WARKAH BUAT SAHABAT (I)

Sahabat...
Buat sekian kalinya ku lakarkan warkah buatmu,
Maaf andai coretan ini menganggu ruang ketenangan jiwamu,
Ku utuskan warkah ini buatmu sekadar renungan,
Sekadar sokongan dari seorang teman
Agar kau terus tabah menjalani kehidupan,
Yang penuh ranjau dan berliku ini.

Sahabat...
Hidup ini tidaklah seindah seperti yang kita mimpikan,
Ujian demi ujian akan kau tempuhi,
Suka atau tidak kau kena laluinya,
Itulah fitrah kehidupan kita,
Sebagai insan yang terpilih menjadi khalifah
Di muka bumiNYA.

Sahabat...
Walaupun perjalanan hidup kita..
Telah di atur NYA sejak di Loh Mahfuz lagi,
Bukan bererti kita membiarkan takdir menentukan
Perjalanan hidup kita..
Kita perlu mengubahnya teman,
Dan kita mampu ubahnya...
Jangan kau lupa TUHAN sendiri tidak akan ubah nasib kita,
Melainkan kita sendiri mengubahnya...

Sahabat...
Ayuhlah keluar dari dunia kesedihanmu,
Nikmatilah hidup yang singkat ini dengan hati yang gembira,
Tidak perlu kau kesal dengan takdirmu kerna apa yang ada disini tidak kekal,
Di sini kita hanya sebagai pengembara jalanan,
Yang mencari jalan pulang...
Untuk bertemu DIA YANG ABADI.

Sahabat...
Berbanggalah dikau kerna terpilih oleh NYA
Untuk diberi ujian sedemikian..
Itu tanda DIA terlalu kasih dan sayangkan dirimu..
Malah kasih sayangNYA melimpah ruah tiada batasan,
TUHAN terlalu rindukan suara rintihanmu teman,
Datangilah DIA dengan sepenuh jiwamu,
Sesungguhnya hanya pada NYA tempat kita mengadu nasib..

Sahabat...
Jangan bersedih lagi kerna gerimis tidak akan berpanjangan
Percayalah wahai sahabatku...
Dipenghujungnya sang pelangi sedang melakar indah..
Ayuh ukirkan senyumanmu teman..
Kebahagian yang kau cari akan jadi milikmu jua....
Itu sudah PASTI teman...

Sahabat...
Aku berhenti dulu coretanku disini
Moga dilain waktu aku berpeluang lagi..
Melayangkan warkah buatmu teman...


*******Anggerikrimba*******























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam 'Eidul Adha 10 Zulhijjah 1430H / 27 November 2009





sedari jam 7.05 waktu tempatan sebaik azan Maghrib berkumandang di dalam radio kereta...hati aku tersentuh dengan kalimah memuji, merayu, memanggil Allahu Rob Tuhan Sarwa Seluruh Alam...laungan dan seruan takbir hari raya Aidil Adha bagi tahun 1430Hijrah berkumandang dari speaker proton wira budin, rakan sepejabat aku. kami kenal benar pemilik suara yang melaungkan takbir raya tu. x lain x bukan suara Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan nasyid tempatan Rabbani. sungguh merdu, mendayu-dayu dan penuh penghayatan, bisa meruntun hati dan kalbu sesiapa yang mendengar dan menghayati laungan kalimah tersebut. nazri menumpang budin untuk pulang beraya di rumah keluarga mertuanya di seberang perai, aku menumpang kereta budin untuk pulang menyambut raya haji atau raya korban tahun ini di rumah kak intan di pulau pinang. anak-anak saudara, abang ipar dan kakak2 aku menunggu kepulangan aku. sesekali aku rasa sebak kerana emak dan bapak sudah tiada lagi untuk menyambut hari raya Aidilfitri dan Aidiladha bersama kami..dari ibu pejabat YaPEIM, Jln. Kg.Attap, Kuala Lumpur kami bertolak dengan proton wira aeroback warna biru cair milik budin. aku dan nazri hanya menumpangnya tetapi kami memberi budin duit sebagai ganti tambang bas atau keretapi atau tiket kapal terbang? hehehe...budin mcm tu la...tetap menolak tapi aku tetap memberinya duit...segan aku..mak aku x ajar mengambil kesempatan...biar kita yang lebih menolong...x rugi...Allah akan tolong kita semula...x perlu berkira2 apa lagi dengan seorang kawan. sepanjang jalan kami hanya berhenti di R&R Tapah untuk BAK (buang air kecil) dan melepaskan gian merokok. kali kedua kami berhenti di R&R Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Perak untuk BAK lagi sekali dan berhenti membasahkan tekak masing-masing. aku hanya minum minuman kegemaranku sepanjang hayat (teh-o), budin meminta nescafe o ais dan nazri minum teh tarik. aku tahu budin lapar dan menyuruhnya membeli makanan. dia hanya membeli semangkuk laksa..aku dan nazri hanya makan pau kaya. tapi memang geram, pau kaya tu x macam pau milah (drama dlm tv)...pau milah gebu, lembut, wangi dan lazat...pau kaya di kedai tu keras, agaknya baru beberapa minit tokey kedai letak dalam rak berupa oven tu. aku dengan nazri terkena...bengang betul..mujur perut x lapar. selesai minum dan rehat, sebelum meneruskan perjalanan aku membeli buah jambu batu tiada biji kegemaran kak intan. aku tahu kak intan memang gemar makan jambu tanpa biji tu. budin pun sama dan nazri menambah dengan membeli betik. aku x sabar untuk sampai ke pulau pinang...lama betul aku x berjumpa dengan kak inta, kak emy, abang salleh, paksu naser, ida, olie, iwan, adlina dan didi...rindu membuak-buak bila hampir sampai. ada seseorang menanti untuk menjemput aku di masjid seberang jaya...dia adalah sahabat lamaku yang kini pegawai di agensi anti dadah kebangsaan...rasa rindu sebagai sahabat tu menebal...aku sendiri tidak sabar berjumpa, bertukar cerita dan paling penting memberi telekung yang aku beli di Jakarta tempoh hari. harap ustazah rock tu berkenan dengan pilihan aku...sesampai ja di masjid seberang jaya selepas satu jam perjalanan, proton biru laut parking di perkarangan masjid di bahagian tandas. aku ke tandas untuk BAK (asyik asyik BAK saja...hahaha ops..takut batu karang). sepuluh minit lepas tu ustazah rock sampai untuk menjemput ku...aku hanya ingin memberi telekung yang di pesan sahaja. tapi aku ajak dia pegi makan sebab dari petang tadi aku x makan. ustazah rock bawa aku ke salah satu gerai kegemarannya dan kawan2. kami memesan ikan bakar, tom yam, telur bungkus dan nasi putih. memang kami melahap...lapar semula barangkali. sambil makan kami bertukar cerita, bertanya khabar sekor2 (ahahaha) dan aku meminta khidmat nasihat...yelah, rock2 ustazah tu dia pakar kaunseling...jadi dia menjadi kaunselor peribadi aku ewahhhhh (lantik sendiri ni hahaha) sejam kami lepak di warung Man Gerai ala Thai itu. selepas itu aku menelefon kak intan supaya menjemputku balik ke rumahnya. sepanjang perjalanan tadi memang aku sudah memberitahu kak intan dan dia bersetuju menjemput aku. tidak sampai 5 minit selepas kereta kaunselor berlalu, kereta myvi kak intan sampai. aku tidak bercakap banyak dan terus masuk ke bahagian pemandu untuk memandu pulang. lega apabila sudah sampai ke pulau pinang, sudah memenuhi hasrat sahabat dan gembira dapat beraya bersama saudara sendiri. sampai di rumah aku menghadiahi kak intan, kak emy, olie dan ida telekung yang aku beli di jakarta...comel2 telekung yang dilipat dan digulung disimpan di dalam beg2 comel warna senada dengan kain telekung. gembira hatiku mereka suka benar telekung yang berwarna warni itu. harapan aku semoga telekung itu digunakan sebaik baiknya. amiinnnn. perkara kedua, aku meminjam laptop abang salleh dan terus membuka facebook aku. tepat jangkaan aku. banyak komen aku dapat dari gambar2 kenangan masa UiTM dulu yang aku upload dalam facebook aku. komen dari teman2 se-UiTM dan junior2 lain. sempat lagi aku chat dengan adik angkat aku zue...sudah lama betul aku tak jumpa dia...biasanya sehari atau seminggu selepas harijadi zue pasti aku belanja dia mencekik, tapi tahun ini tidak sempat dek kerana busy...bertunang bukan alasan aku untuk tidak bertemu kawan2...aku masih menjaga batas pergaulan aku...aku sedar diri...aku tahu status aku yang bukan lagi bujang trang tang tang....ok, masa untuk mandi, solat dan krohhhh zzzZZZZZZZZ esok nak solat sunat hari raya aidiladha....good nite!

~ erti pengorbanan pada aku pada tahun ini terlalu luas...berat...sayu...pilu...sedih...berharap...macam macam ada...biarlah aku berkorban demi kepentingan yang paling utama iaitu berkorban kerana cinta kepada Allah...perasaan cinta yang dianugerahi Allah kepada aku dikorbankan. begitu hebat, besar dan mulianya cinta, kasih dan sayang Allah kepada aku jadi aku harus bersyukur...tidak perlu aku menyesali tetapi gembira dengan ujian yang diberi tanda cinta, kasih dan dan sayang Allah padaku...aku redha sepenuhnya dan berharap pengorbanan yang aku lakukan dengan menolak kepentingan diriku sendiri berbaloi...bukan mengharap balasan tetapi berjaya fisabilillah...ingatlah kawan...cinta Ilahi adalah cinta paling Agung dan Hakiki...tiada guna menyesali setiap qada dan qadar tetapi bersyukur karena di uji dan bersabar dan berdoa semoga dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah selagi nafas bisa menerjah rongga rongga ciptaan dan dipinjamkanNYA kepada kita ini. selamat hari raya aidil adha 1430H...
semoga pengorbanan yang kita lakukan kawan mendapat rahmat dan habuan yang setimpal di akhirat sana...semoga cinta kita bertemu di firdausi...tiada upaya untuk mengubah takdir, hanya doa menjadi tabir antara aku dan Tuhanku,Allah Rabbul 'Alamin ~

Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilhamd...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

demi sekeping badge sbg operator kilang


Allegiance Healthcare Sdn. Bhd. Zon Perindustrian Bebas Fasa 3, Bayan Lepas, 11900 Pulau Pinang...kerja sebagai Operator Pengeluaran di kilang ni memang teruk...macam-macam kerja aku buat demi mencari gaji yang hanya RM430 gaji pokok mula2 aku masuk. nak sambung belajaq xdak duit..keja la dulu..memang dugaan..dari lipat kotak, tarik glove, buang scrap (sampah) smpai la keja2 cuci oven suma aku buat...pernah lalui..memang perit..tapi berkat kesabaran yg tak berapa tinggi..azam nak blajar lagi...simpan duit...apabila mengenangkan sepasang mata tua dan uzur di kampung, aku teruskan jugak..." macam mana susah pun sambung blajar smpai ijazah..lepas tu baru la fikir kerja atau kawin" pesanan arwah ibuku masih terngiang-ngiang smpai sekarang.
mujur ada kawan2 jadi tak rasa teruk bekerja...penat pun tak terasa...teruk jugak kerja shif..mujur lah keja 8jam..OT pun ada berterusan...setahun lepas aku resign (dpt UiTM) kilang ni bungkus...kesian tengok kawan2 terkial kial mencari kerja berbekalkan result UPSR, SRP dan SPM...zaman sekarang ni orang ada Ijazah pun menganggur..susah kan? itu suma soal rezeki..kita serah kepada yg lebih berhak menentukan..kita hanya insan yang menjalani kehidupan di atas rasa cinta, kasih, sayang, benci, pahit, manis, suka, duka dan macam2 lagi. rezeki aku murah agaknya, cukup setahun aku dinaikkan pangkat daripada Operator Pengeluaran kepada Material Handler gaji basic permulaan RM511. syukur alhamdulillah..rasa cukup untuk bagi emak di kampung, simpan untuk sambung study (masa tu x tau boleh smbg stdy ke x) dan belanja harian...mujur makanan di kilang murah-murah dan ada elaun makan. supervisor ok dgn aku..kawan kawan spt ayob, mie, naser (abg ipar aku la ni), pak din, man jagung, lan, koer, gendut, din ganja, azhar, hazim, abg mie baltank, ery, is, alsmie, azizan dan ramai lagi kwn2 minah indon suma bagi support bila aku ckp nak sambung blajar...aku dgn ayob slalu bersembang hasrat sambung study sambil strip glove (tarik glove) yang kluar dr oven. panasnya acuan glove tu memang panas...sampai melecur sepuluh jari aku...minggu pertama balik kerja aku rendam jari dlm ayaq garam..kak aku suruh berhenti tp aku x mau..kilang tu pun dapat lepas aku meluat cari keja x dapat2...hampir kesemua kilang area bayan lepas aku pegi berbekalkan SPM tp haram satu pun x lekat. smpai la aku berehat bawah pokok depan kilang Alligeance tu..pak gad kt situ yang panggil aku.
"adik..adik..nak mintak kerja ka?" tanya pakcik gad
"saya dah bosan dah pakcik...dekat 20 kilang dah kluar masuk satu pun x lekat" kataku malas sambil membuka helmet dan meletakkan di dalam raga motor.
" adik mai sini, isi borang ni terus pegi HR " kata pakcik gad tu bersungguh2 meyakinkan aku bahawa kilang tu memerlukan pekerja lelaki.
" mcm mana ni kak? " tanya aku pada kak intan yg kesian melihat aku dari tadi x dapat2 kerja..kak intan bawa aku jalan2 area kilang sbb aku nak tukar kerja.sblm ni aku buat kerja kontrak pasang talipon, tukar tile dlm bilik air, tukar jamban kangkang kpd mangkuk tandas....sabar kawan, nanti aku ceritakan..
" try la..ni last...kalau x dapat kerja dengan abg nan lagi " kak intan memujuk aku. betul jugak..aku bukan berhenti kerja..cuma cari kerja baru..x larat kerja kontrak..kluar 10 pg balik blom tentu petang...tengah panas..hitam berkilat muka aku masa tu. mcm paria berjemur tengah2 salji.aku terus mencuba nasib.selepas mengisi borang dan mengenakan sticker "interviewer" di dada..aku berjalan menuju HR seperti diarahkan.masuk dalam bilik HR ada ramai budak laki2 yang rata-rata sebaya aku.ye lah lepasan SPM 1998, mesti cari kerja. tak sangka selepas temuduga aku berhasil mendapatkan kerja sebagai Operator Pengeluaran. aku x ingat nama kawan2 yang aku ingat Ayob dan Rahmat saja..selesai interview dan mendapat keputusan aku keluar dan memberitahu kak intan...wajah kepenatan kak intan hilang, kak jan yang mengekori kak intan juga gembira...kak jan, terima kasih bagi aku borang UPU walaupun basah kena hujan borang tu..rezeki aku masuk UiTM =)
seminggu mula2 masuk aku dan kawan2 lain mengantuk gila terutamnya shif malam..masuk masa training tu pam glove saja cek ada lubang ka x erti kata lain reject sbb bocor..istilah dia aku dah lupa. kami main2 ja buat belon...lepas tu dua minggu belajar stripping (tarik glove smpai 10jari melecur). masa ni memang azab...pakai sarung tangan pun tapi lama2 tarik memang melecur la tangan..ye lah, jari kita alas glove kain, tarik glove getah (yg doktor pakai bedah org tu) kluar dr oven..acuan dia panas...bentuk tangan orang..dua minggu dok stripping habis jari aku melecur...ibu jari ayob lagi parah..bernanah terus..tapi kami gagahi jugak..sebab enjoy dengan kawan2 yang gila2..x kesah la depa nak isap ganja atau mabuk skali pun janji kami x buat...lepas sebulan tibalah masa pembahagian shif..ada empat shif A, B, C dan D...aku dengan ayob jadi cuak sbb kang takut xdak geng..alhamdulillah aku dengan ayob satu shif...shif C...lega sangat2 dapat sekali..kami di ajar tengok rooster (jadual waktu kerja kilang). faham lah aku dengan ayob. shif aku tengah bercuti nak masuk shif malam...jadi lagi 2 hari baru kami start masuk shif. aku dengan ayob rasa lega x dak dah sbb dapat rehat 2 hari..lepas tu baru pikir kawan baru, geng baru, supervisor lain, minah2 indon lain..mcm2 lah...dalam masa 2 hari tu aku berehat saja di rumah. nak balik kampung x dak duit. harap dok menumpang rumah kak intan makan tanggung berak tong. mujur kak intan dan abang salleh ajak dok skali sbb baru kawen n takdak anak lg..aku x kesah..jgn bg serabut kepala otak aku dah lah..aku leh lari (akan datang berlaku juga adengan lari dari rumah) hahaha.
memang teruk, penat, kadang2 tensyen keja kilang..keja shif malam paling best sbb rasa masa sekejap sangat..memang best time shif malam..siap kami main takraw dlm warehouse time nak balik. glove buat jd bola takraw hahaha
masa aku dengan ayob dok striping tu ada la minah2 indon tunjuk eksen, menggatai, daring2, lucu2, kampung2 dan ada kwn2 yang tunjuk macho mcm koer, gendut, hazim. ye lah orang lama...aku dgn ayob baru ja masuk..kami x kesah..striping kt booth 2 memang rancak sbb kami nyanyi ramai2...koer bergendang sambil tarik2 glove..koer la ajar aku cara2 menarik yang betul..bila tangan aku pedih sbb melecur dia suruh rehat n cover aku..indon2 lain pun sporting..jd mcm satu family..so xdak mslh.3 bulan baru aku dapat strip tanpa tangan melecur. yelah sbb dah kematu pun hujung jari...masuk dalam tu muda kluar lepas sejam jadi tua..tau sebab apa? serbuk/powder dr glove tu berterbangan..x buleh guna aircond tp ada kipas...powder tu la melekat kt muka, kening, bulu mata..habis putih..memang macam orang tua..mujur la rambut kena tutup dengan hair net, hidung cover dengan face mask, telinga sumbat earplug dan pakaian kami tutup dgn smoke...pakai smoke (ala kot panjang mcm budak2 kilang2 lain gak).
memang berpeluh la..muka sekoq2 jadi tua...aku kena alahan..powder tu la menjahanamkan kulit muka aku yang sebelum tu licin..lama2 jerawat naik banyak..mula2 hidung, lepas tu dahi, lepas tu pipi..aduh memang azab muka...mula2 masuk UiTM jerawat x hilang2...teruk arrrr hahaha mizie hg perasan x muka aku time tu?
macam tu lah kehidupan aku masa keja kilang...time cuti OT..xdak OT aku cari OT buat cuci2 skru, cuci tangan2 palsu ceramik tu..mcm2 lah...apa yang budak umor 18tahun tahu erti pekerjaan masa tu...apa disuruh buat ja...mujur kawan2 memandu ke arah yang betul...walaupun aku x betul sangat..setahun bekerja mcm tu aku dapat offer Material Handler...buat product baru...sebulan saja aku kerja sbb x tahan..aku surrender...aku ponteng keja..sudahnya aku mintak turun jd Operator balik masuk shif lama..supervisor warning ckp aku mgkin x dpt shif lama..sedih x ingat masa tu..aku smpai solat hajat banyak kali.alhamdulillah dapat patah balik jadi operator dan dapat shif C geng balik dengan ayob, mie, lan, koer dan lain2...time cuti aku ikut ayob, mie, lan, koer p jamming kt ayer hitam...x pandai main gitar @ drum xpa..tolong nyanyi ja..masa tu top XPDC...bila Ali masuk XPDC lagi la top..jamming pun lagu tu ja..karoke pun lagu xpdc jugak..memang minat habis arr time tu hahaha
tup tap ayob dapat IKM, Berseri, Perlis...sedih berpisah dengan ayob sebab kami sama2 masuk kerja...lagi sedih dia dapat sambung blajar dulu dari aku..xpa rezeki dia...aku harap rezeki aku ada...3bulan lepas ayob masuk IKM, baru lah aku dapat UiTM..selepas hampir 2tahun memerah keringat dan tulang 4 kerat...lega x ingat...risau x ingat..sedih x ingat...syukur x lupa...syukur Alhamdulillah...


~ panjang arr kawan kesah kilang ni..aku matikan smpai sini aja..sbb aku fokus kisah2 di UiTM...kang pembaca (geng UiTM) bosan <------ pesan mizie kt aku kemarin ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kisah sekeping biskut

Minggu Wawasan Siswa, begitulah nama program induksi bagi pengambilan UiTM Mei 2001. Sepanjang tempoh tersebut, benda paling memberi kesan adalah tidur. Mengantuk tahap 'gaban' bagi orang yang memang jenis spesis tidur awal. Aku pun mengalami sindrom yang sama disebabkan letih. Letih menghadiri aktiviti yang memenatkan sehingga mengganggu waktu tidur. Bangun seawal pagi, menghadiri ceramah yang kadangkala membosankan tanpa pengisian. Cakap, makan, cakap, makan dan tidur.

Hari pertama, kami diberi sekeping biskut. Setiap seorang mendapat sekeping biskut empat segi untuk disimpan dan dibawa bersama-sama sepanjang minggu orientasi. Biskut perlu dibawa ke mana saja sepanjang minggu tanpa menjejaskan bentuknya, samada sewaktu ceramah, makan, mandi dan waktu tidur. Setiap pelajar perlu menjaga biskut dengan sebaik mungkin. Jika berlaku kerosakan pada biskut, kemungkinan akan didenda. Begitu sukar untuk menjaga sekeping biskut daripada patah atau hancur. Biskut aku sudah masuk angin, menjadi kembang dan lembut.

Akhirnya aku berjaya mengharungi minggu tersebut dengan sempurna, terselamat dari 'penderaan' atau denda tanpa perlu membuat persembahan pada hari terakhir walaupun biskut aku juga telah patah. Satu penipuan yang hebat. Menggunakan akal yang kreatif mencantumkan semula biskut tersebut agar tidak kelihatan patah (walaupun hakikatnya telah patah).


Kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Jadi aku menggunakan peribahasa ini sebagai panduan dalam mengharungi minggu tersebut.


P/S: Penceritaan kurang mantap sebab mengejar dateline dari ted yang tak habis-habis mengingatkan aku suruh post dalam minggu ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SECEBIS PUISI

MALAM YANG LARA
Malam itu aku datang lagi menemuiMU Kasih,
Ku hemburkan segala derita yang meruntun hati..
Tanpa segan silu bercucuran air mata mengalir keluar..
Mengapa ku diuji seberat ini duhai Kekasihku..
Persoalan itu ku lontarkan buat sekian kalinya....
Terlalu perit ku rasa...
Suara hatiku menjerit dan terus menjerit.....
Bertapa sakitnya derita yang ku tanggung...
Seluruh alam menyepi tanpa suara...
Sang unggas turut membisu...
Seakan-akan turut mengerti....simpati...
Maaf wahai Kekasihku...
Bukan ku mahu menyalahkan MU..
Bukan jua ku mahu menafikan takdirMU...
Dengan apa yang terjadi...
Tapi sesungguhnya tidak lagi ku mampu
Tanggung segala apa yang terbenam dalam ruang rongga jasadku..
Ia seakan terus merobek dan terus merobek....
Namun ku pasrah dengan segalanya....
Dipenghujung munajatku ini...
Ku mohon keampunan dariMU
Duhai Kekasihku Yang Abadi.......
~~~~~~Anggerikrimba~~~~~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ya ALLAH
Jika aku jatuh cinta....
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMU
Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku meyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut padaMU
Agar tidak terjatuh aku
Ke dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati MU...

~ anggerikrimba ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kuberitahu satu rahasia padamu kawan
buah paling manis dari berani bermimpi
adalah kejadian-kejadian menakjubkan
dalam perjalanan menggapainya

tahukah dirimu kawan?
dalam serpih serpih cahaya
dan gerak geri halus benda-benda
tersimpan rahasia
mengapa kita ini ada

dan tiba tiba hari hariku
berubah menjadi
puisi semilir di pagi hari
meriang jika siang
pecah serupa ombak ombak pasang
kalau malam

~ andrea hirata ~<

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS