The Beginning


Arakian bermula cheritera di sebuah daerah di Manjung, Perak. Beberapa orang manusia kelihatan sugul apabila mengetahui 'UiTM Manjung' kelihatan sebegitu rupa. Tujuannya hanya satu, menimba dan menuntut ilmu untuk mencari segulung diploma. Tiada berniat untuk bersengketa, demi mencari ilmu mereka terpaksa tinggal di dalam 'rumah kedai', girang dan sadis sungguh lagaknya.


Seminggu berlalu, selepas tamat minggu pertapaan (suaikenal,orientasi dsb) Kami tiba di tempat tuntutan. Tempat tinggal dan bersemayamnya para putera, I3 diberi nama. Maka, bertemulah kami semua. Dalam pertemuan dua mata ini, kami belum sempat memulakan bicara. Masing-masing dengan kelakunya, sibuk mengemas untuk kembali ke kampung halaman. Ada yang berseluar sukan (macam tau je sapa), ada yang serseluar hijau dan ada juga yang memakai kasut joging(pun macam tau je sapa) . Berpusu manusia menuju destinasi, Stesen Bas Sri Manjung. Tidak ada nama tempat lainkah untuk ditempatkan kepada ku selain 'kampus' itu? Sang penuntut hanya terkedu girang, ada yang hingga merah hidung kelihatannya. Seraya, masing-masing mula menjeling tanda marah dan bengang...tidak terkata...tidak dapat ditahan-tahan lagi kemarahannya. Maka, bermulalah sebuah epik, "the indies tribute to Manjung"...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "The Beginning"

Post a Comment