...bermulanya liku-liku kemasukan UiTM - mozaik01

"hello assalamualaikum, mak! mak! adik dpt masuk UiTM...ni surat dah smpai rumah" kak intan terus menelefon emak di kampung sebaik sahaja dia pulang dari kerja dan mendapat tahu berita penting itu dari kak nora.
"alhamdulillah..."jawab emak penuh syukur sayu sayu suaranya di telefon.aku pasti emak aku mengalirkan air mata..aku sangat pasti sebab saat2 yang dia tunggu menjengah juga..sejak kematian bapakku..tiada berita seindah berita aku mendapat tawaran kemasukan ke uitm.aku pasti emak sujud syukur dan penuh terharu.
"mak, adik ni...mak, adik dpt masuk UiTM..lega sangat2"kataku pada emak
"akhirnya...x sangka betul..isi borang pun main-main ja..tp ada jugak buat solat hajat banyak kali" aku bersemangat memberitahu emak.
"alahmdulillah dik, syukurlah" emak melafazkan syukur tanpa jemu..aku menjadi sebak kerana terkenang arwah bapa aku.aku rasa mahu segera pulang ke kampung petang itu juga tapi aku masih lagi terikat dengan shif kerja.aku mahu meletakkan resignation letter secara berhemat.aku hanya ada masa lagi dua minggu dengan tarikh pendaftaran kemasukan uitm...lagi dua minggu..apa yang aku ada?cukupkah masa?sempatkah aku membeli keperluan yang tertulis di dalam surat tawaran tersebut?aku bingung...aku panik 5minit...hahahahaha...ted, keep cool okeh!
di kilang aku berjumpa dengan supervisor aku dan menceritakan bahawa aku mendapat tawaran kemasukan ke uitm. jadi aku dapat berhenti kerja dengan hormat dan mendapat bayaran sepenuhnya setelah ditolak itu ini..syukur..segalanya berjalan lancar.tapi aku harus segera membeli keperluan..perkara pertama tiada di dalam almari aku ialah kemeja putih tangan panjang, sluar slack dan tali leher.mujurlah abang salleh memberi tali leher dan kemeja..seluar slack memang aku tidak boleh pakai sebab umpama orang mahu ke bendang.manakan tidak aku lebih tinggi dari abang salleh jadi seluar aku semestinya lagi panjang dari dia...kak emy! ya kak emy! aku meminta bantuan kewangan dari kak emy..x lupa kak intan, kak nora dan juga kawan serumah bujang aku ery...ery paling banyak menyumbang dan memberi pinjam duit..dia memang berhati mulia..sanggup berkorban kerana kawan-kawan.aku betul-betul terharu..aku meminta bantuan ery untuk pulang ke kampungku di Kampung Chepor, Lenggong, Perak.aku perlu mendapatkan cop pengesahan sijil sijil ku oleh penghulu daerah Lenggong...ery hanya mengiakan dan menyenangkan aku...dia menasihatiku supaya tidak perlu bimbang..
ery, is dan paksu menyewa kereta untuk membantu aku pulang ke kampung menyelesaikan urusan cop pengesahan sijil-sijil yang diperlukan..aku benar-benar terharu..sampai tahap itu bantuan kalian..amat benar mengharukan..aku bersyukur..setelah selesai segala urusan aku mengajak ery, is dan paksu singgah di Lata Kekabu untuk berlibur..ya..pergi mandi air terjun..memang best...best giler katanya.kami sempat mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar berlatarbelakangkan air terjun..hanya 4orang kami sahaja mandi pada hari itu kerana hari itu hari jumaat dan tidak ramai orang..setelah selesai kami pulang ke penang semula..aku bersyukur kerana mendapat kawan yang sanggup bersusah payah...

~ sabar lah kawan..aku cerita sedikit latar belakang sebelum kisah UiTM bermula..intro kena panjang sikit..harap bersabar ~

tarikh pendaftaran di UiTM ialah 14 Mei 2001...bertempat di UiTM Cawangan Perak, Sri Iskandar....aku sendiri tidak pernah sampai ke sri iskandar ..ada juga tempat di daerah perak tengah bernama sri iskandar...dalam hati aku bila sebut perak tengah, aku terus tertangkap kepada seorang lelaki bermuka jepun campuran melayu..Mohd Fadli Zaman bin Abdul Manan..ya..aku ingat..dia adalah boifren kak rose, anak maklong aku.hahaha...tp masing2 sudah berkahwin sekarang..tiada jodoh...aku minta bantuan kak emy dgn faizal..faizal yg merupakan boifren kak emy..juga tiada jodoh..masing2 berkahwin dgn org lain..aku bsyukur kak emy berkahwin dgn paksu..kwn aku...itu jodoh namanya kawan...jodoh.memang magika...kak emy terpaksa menggolok gadai barang kemas hanya ingin memasukkan aku ke UiTM..aku terharu...diberinya aku sejumlah wang yang cukup untuk aku di uitm nanti...tapi nanti akan aku ganti setelah aku graduan dan mendapat kerja..itu janjiku..ternyata aku menunaikan janjiku kini...
di rumah kak intan, di penang, aku mengumpul barang-barang yang diperlukan untuk minggu wawasan siswa (mws) iaitu minggu orientasi di uitm sri iskandar..masih ingat x lagi kawan-kawan sekalian????
aku teringat duit gaji yang seharusnya aku tuntut kepada bekas majikan ku..tapi lagi 2minggu baru aku boleh mendapat gaji terakhir itu.aku tak kesah kerana aku mempunyai wang yang cukup untuk survive sebagai student...sebagai permulaan..esoknya aku ke rumah kak emy di ipoh..kak emy sudah siap sedia dengan kereta kawan faizal yang akan menghantar aku ke uitm sri iskandar..emak tidak sihat untuk menghantarku..jadi kak emy menghantarku...kakak aku yang lain bekerja..kak amy menggalas tanggungjawab sbg kakak dgn sesempurna mungkin..aku tidak mahu dimanja-manja..aku sudah dewasa, sudah besar..matang?fikiran belom matang...itu yang pasti..

~ selamat datang uitm dlm hidupku...aku kini memasuki menara gading..puncak menuntut ilmu tertinggi dalam kamus hidup anak kampung seperti aku..tidak pernah aku bermimpi hatta melangkah masuk ke universiti..syukur ke hadrat Ilahi ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "...bermulanya liku-liku kemasukan UiTM - mozaik01"

Post a Comment