Minggu Wawasan Siswa bermula - Mozaik 02


"assalamualaikum, kak, pendaftaran untuk Sains Kesetiausahaan Eksekutif kat mana ya? tanya aku sambil menunjuk surat tawaran kepada salah seorang senior di UiTM lewat hari pendaftaran di sri iskandar, perak tengahari tu.
"ooo..adik pegi terus bangunan tu belok kiri dlm bilik tu..ada banyak step...ikut je arahan orang yang jaga pendaftaran tu nanti ye" terang kakak tu penuh detail...aku iya kan saja sambil mata liar mencari tempat yang dimaksudkan. aku minta kak emy dan kawan-kawannya tunggu di dalam kereta sahaja sebab urusan pendaftaran tu mengambil masa yang agak lama...sebab proses pendaftaran bermula dengan pembayaran yuran kemudian bayaran-bayaran lain mewakili fakulti masing-masing. selesai hal ehwal pendaftaran, aku kembali kepada kak emy, faizal dan along yang sudah lama menunggu. aku minta maaf terlebih dahulu dan mengatakan semuanya sudah selesai. kak emy menyuruh aku membeli perkakas lain seperti baldi, bantal, penyangkut baju, sabun basuh, berus dan sebagainya. aku bersetuju dan terus ke kiosk jualan barang-barang toiletries...memang ramai mahasiswa dan mahasiswi baru terkial-kial mencari tempat pendaftaran dan barang-barang toiletries. selesai semua itu tibalah saat yang paling menyedihkan bagi aku. sedih kerana kak emy akan pulang ke ipoh meninggalkan aku untuk memulakan kehidupan baru sebagai seorang mahasiswa.
"jangan lah sedih...cuti nnti balik la ipoh atau balik kampung jenguk mak" pujuk kak emy...dia faham perasaan aku sekarang...mana-mana student atau mahasiswa pun akan berasa perasaan yang sama dengan aku iaitu perpisahan...walaupun sementara.
"ok...nnti apa hal aidk telefon" aku menjawab dengan wajah yang agak sugul.
"ok, pegi la ke bilik tu...nnti jumpa kawan-kawan, ok lah...dok baik-baik..jaga diri di tempat orang...ingat matlamat utama...belajar..jangan main-main" kak emy menasihatku....dalam nada sebak tapi tegas...matanya berkaca tapi ditahannya cairan yang bergenang dalam kelopak matanya. aku tidak berani menaikkan muka aku untuk menatap wajahnya lagi..aku tunduk...sedih...sedih kerana arwah bapak aku tidak dapat melihat aku masuk menara gading, sedih sebab emak aku sakit di kampung x dapat menghantarku...
"ok lah dik, jaga diri nah...baik-baik..ingat pesan mak" kak emy berpesan lagi.
"ok...mintak diri dulu...nak naik dah...pegi la balik" pintaku kepada kak emy supaya terus masuk ke dalam kereta proton iswara hijau milik Along. aku tidak mahu terus menerus kak emy menasihati aku kerana kelak dia sendiri yang akan menangis..dia memang sensitif...dia yang paling rapat dengan aku dalam keluarga...kak emy terus masuk kedalam kereta. along terus menekan pedal minyak dan iswara hijau muda itu meluncur perlahan-lahan meinggalkan aku dilaluan pejalan kaki itu. aku melihat kak emy melambai-lambai sambil menahan sebak..air mata bercucuran x terbendung...aku hanya melihat dari jauh sehingga kereta itu hilang dari pandangan ku...arhhh sungguh melodrama kawan..tentu kalian x suka membaca kisah2 sedih sebegini...tp itu lah hakikat..aku pasti kalian juga mempunyai pengalaman sedih yang sama pada hari pendaftaran...apa lagi anak manja yang tidak pernah menajuh daripada keluarga...anak bujang yg sememangnya bersemangat waja dan berhati batu sekalipun akan berasa terharu dan sedih...kerana perpisahan sebegini...jgn nak tipu...ego saja menipu tp hati lembut...hati pink! hahaha
"assalamualaikum...student baru ke?" sapa seorang student baru yang sudah mendaftar dan ingin menuju ke bilik asrama siswa tempat kami akan bertemu kawan-kawan baru. tempat semua kehidupan lama akan berubah kepada kehidupan baru...seperti burung mendapat sarang baru...atau seperti umang-umang mencuri cengkerang baru lantas dijadikan tempat berteduh atau tempat tinggal.
"waalaikumsalam...ah ah...baru habis daftar...nak p hostel" jawabku.
"haa..elok lah..jom...tu dia asrama siswa" siswa tu menunjuk hostel lelaki yang tidak berapa jauh dari tempat aku berdiri dengan muncung mulunya dek kerana tangannya penuh dengan barang-barang. ada baldi, bantal, beg pakaian dan juga beg galas barangkali beg waktu tamat SPM dulu...lusuh sedikit warnanya tapi masih tahan...sempat mata aku liar mencari jenama beg itu tp sudah terpadam kerana lusuh.
"panggil aku ted" kata aku pada mamat tu.
"ooo..apa dia? tek? " tanya mamat tu lagi.
"tak lah...ted..t.e.d..tedddy.." kata aku lagi menekankan huruf t.
"ooo ted hahahahah sorry...aku sobri..pangiil ayie ja lah" siswa itu memperkenalkan dirinya selepas aku.
"mai dari mana?" tanya aku pada ayie sambil tanganku mengankat baldi yang baruku beli dan juga beg yang mampat dengan pakaianku.
"kedah...jitra" jawan ayie. aku berasa lega kerana berjumpa dengan orang utara yang sealiran bahasa dengan aku.
"orang utara gak ka? belah mana?" tanya ayie pada aku dek kerana bahasa aku yang berbunyi utara..
"penang..area bayan lepas kat matang damar laut" jawabku ringkas dan padat.
kami terus berjalan sambil bertanya asal usul masing-masing dan terus menaiki tangga mencari bilik di hostel yang disediakan untuk para mahasiswa. aku terpisah dengan ayie kerana biliknya di tingkat 3 manakala bilik aku di tingkat 1 sahaja. tapi kami masih akan melalui minggu wawasan siswa selama satu minggu. aku terkial-kial mencari nombor bilik...rupa-rupanya bilik aku hanya selang satu bilik dari tangga yang aku naiki tadi. pintu bilik ternganga luas dan aku lihat seorang siswa sedang berbaring mana kala seroang lagi sedang mengeluarkan pakaiannya dari dalam beg dan mengemas ke dalam almari. aku memberi salam dan masuk ke bilik mencari katil..oleh kerana aku lambat maka aku mendapat katil di tingkat atas.x kisah lah...janji ada tempat tidur. aku terus meletak barang-barang ke lantai dan bersalam denga kawan baru sebili yang memperkenalkan diri sebagai NED. tubuh rangkanya kecil..kecil daripada aku..kecil daripada kak emy...seorang lagi tengah tidur. aku tidak mempedulikannya yang sedang sedap tidur kepenatan. aku mengemas katil, memasang cadar baru putih pemberian kak nora. aku mengeluarkan sebahagian pakaian yang diperlukan semasa MWS...sepanjang minggu itu...aku bersembang-sembang dengan ned tentang kampung halaman dan latarbelakang sekolah. selepas itu aku menyalin pakaianku dan memakai tuala belang merah bertemakan bendera LIVERPOOL..merah jalur putih halus dan logo kumpulan bolasepak terkemuka eropah...aku hanya bertuala dan mengeluarkan selipar jepun dari dalam beg aku.terus memakainya menuju ke bilik air. ramai siswa terkejar-kejar hendak membersihkan diri dan pergi makan kerana acara terawal sempena mws ialah solat maghrib berjemaah di dewan. ada siswa yg berkerut muka menahan kerana barangkali hendak "membuang" tetapi toilet penuh...ada yang beratur menunggu giliran untuk mandi..ada yang mencuci muka di sinki...ada yang senyap-senyap merokok di dalam tandas dan macam ragam lagi. nasib aku baik. sekejap saja aku menunggu dan seorang siswa membuka pintu kamar mandi. kami hanya saling menatap wajah asing masing2 dan tersenyum sedikit. aku terus melangkah masuk untuk mandi dan membersihkan diriku. ya Allah, aku terlupa bawa sabun dan berus gigi..arhhh lepas mandi lah..mujur ada sabun wakaf barangkali dalam bilik mandi tersebut. selesai mandi aku terus menuju bilik tanpa melihat nombor bilik terlebih dahulu. aku terus menguak pintu bilik di tepi tangga. aku terpinga-pinga melihat orang asing menghuni bilik tersebut. aku gementar semacam malu. aku lihat seorang budak yang sedang memegang telefon bimbit jenama motorola bersaiz bongkah kayu inci.
"ye..cari sape? nak ape?" tanya budak tu padaku melihat aku kebingungan. aku confuse...aku tahu aku tersalah bilik..ya Allah malunya aku...mcm mana aku nak cover malu aku ni..mataku liar mencari sesuatu..aku terpandang sebatang penyapu di tersandar di tepi dinding di hujung katil budak tersebut.
"errr...sorry...nak pinjam penyapu...hehe..." sepantas kilat kata-kata itu tersembur keluar daripada mulutku dek kerana panik bercampur malu.
"oooo...nah..ambiklah..farid" budak tu memberi penyapu dan bersalam memperkenalkan dirinya padaku.
"aku ted...t.e.d.." kataku pada farid supanya dia tidak tersalah sebut seperti ayie tadi...aku terus menutup pintu bilik farid dan berlari masuk ke dalam bilik aku. aku cerita kepada ned aku tersalah bilik. kena gelak besar aku dengan ned. kurang hajar punya ned, nak raih undi simpati pun x boleh. digelaknya aku. cisssss. aku memakai baju dan kain pelikat tanda aku mahu mengerjakan solat. budak yang terlentang tidor menutup mukanya dengan bantal dari tadi sudah terjaga. dikenalkan dirinya padaku sebagai RIE...MOHD SAZRI...ned sudah siap dari tadi dan mengajak aku makan. aku terus solat dan rie terus ke bilik air untuk mandi. aku bertanya kepada ned mana pegi sorang lagi studen baru. ned memberitahu budak tu bersama keluarganya yang tinggal di setiawan. x jauh dari sri iskandar..kami ke dewan makan sesudah rie bersiap seperti mahasiswa dan mahasiswi lain. makanan kurang enak. biasalah..makan di kantin..sponsor lagi..x perlu bayar..memang begitu..bersyukurlah...ramai muka muka yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. macam-macam bentuk fizikal pelajar baru. ada yang kurus tinggi, ada yang gemok pendek, ada yang sedang-sedang...biasalah tubuh orang asia memang begitu..tapi paling aku nampak seorang budak ni kurus dan tinggi..lebih tinggi daripada aku..aku tidak mengenali nama nya tp hanya memerhati dari jauh...lambat laun aku kenal juga. pulang ke bilik rie menghempas badannya ke katil semula...aku hanya duduk di atas meja study dan ned berehat di atas kerusi sambil membuka komik kegemarannya...memang sesuai komik dgn ned...comel..hahaha...kenapa aku berkata sedemikian kawan? kerana ned bertubuh kecil, kurus, semacam nerd...budak nerd...kalau dia pakai cermin mata besar dan berbingkai tebal pasti tepat perkataan NERD padanya....aku mengambil telefon bimbitku jenama alcatel...aku menghidupkan telefonku dan memerhati kalau kalau ada sms atau misscalled dari orang-orang penting dalam hidupku...emak, kakak-kakak, kawan-kawan atau siapa-siapa saja kawan dari indonesia yang bekerja satu kilang dengan ku seperti Perawaty, Sufiaty, Murni, Mbak Siti, Kak Hepi atau Dian....paling rapat dengan aku ialah Pera dan Dian...Dian beragama kristian..masih aku ingat kata-katanya..
"Om...kalu udah ke universitas, jgn lupa sama dian dan pera di sini ya..pulang ke penang kita kluar ya" pesan dian padaku minggu-minggu terakhir aku di kilang tempat kerja yang baru saja ditinggalkan.
"Om jangan lupa...jika om sudah berjaya nanti, Om buka restoran KFC di Pekan Bharu...biar Pera jadi Managernya" usik Pera dengan angan-angannya itu.
OM??? ya...Om..itulah gelaran Pera dan Dian padaku...tanda hubungan yang akrab...aku senang bekerja dengan minah indon dua ekor tu...senang sekali...banyak menolong...tiba-tiba telefon ku berbunyi memecahkan ingatanku pada minah indon tu. aku tersenyum girang melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku ialah panggilan dari rumah kak intan di pulau pinang terus aku menjawab panggilan tersebut memberitahu semuanya beres...bereh-bereh (versi Qlate).hampir 15minit aku bergayut dengan kak intan dan kak nora..gamaknya dorg risau aku sorang-sorang kt sini..tempat baru...sayang jugak dorang kt aku (bisik aku dlm hat). carik carik bulu ayam...biasalah..mcm tu lah hbgn adik beradik.
"pengumuman...pengumuman...kepada semua mahasiswa mahasiswa...anda mempunyai masa 15minit untuk menyiapkan diri dan berada di dewan untuk solat maghrib berjemaah. kepada sesiapa yang lambat akan didenda" tiba-tiba suara salah seorang fasilitator atau OC tegas dan lantang dihamburkan melalui corong speaker kedengaran. kami semua kelam kabut untuk menyiapkan diri. pelajar yang nampak skema sudah berjalan menuju dewan. selebihnya masih terkial-kial mahu mandi, menukar pakaian solat, mencari-cari selipar, meminjam baju melayu kawan-kawan dan bermacam lagi karenah. aku mengenakan baju melayu biru dan kain pelikat biru pemberian arwah bapak aku. ned dan rie pun bersiap sedia dengan pakaian solat. seorang lagi budak yang sejak tadi katilnya kosong masih belum sampai. ah! x apa lah, nanti sampai juga atau pun dia sudah berada di dalam dewan. kami bertiga bersama pelajar-pelajar lain berjalan menuju ke salah satu bangunan dan menaiki tangga ke tingkat 4 bangunan pelajar jurusan Interior Design yang dibuka menjadi dewan.

~ panjang juga cerita semasa MWS ni..sabarlah kawan..aku sendiri tidak mahu melepaskan kenangan-kenangan sepanjang minggu ini. akan aku perah daya ingatan aku supaya dapat aku kutip saki baki ingatan dan kenangan semasa MWS untuk di kongsi bersama...bosan? boring? buka MP3 atau MP4 kawan...nanti sambung baca kisah selanjutnya ~

p/s : aku bukan xmo donlod gambo tp asyik error ja...hampeh..sian hampa asyik baca ja noh! xpa...xpa...xpa...nanti aku donlod gambo2 uitm dedulu k.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Minggu Wawasan Siswa bermula - Mozaik 02"

  1. A. Mizzi says:
    November 25, 2009 at 10:17 AM

    rupanya hang sebilik dgn rhi dan ned(tapah)...kalau macam tu mungkin bilik kita dekat2 ja..sbb tu kat manjung kita dok serumah..aku ingat bilik sebelah aku, ada tok penghulu (firdaus sahar) dengan ustaz (fairus)..ntah2 hang dok selang sebilik dari depa..bila combine jadilah serumah.

    takpun hang jiran seblah kiri pintu..sbb belah tu ada tangga..bilik aku selang sepintu dgn tangga..

  2. tedi3 says:
    November 25, 2009 at 10:47 PM

    haaaaaa btoi2...aku mmg sebilik dgn penghulu..x sangka noh? kita jiran..smpai manjung baru sebilik ubah jd sekatil..jidin pengaco arhhh tensi tensi tensi...sorg lg slalu mai kaco si ham.....sensored

Post a Comment