Kisah sekeping biskut

Minggu Wawasan Siswa, begitulah nama program induksi bagi pengambilan UiTM Mei 2001. Sepanjang tempoh tersebut, benda paling memberi kesan adalah tidur. Mengantuk tahap 'gaban' bagi orang yang memang jenis spesis tidur awal. Aku pun mengalami sindrom yang sama disebabkan letih. Letih menghadiri aktiviti yang memenatkan sehingga mengganggu waktu tidur. Bangun seawal pagi, menghadiri ceramah yang kadangkala membosankan tanpa pengisian. Cakap, makan, cakap, makan dan tidur.

Hari pertama, kami diberi sekeping biskut. Setiap seorang mendapat sekeping biskut empat segi untuk disimpan dan dibawa bersama-sama sepanjang minggu orientasi. Biskut perlu dibawa ke mana saja sepanjang minggu tanpa menjejaskan bentuknya, samada sewaktu ceramah, makan, mandi dan waktu tidur. Setiap pelajar perlu menjaga biskut dengan sebaik mungkin. Jika berlaku kerosakan pada biskut, kemungkinan akan didenda. Begitu sukar untuk menjaga sekeping biskut daripada patah atau hancur. Biskut aku sudah masuk angin, menjadi kembang dan lembut.

Akhirnya aku berjaya mengharungi minggu tersebut dengan sempurna, terselamat dari 'penderaan' atau denda tanpa perlu membuat persembahan pada hari terakhir walaupun biskut aku juga telah patah. Satu penipuan yang hebat. Menggunakan akal yang kreatif mencantumkan semula biskut tersebut agar tidak kelihatan patah (walaupun hakikatnya telah patah).


Kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Jadi aku menggunakan peribahasa ini sebagai panduan dalam mengharungi minggu tersebut.


P/S: Penceritaan kurang mantap sebab mengejar dateline dari ted yang tak habis-habis mengingatkan aku suruh post dalam minggu ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Kisah sekeping biskut"

Post a Comment