. " Surah Ar-R'ad ayat ke 28.



Allah berfirman: " Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik..." Surah An-Nahl ayat ke 97.



Yaqin dgn Kehendak dan Rancangan Allah, dan juga kerja yang jujur telah memberikan ketenangan pada wanita tua itu.



Kepada yang beriman, yakni yang sudah mengucapkan kalimah syahadah itu pasti akan diuji. Sama seperti wanita tua ini.



" Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta tanaman..." Surah Al-Baqarah ayat 155.



Kepada yang beriman, ujian yg diberi oleh Allah bukan setakan pada MUSIBBAH malah dengan KEKAYAAN dan juga perkara2 lain seperti PUJIAN juga adalah ujian.



Sabda Nabi s.a.w: " Orang yang beriman bersabar dengan semua ujian yang menimpa dan meyaqini bahwa " ada hikmah disebalik sesuatu perkara" yang Allah Yang Maha Mulia telah putuskan. [Muslim]



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Jika seorang beriman itu dikurniakan kesenangan, maka dia bersyukur pada Allah, ianya baik utk beliau; dan jika dia ditimpa musibbah, maka dia bersabar menghadapinya, yakni baik juga utk beliau." [Muslim]



Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w supaya memberikan khabar yang menyenangkan, apabila ditimpa musibbah hendaklah bersabar dan menyebut " Kita ini Milik Allah, dan pada Allah jua kita bakal kembali"

Mereka itulah orang2 yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah yang org2 yg mendapat petunjuk hidayahNya" surah Al-Baqarah ayat 155-157



" Sesungguhnya orang2 yang sabar sahaja yg akan disempurnakan pahala mereka dgn tidak terkira" surah Az-Zumar ayat ke 10



Di dalam Islam, bukanlah kita setakat sabar sahaja apabila ditimpa musibbah. Sebagai org yg beriman, cara terbaik menanganinya adalah dengan BERDOA pada ALLAH utk menerima USAHA yg telah kita lakukan dan disempurnakan dengan TAWAKKAL yakni meyaqini ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI akan melimpahkan RAHMAATNYA supaya dapat dipermudahkan urusan kita.



" Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56.



" Wahai orang2 yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum2nya dengan sepenuh hati..." Surah al-Baqarah ayat 208



" Dan JAUHKAN lah diri dari orang2 yg menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia..." Surah Al-An'aam ayat ke 70



" Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan amal baiknya!."

" Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala ni'mat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu)!"

" Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia... Dan masuklah ke dalam SYURGAKU!" surah Al-Fajr ayat 27-30.



INILAH DIKATAKAN HAPINESS IN ISLAM...WALLAHU'ALAM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS