Salam 'Eidul Adha 10 Zulhijjah 1430H / 27 November 2009





sedari jam 7.05 waktu tempatan sebaik azan Maghrib berkumandang di dalam radio kereta...hati aku tersentuh dengan kalimah memuji, merayu, memanggil Allahu Rob Tuhan Sarwa Seluruh Alam...laungan dan seruan takbir hari raya Aidil Adha bagi tahun 1430Hijrah berkumandang dari speaker proton wira budin, rakan sepejabat aku. kami kenal benar pemilik suara yang melaungkan takbir raya tu. x lain x bukan suara Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan nasyid tempatan Rabbani. sungguh merdu, mendayu-dayu dan penuh penghayatan, bisa meruntun hati dan kalbu sesiapa yang mendengar dan menghayati laungan kalimah tersebut. nazri menumpang budin untuk pulang beraya di rumah keluarga mertuanya di seberang perai, aku menumpang kereta budin untuk pulang menyambut raya haji atau raya korban tahun ini di rumah kak intan di pulau pinang. anak-anak saudara, abang ipar dan kakak2 aku menunggu kepulangan aku. sesekali aku rasa sebak kerana emak dan bapak sudah tiada lagi untuk menyambut hari raya Aidilfitri dan Aidiladha bersama kami..dari ibu pejabat YaPEIM, Jln. Kg.Attap, Kuala Lumpur kami bertolak dengan proton wira aeroback warna biru cair milik budin. aku dan nazri hanya menumpangnya tetapi kami memberi budin duit sebagai ganti tambang bas atau keretapi atau tiket kapal terbang? hehehe...budin mcm tu la...tetap menolak tapi aku tetap memberinya duit...segan aku..mak aku x ajar mengambil kesempatan...biar kita yang lebih menolong...x rugi...Allah akan tolong kita semula...x perlu berkira2 apa lagi dengan seorang kawan. sepanjang jalan kami hanya berhenti di R&R Tapah untuk BAK (buang air kecil) dan melepaskan gian merokok. kali kedua kami berhenti di R&R Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Perak untuk BAK lagi sekali dan berhenti membasahkan tekak masing-masing. aku hanya minum minuman kegemaranku sepanjang hayat (teh-o), budin meminta nescafe o ais dan nazri minum teh tarik. aku tahu budin lapar dan menyuruhnya membeli makanan. dia hanya membeli semangkuk laksa..aku dan nazri hanya makan pau kaya. tapi memang geram, pau kaya tu x macam pau milah (drama dlm tv)...pau milah gebu, lembut, wangi dan lazat...pau kaya di kedai tu keras, agaknya baru beberapa minit tokey kedai letak dalam rak berupa oven tu. aku dengan nazri terkena...bengang betul..mujur perut x lapar. selesai minum dan rehat, sebelum meneruskan perjalanan aku membeli buah jambu batu tiada biji kegemaran kak intan. aku tahu kak intan memang gemar makan jambu tanpa biji tu. budin pun sama dan nazri menambah dengan membeli betik. aku x sabar untuk sampai ke pulau pinang...lama betul aku x berjumpa dengan kak inta, kak emy, abang salleh, paksu naser, ida, olie, iwan, adlina dan didi...rindu membuak-buak bila hampir sampai. ada seseorang menanti untuk menjemput aku di masjid seberang jaya...dia adalah sahabat lamaku yang kini pegawai di agensi anti dadah kebangsaan...rasa rindu sebagai sahabat tu menebal...aku sendiri tidak sabar berjumpa, bertukar cerita dan paling penting memberi telekung yang aku beli di Jakarta tempoh hari. harap ustazah rock tu berkenan dengan pilihan aku...sesampai ja di masjid seberang jaya selepas satu jam perjalanan, proton biru laut parking di perkarangan masjid di bahagian tandas. aku ke tandas untuk BAK (asyik asyik BAK saja...hahaha ops..takut batu karang). sepuluh minit lepas tu ustazah rock sampai untuk menjemput ku...aku hanya ingin memberi telekung yang di pesan sahaja. tapi aku ajak dia pegi makan sebab dari petang tadi aku x makan. ustazah rock bawa aku ke salah satu gerai kegemarannya dan kawan2. kami memesan ikan bakar, tom yam, telur bungkus dan nasi putih. memang kami melahap...lapar semula barangkali. sambil makan kami bertukar cerita, bertanya khabar sekor2 (ahahaha) dan aku meminta khidmat nasihat...yelah, rock2 ustazah tu dia pakar kaunseling...jadi dia menjadi kaunselor peribadi aku ewahhhhh (lantik sendiri ni hahaha) sejam kami lepak di warung Man Gerai ala Thai itu. selepas itu aku menelefon kak intan supaya menjemputku balik ke rumahnya. sepanjang perjalanan tadi memang aku sudah memberitahu kak intan dan dia bersetuju menjemput aku. tidak sampai 5 minit selepas kereta kaunselor berlalu, kereta myvi kak intan sampai. aku tidak bercakap banyak dan terus masuk ke bahagian pemandu untuk memandu pulang. lega apabila sudah sampai ke pulau pinang, sudah memenuhi hasrat sahabat dan gembira dapat beraya bersama saudara sendiri. sampai di rumah aku menghadiahi kak intan, kak emy, olie dan ida telekung yang aku beli di jakarta...comel2 telekung yang dilipat dan digulung disimpan di dalam beg2 comel warna senada dengan kain telekung. gembira hatiku mereka suka benar telekung yang berwarna warni itu. harapan aku semoga telekung itu digunakan sebaik baiknya. amiinnnn. perkara kedua, aku meminjam laptop abang salleh dan terus membuka facebook aku. tepat jangkaan aku. banyak komen aku dapat dari gambar2 kenangan masa UiTM dulu yang aku upload dalam facebook aku. komen dari teman2 se-UiTM dan junior2 lain. sempat lagi aku chat dengan adik angkat aku zue...sudah lama betul aku tak jumpa dia...biasanya sehari atau seminggu selepas harijadi zue pasti aku belanja dia mencekik, tapi tahun ini tidak sempat dek kerana busy...bertunang bukan alasan aku untuk tidak bertemu kawan2...aku masih menjaga batas pergaulan aku...aku sedar diri...aku tahu status aku yang bukan lagi bujang trang tang tang....ok, masa untuk mandi, solat dan krohhhh zzzZZZZZZZZ esok nak solat sunat hari raya aidiladha....good nite!

~ erti pengorbanan pada aku pada tahun ini terlalu luas...berat...sayu...pilu...sedih...berharap...macam macam ada...biarlah aku berkorban demi kepentingan yang paling utama iaitu berkorban kerana cinta kepada Allah...perasaan cinta yang dianugerahi Allah kepada aku dikorbankan. begitu hebat, besar dan mulianya cinta, kasih dan sayang Allah kepada aku jadi aku harus bersyukur...tidak perlu aku menyesali tetapi gembira dengan ujian yang diberi tanda cinta, kasih dan dan sayang Allah padaku...aku redha sepenuhnya dan berharap pengorbanan yang aku lakukan dengan menolak kepentingan diriku sendiri berbaloi...bukan mengharap balasan tetapi berjaya fisabilillah...ingatlah kawan...cinta Ilahi adalah cinta paling Agung dan Hakiki...tiada guna menyesali setiap qada dan qadar tetapi bersyukur karena di uji dan bersabar dan berdoa semoga dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah selagi nafas bisa menerjah rongga rongga ciptaan dan dipinjamkanNYA kepada kita ini. selamat hari raya aidil adha 1430H...
semoga pengorbanan yang kita lakukan kawan mendapat rahmat dan habuan yang setimpal di akhirat sana...semoga cinta kita bertemu di firdausi...tiada upaya untuk mengubah takdir, hanya doa menjadi tabir antara aku dan Tuhanku,Allah Rabbul 'Alamin ~

Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilhamd...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Salam 'Eidul Adha 10 Zulhijjah 1430H / 27 November 2009"

Post a Comment