...then i will start it again :)

UiTM Manjung....nun jauh di Seberang Perak atau dlm peta Negeri Perak Darul Ridzuan...terletak di daerah Perak Tengah, 45 minit dari Bandaraya Ipoh dan 20-30 minit perjalan dari Lumut, Perak....Bandar Maritim Malaysia...
aku bukan nak corat coret pasal peta dan daerah dalam negeri Perak...

petang yg hening(bening+pening) semua student uitm batch Mei 2001 bergegas menaiki bas setelah selesai minggu penderaan yg amat menyeksakan (bagi adik2 yg x lasak) atau minggu yg paling membosankan bagi mat mat rempit slps spm di kampung masing2 dan minggu2 perubahan yg lebih baik (bg kwn2 mat mat surau dan mat mat belia) atau minggu yg pelik dan jelik bg sesetengah lainnya. masih aku ingat ketika kali pertama aku menerima surat tawaran kemasukan ke UiTM...pada masa tu aku masih di Penang bkerja sebagai OPERATOR PENGELUARAN di Alligience Healthcare Sdn.Bhd. yg terletak di Zon Perindustrian Bebas, Bayan Lepas, Pulau Pinang...memang agak perit bekerja sebagai operator pengeluaran...barulah aku tahu betapa susahnya mencari sekeping kertas bermaruah itu...aku terpaksa bekerja 3 shif iaitu pagi (7pg-3ptg), shif petang (3ptg-11mlm) dan shif malam iaitu syif paling menyenangkan (11mlm-7pg). aku ke bank pd masa itu untuk mengeluarkan wang gaji aku pd penghujung bulan April 2001...tiba-tiba telefon bimbit aku (pada masa tu jenama Alcatel) berbunyi. terpancar nombor telefon rumah kakak ku iatitu kak intan di skrin kecil telefon bimbit atau handphone atau henpun x pun hp saja senang aku ringkaskan...
"adik...tengah buat apa" suara kak nora (yg menumpang duduk di rumah kak intan dan suaminya abg salleh) semacam happy mood...~ turn on ur happy mood coz d journey is about to begin ~
"adik kt maybank gelugoq dgn paksu, tekan duit" jawabku dlm loghat penang. mmg aku x dpt lari drpd bahasa penang sbb kwn2 mmg org utara tmasuk kedah...lg pun sudah hampir 3 tahun aku berhijrah ke penang setelah bapakku meninggal dunia sesudah aku SPM. aku memerhati paksu (kini abg ipar aku hehehe) yg baru siap mengeluarkan duit di atm mesin melompat anak tangga di hadapan bank itu menuju ke arah ku.
"cepat la balik rumah...plis..plis...balik rumah...ada berita gembira" kak nora penuh girang dan ceria meminta aku utk pulang ke rumah kak intan pd petang itu.
aku masih memikir berita apa yg gembira buatku setelah sekian lama aku tidak merasa happy kerana ayah ku pergi meninggalkan kami selamanya pada Jun 1999.
"hmm...ok lah...petang nanti adik balik kejap" aku memberi harapan walaupun aku semacam malas balik rumah kak intan petang tu.
"hey...nak tau x?surat tawaran uitm smpai...."kak nora mengumpan aku supaya segera merempit motorsikal ex5 ku ke rumah kak intan secepat yg mungkin.
"hah? biar betul...betul ke ni kak? ish yo yo orrrr ja lah..." aku turut gembira tp masih tidak mahu percaya...aku menyeringai penuh gembira di telefon. pak su memerhati gelagatku kebingungan...
"haaa...balik lah...nak masuk universiti x? banyak kena prepair ni..." kak nora mengumpan lg.
"ishhh....mohong!!!!" aku menidakkan kebenaran kata2 kak nora.
"hey ko#& lanjut, baik hang balik.." kak nora mula meninggikan suaranya padaku kerana marah aku tidak mempercayai kata-katanya..
"adalah dimaklumkan, bahawa anda terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam diploma sains kesetiausahaan eksekutif...bla bla bla(begitulah lebih kurang bunyi dlm surat tawaran kemasukan ke uitm cawangan perak)"kak nora mengembang kempiskan dadaku supaya cepat pulang ke rumah menyambar surat itu daripadanya.
"arghhhh betoi ka?ok ok ok adik balik sekarang...alhamdulillah..."aku memuji mengucapkan syukur atas nama Allah...kepalaku teringat akan ibuku (kini sudah pergi selamanya 2005) dan tidak sabar memberitahunya di kampung...
"ada apa dik?" paksu menyergahku sambil mengambil topi keledar yg penuh tampalan sticker buatannya sendiri dari motorku.
"saya dapat masuk uitm..."jawabku girang memberitahu berita baik dan mulia itu.
aku lihat wajah paksu muram bercampur sedih...aku terdiam...aku faham. aku akan meninggalkan paksu, abg is, alsmie, ery, lan dan azizan di rumah bujang yang aku tumpang di sungai nibong...
"tok sah pi lah" paksu mengusik aku dgn tidak bersetuju.
"ish...mana boleh...ni lah masa depan saya, masa depan keluarga saya...masa depan kita juga" jawabku memberi harapan kpd keluarga, rakan2 dan diriku sendiri penuh hemah.
"nanti paksu xdak kawan kt sini...nak kluaq dgn sapa lg hat sekepala pun?" paksu membantah
"ishhh ada ke ckp mcm tu...jgn risau..saya x kemana cuma pergi belajar saja...tu pun x tau brp tahun..nak balik rumah kak intan tengok surah tawaran tu" alasan berhemah ku tersembur lagi mematikan kata2 paksu.
"hmmm..jom lah balik..nak terberak...senak perut la pulak aihhh" paksu mengajakku segera pulang..aku memang mahu segera pulang menuju rumah kakak ku yg nombor 3 dan 5 dlm salasilah keluargaku. setelah menghantar paksu pulang ke rumah sewa kami di mutiara apartment..aku secepat mungkin merempit ke rumah kak intan...aku rasa betol2 lama dan jauh hendak smpai ke rumahnya.ada banyak lampu isyarat terpaksa aku tempuh dan membosankan aku...aku melanggar saja lampu merah...dlm hati ku kuning ialah bersedia....ya bersedia memecut dengan lebih laju melanggar peraturan undang-undang jalan raya di Malaysia. sampai saja di depan rumah kak intan, kak nora tersengih menunggu di depa pintu smbil tangan kirinya disorok ke belakang...aku tahu ada surat tawaran kemasukan ke uitm di belakang punggung gebunya itu hahaha gebu kah???
"bak sini..."aku cuba merampas surat itu tapi kak nora sepantas kilat menepis tangan kurusku dan berlari ke dapur...tanda usikan gembira seorang kakak kpd adiknya yg x berapa baik kot.hehehe...
"x boleh...x boleh...potong rambut tu dulu" kak nora semacam mberi amaran dan usikan supaya aku memotong rambut ku yg mencecah bahu dan di sikat rapi belah tengah ikat satu ke belakang...kononnya mcm ali xpdc.
"ye lah..ye lah..nnti kena potong jugak..meh la nak tengok" aku merayu gaya adik manja tp bukan filem adik manja lakonan mr.os dan mustapa kamal itu.
kak nora memberi surat tawaran itu kepadaka...mataku liar semacam x percaya..pertama sekali aku melihat jurusan apa yang akan aku belajar...
"sains kesetiaan eksekutif????" aku merungut bingung...setahu aku, aku tidak pernah apply jurusan itu yg lebih kepada menjadi setiausaha boss jika aku dpt kerja lps graduate nnti...aku bingung...setahu aku, 5 courses yg aku apply dlm borang UPU pemberian kak jan marang, terengganu (adik angkat kak intan) tiada satu pun aku tulis sains kesetiausahaan eksekutif.
"mana ada orang mintak course ni...aduh...jd secretary ke nnti???" aku merungut kpd kak nora.
"hahahahaa..bancuh kopi kt boss la nnti...jemput minum boss" kak nora mengusikku penuh gaya seperti lakonan sheila rusly memberi kopi kepada boss.
"kuang ajaqqqqqq" tempikku pada kak nora. aku turut sama ketawa mengiringi gelak tawa kak nora. mata ku membaca semula dari atas kepala surat smpai ke kaki surat...barulah puas hatiku apabila surat tawaran kemasukan ke uitm berada dlm tanganku.aku membaca surat itu berkali-kali..memang aku tidak percaya.aku ingat lagi, selepas SPM aku tidak mendapat sebarang tawaran kemasukan ke universiti, yang dapat hanya Sijil IT di Politeknik Ungku Omar, Ipoh...tetapi apakan daya bapakku baru meninggal masa tu dan aku kesuntukan wang.memang keluargaku hidup agak sederhana sahaja...ingat lagi kata-kata pak long yang bimbangkan aku hanyut dengan wang ringgit gajian apabila aku mengambil keputusan untuk bekerja dan tidak terus melanjutkan pelajaranku..itu tandanya pak long mengambil berat soal masa depanku.
"jangan risau..insyaallah nnti kami kerja simpan duit lepas tu isi borang UPU lagi" kataku meyakinkan pak long dan mak long...mata emakku berkaca kerana sedih dengan kemiskinan yang melanda keluargaku..dia hanya mampu tunduk tanda setuju dan berdoa supaya aku dapat menyambung pelajaran dan tidak hanyut dengan dunia pekerjaan...apalah yang anaknya tahu liku-liku hidup di tempat orang.itu yg membuatkan emakku risau, bimbang tp dia penuh yakin mengajarku supaya menyimpan duit gaji supaya hasratnya untuk melihat aku ke universiti tercapai.
aku masih teringat sekeping kad ciptaan sendiri yg di kirim kak ros iaitu anak maklong dan pak long kepadaku menjelang aku SPM dulu.ayat yang paling aku terharu dan bersemangat tertulis "tempatkan diri adik dimana-mana universiti paling kurang UiTM...jangan hampakan harapan kedua ibu bapa yg bersusah payah membesarkan adik"
perghhh...itu lah statement of the year yg aku ingt smpai sekarang...kak rose, anak bongsu mak long dan pak long yg berjaya ke UIA, Gombak...aku rapat dengan kak rose..sangat rapat...kata-kata semangat itu aku ingat smpai mati..lebih masin mulut kak rose, lebih afdhal doanya pada sekeping kad ciptaannya yg comel dihiasi bunga rose lipatan kertas itu...kini, surat tawaran UiTM berada di dalam genggamanku.aku terharu...sayu...pilu..syukur.
"hoi..melamun!" sergah kak nora secara tiba-tiba.
"xde lah, dok pikir nak korek duit di mana nak masuk UiTM ni..simpanan x cukup la" aku mengadu kpd kak nora..kak nora menampakkan wajah sugul..tp dia tersengih..
"alahhhh...toksah dok pikir la..jom p makan bihun sup kt blkg seagate" pinta kak nora memujukku melupakan masalah baru menimpaku.dia hendak belanja aku makan bihun sup yg agak femes di blkg seagate tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "...then i will start it again :)"

Post a Comment