UiTM Sri Manjung...dalam kenangan









USANG!!! itulah gambaran paling tepat yang boleh aku ungkapkan...sememangnya deretan bangunan rumah kedai yang satu ketika dahulu menjadi pusat pengajian mahasiswa dari seantero daerah dalam Malaysia dan Sabah Sarawak kelihatan usang tidak bermaya...hati menjadi sebak tatkala kaki menjejak kembali di perkarangan blok-I dan blok-T...surau telah menjadi kedai dobi..kebanyakan bangunan terbiar usang dan tidak berpenghuni..pintu rumah yang aku dan rakan-rakan diami dulu telah bertukar..mungkin pintu sudah reput atau pecah atau dipecahkan atau jahanam kerana dimamah anai-anai atau serangga...kawasan tersebut sememangnya terbiar..mungkin tuan pemilik bangunan tersebut tidak mahu repair atau sudah menjual kepada orang lain...aku teringat pada hari pertama menjejakkan kaki di UiTM Sri Manjung...macam-macam perkataan keluar dari mulut mahasiswa..rumah kedai itu sememangnya tidak layak untuk dipanggil Universiti hanya kerana bagunannya...tapi semua itu berubah, tak kenal maka tak cinta...sudah hampir satu semester mendiami kawasan rumah kedai ini..sememangnya banyak sekali pengalaman pahit dan manis dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain...sememangnya lokasi amat strategik...ada pelbagai kedai dari CC ke kedai makan, food court, kedai dobi, salon rambut, kedai video, kedai menjual pelbagai peralatan, kedai basikal dan repair motor dan macam-macam kedai makan..paling femes dikalangan mahasiswa di uitm sri manjung ialah kedai makan HASNAH TOM YAM...ya...hasnah tom yam...sekeping roti canai 60sen amat sedap menyelerakan...memang menjadi port budak-budak melepak mengisi perut di kedai ini...aku dan kebanyakan pelajar lain bersetuju untuk mengangkat roti canai di hasnah tom yam antara yang paling enak di daerah Sri Manjung...selain itu nasi lemak sarawak di medan selera sri manjung...macam-macam ada di sini...tp kini sumanya tak de lagi...sedih melihat bangunan usang..cat merah hati juga sudah semakin pudar dan berlumut...keseluruhan bangunan itu juga sudah berlumut....aku mengambil beberapa keping gambar sekitar uitm sri manjung.........sesungguhnya...uitm sri manjung sememangnya dalam kenangan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

12 Response to "UiTM Sri Manjung...dalam kenangan"

  1. A. Mizzi says:
    April 5, 2010 at 7:46 AM

    sedih aku baca entry pasal manjung ni...mmg memori gila la walaupun buruk..rasa mcm kembali ke zaman silam.aha..mmg sentimental bangunan2 kat sini. dah lama aku tak jejak manjung..nk tgok apa perkembangan medan manjung, pekan manjung, lumut.gila punya nostalgia.

    hasnah dh tutup ka..seingat aku ada lagi satu cawangan kt jalan lumut

    P/S:aku teringin nak cabut signboard dewan makan tu bawak balik simpan la

  2. Unknown says:
    February 3, 2014 at 9:03 AM

    Kalau ada masa Terluang.....singgah laa kedai mak Saya.....Restoren Tomyam Hasnah.....tuan kdai pun orang yg sama.....saya msih kecil pada msa tu.....tpi msih igt.....

  3. Raisz Ahmad says:
    July 4, 2014 at 8:37 PM

    Bro memang rare gambar ni....rindu manjung beb..

  4. Raisz Ahmad says:
    July 4, 2014 at 8:38 PM

    Bro aku mohon copy gambar sbb pic ni mmg rare.. As manjung old school apa yg lu citer tu mmg terbaik..salam dr wa penghuni I 11...

  5. Unknown says:
    January 31, 2020 at 10:24 AM

    Saya pernah tinggal Blok T-13 atas Surau tu. Kami panggil Blok Semut sebab dr katil sampai la ke almari baju penuh dgn semut. Kalau semut baik takpe la lagi, ni jenis semut ngokak orang. Kalau sarong baju atau seluar pastikan check dulu ada semut ke tak. Kibas² dulu pakaian, kalau tak... masok kelas atau masa berdating ke Sitiawan atau Lumut, semut tiba² menyerang... Hah siap la, menggelupor. Tapi keistimewaan dudok di Blok T-13 ni ialah dekat dgn surau. Turun je tangga rumah dah sampai. Sekali bilal azan Suboh, confirm terkejut sebab speaker surau sebelah tingkap bilik. Ni belom lagi bukak cerita layan video setiap malam di Hasnah Tomyam, makan nasik lemak abang posmen bawah pokok sambil usha awek SS dan bermain tennis ala French Open (Clay Court) di sini. Terima kasih kerana usaha admin mengimbau sejuta kenangan di sini. Saya batch 1991 - 1994, Komputer Sains...

  6. yuzlee says:
    January 31, 2021 at 1:44 PM

    mmg nostalgia itm manjung....CS10 1994 - 1996

  7. Unknown says:
    March 21, 2021 at 12:49 PM

    Mmm

  8. Unknown says:
    March 21, 2021 at 12:51 PM

    Ss

  9. Captain Terepot says:
    June 20, 2021 at 10:19 AM
    This comment has been removed by the author.
  10. Unknown says:
    August 10, 2021 at 11:58 PM

    Di surau ni pelbagai kenangan buat sy. Di sini bermulanya kehidupan sy x tinggal solat. Belajar solat dan solat berjemaah. Alhamdulillah di sini sy mengenali apa itu hidayah Allah. Rindu yg tiada penghujung

  11. Zack says:
    May 16, 2023 at 9:36 PM

    Sy last batch yang sempat merasa kampus ni tahun 2001. Part 1 tinggal di blok i-1 hujung sekali dekat post guard. Dining Hall tingkat bawah. Part 2 tinggal di blok T-3. Semua kemudahan dekat, Medan makan, stesen bas, Cybercafe, kedai semua dekat. Awal tahun 2002 dah pindah ke Seri Iskandar sebab bangunan Fakulti dah siap walau xsepenuhnya. Mula2 sampai memg xsanggup tinggal sini bila tengok bangunan usang n toilet agak teruk. Tapi bila dah stay rasa xnak pindah dah. Memang best tempat ni, banyak nostaljia indah - OM114.

  12. Hero jahat says:
    April 15, 2024 at 5:24 PM

    Siapakah gerangan en zack.. Sy pun batch Last... Om 114 batch Farid, Fairul ka

Post a Comment