i surrender.....teruskanlah menaip!



hurmmmm mcm mana nk mula ek! tengok tajuk ja aku dah angkat tangan...lama jugak aku x mencoret dalam ni...apakan daya keterbatasan masa yg menghadkan aku untuk menulis...nak menulis pun kena ada idea dan masa yg terluang panjang...kalau setakat nak push diri sendiri for sure nak tulis pun x best jadi maram merapu kepunden saja(tiba2 teringat naruto shippuuden)...and i'm sure my administrator akan delete apa yang aku merapu tu kakakaka lol

ted : surrender je lah...angkat tangan angkat kaki angkat bendera putih ja lariiiii
owh TIDAK....TIDAK sama sekali...pantang ajal sebelum maut, pantang menyerah sebelum kalah...aku takkan berhenti menulis demi meneruskan legasi blog roomakedai3 ni yg di create kan bsama almichiz tersayang...sekadar mahu berkongsi bersama teman-teman tentang coretan lama semasa semua berada di Manjung meneruskan cabaran hidup sbg Mahasiswa! perghhh ayat x hengat...

tatkala aku mengorek hidung yang tidak berisi dek kerana selalu dikorek, aku memikirkan ayat2 yg hendak aku tulis....demi sebuah blog tanda persahabatan...sambil menjentik isi dari hidung ke lantai aku menggerakkan jari jemari aku. meletakkan jari telunjuk kanan pada papan huruf J kekunci laptop aku, jari tengah pada huruf K, jari manis pada huruf L dan jari anak pada tanda :/; hahaha ada paham??? tangan sebelah kiri pula jari telunjuk pada huruf F, jari tengah pada huruf D, jari manis pada huruf S dan jari anak pada huruf A...kedua-dua ibu jari diletakkan pada SPACEBAR hahahahaha mesti kalian bengong+keliru menggaru-garu kepala yg tiada berkutu..kalau ada pun mana nk mengaku dah besar panjang kot..bulu ketiak pun dah sejengkal boleh jadi ikal mengurai...teringat aku pada lecterur Rohana Che Som yang mengajar aku subject Document Processing waktu di semester pertama di UiTM Manjung...maka berkat kesungguhan dan kegigihan serta ketekunan aku mengikut setiap kata kata dan pesanan RCS...aku berjaya menakluk papan kekunci sama ada kekunci laptop, komputer, mesin taip @ typewriter...dengan menggunakan 10 jari...ys...melompat kegembiraan dan sedikit riak...mizi & ayie...hampa ada???
hip hip horrey...pejam mata pun aku bole menaip...kalau tengok key board atau papan kekunci aku kekok nak menaip sebab setiap huruf dan simbol papan kekunci komputer mahupun laptop atau typewriter...semua di dalam otak aku...syukur ingatan tajam anugerah Allah...tapi kawan2...papan kekunci di telefon memang aku x boleh guna 10jari...gila kalau menaip sms dgn 10jari di atas keypad henpon...sapa ada buat macam tu sila tampil ke depan aku nk berguru supaya jari jemari aku tidak buntu mcm almichiz hahahaha

dek kerana kelebihan yang ada pada aku dan kawan2 yg grad lulus 10 jari menaip tanpa melihat papan kekunci...aku teruskan menaip untuk tatapan korang yg sanggup nak baca apa yg aku merapu dan kawan2 aku yg lain merapu juo... tunggu kemunculan cerita terbaru kwang kwang kwang...

p/s : article ini hanya sebuat filler bg memenuhi kehendak administrator yg mahuka aku menaip di blog ni...ada byk cerita menunggu so tunggu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Asal usul dua watak dalam satu cerita

Kali pertama aku balik ke kampung dengan sehelai sepinggang tahun 2001 masa di Uitm Manjung. Dalam perancangan kami,habis sahaja kelas terus ke Billion. Kebetulan stesen bas terletak dalam laluan untuk ke Billion. Masa lalu depan stesen bas, tak terfikir pun macam nak balik. Bila dah lalu nampak ramai orang balik dan berasak-asak di stesen, timbul juga keinginan nak berasak sama sambil merasai suasana balik kampung. Kami pun tak fikir panjang terus beli tiket. Semuanya kebetulan tanpa perancangan. Bila terlintas idea nak balik kampung, kami terus redah tanpa diketahui oleh sesiapa ahli Bilik I3. Semua budak-budak bilik hairan dengan kehilangan kami selama 3 hari 2 malam. Bila kami kembali ke kampus, barulah berita dan perkhabaran tentang kehilangan kami pulang ke kampung tersebar. Bila balik bilik I3, baru kami cakap dah balik kampung.


Peristiwa yang lain pulak...time balik raya...dengan duit takdak...semua sengkek...aku pun dah tak ingat pasal apa kami sengkek sangat time tu....ujung sem kot...bila teringat balik memang kenang yang sedih...kira pengalaman di perantauan...kira ada jugak pengalaman aku...selalu dok dengar ceruta orang je...berbuka kat seksyen 2....makan kebab je...kat bus stop plak tu...sambil tunggu bas ke Pudu.nak naik bas pun pinjam duit member aku...kira ngam2 untuk sampai umah la....sampai AS....kami sahur kat kedai mamak...tapi harga dia lebih mahal dari Restoran Hakim...Dekat 7RM..baik pegi makan KFC.....


Pernah terjadi lagi satu peristiwa...biasa la time balik kg mmg otak gila2...rasanya aku dengan member aku ni mmg dah byk kali dapat pengalaman mcm ni....dgn dia lagi(macam la takdak org lain, aku rasa ia ni memang mamat kantoi , semua benda buat tak jadi)....rasanya semua peristiwa naik bas ni dgn kejadian2 yang berlaku ni disebabkan dia (dia ni umpama si gemuk dalam cita kungfu hustle la, perosak plan)...kalo aku balik sensorang...OK je...xla banyak problem....aku balik dg pun sebab dah lama aku xbalik kg...dah satu sem...last pun cuti bln 12...pastu sem baru sampai la abis sem...raya haji pun balik..sbb byk halangan yg sebabkan aku xbalik lama...keja plak banyak..last2 nak start praktikal..aku nekad nak balik jugak...sbb kalo xbalik kali ni ntah bila plak dapat balik...lepas abis praktikal terus start sem baru...mmg xleh balik...mau setahun la...sebelum start praktikal..aku balik...27 april sampai 7 mei...seminggu lebih la jugak...tp perjalanan nak balik tu la yang teruk...terasa macam cerita kartun pun ada...mcm dalam drama pun ada....aku balik dengan member aku tu lagi...cadang tu nak pinjam duit dia...tapi gaji pakai cek . cash in mkn masa 3 hari jugak.masing-masing dah k etaq lutut nak balik kampung..cek dapat 27hb...dia plak beli tiket Keretapi...balik skali dengan awek dia...ari tu train kami kul 8.45...tunggu dia balik keja lg...siap2 lam kul 7.30...pegi Padang Jawa...pastu dia nak antar moto kt umah...tinggal la aku dgn awek dia kt stesen komuter....sama2 dia sampai tren pun sampai..tiket aku tak beli lagi...lepas la tren tu....dia salahkan awek dia tak beli tiket untuk aku skali...bersiap lambat la apa la.....gaduh plak...aku pun cover2 la sbb aku yang salah...kami tunggu tren lain nak gi KL sentral...pehtu ada ganguan elektrik plak...mmg tak sempat la nak kejar tren kt KL Sentral tu...call member aku suruh anatr gi KL Sentral...tapi semua sibuk sebab tengah prepare untuk final assesment esok.....warghhh...dapat dapat balik lagi la nih....call member umah aku...dia datang antar kami gi KL Sentral..ketapi memang dah confirm lepas...tiket pu burn jugak...on the way tu dia call plak sepupu dia suruh tunggu kat KL Sentral...Nanti spupu dia antar gi Tanjung Malim...wah...macam pesalah nak melarikan diri je....tersusun segala perancangan dan pergerakan...sepupu dia datang...tapi pikir 2 3 kali gak...mcm keja gila...ingat dekat ke tanjung malim tu ...tren dah berlepas...nak kejar..ada la dlm 2 jam...baik balik..waat letih je...mmg tak berbaloi......sepupu dia kata naik bas je..lagi senang.....awek dia pun ckp baik takyah balik...aku pun setuju je...lagipun aku dengan member aku tu tgh sengkek...

Semua belanja tu harap kat duik awek dia je....aku ingat dia pakai duit dia...tapi gaji dia tak dapat lagi...ampeh...kira aku ni menambah lagi beban awek dia plak lagi.....dia tak cakap awal2...kalo tak mmg aku malas nak balik....last2 sepupu dia pi atm amik duit....kami beli tiket kat Jalan Duta...bas pkul 12...sementara nak tunggu bas...pegi lepak kat bangsar.. minum kat kedai kwn dia...pastu pegi Jln Duta balik...naik bas jugak....kan senang...kat lam bas aku cakap kat dia..”Hm macam ni rupanya keretapi...apsala lebih kurang je design dgn bas..”......dia senyum je... tak merasa lagi naik tren ....Sekarang ni aku pun jadi segan bila terserempak dengan awek dia kat school....sbb banyak menyusahkan dia..pinjam duit....

Aku dgn member aku tu dah banyak kali ada pengalaman naik bas last minit pastu dgn kepala yang gila2..

GET YOURSELF OUT!

YOU KNOW YOU ARE THE BEST!

LET'S GET CRAZY!.

teringat pulak cerita Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dulu...kira aku dengan dia tu mcm dua orang budak kg tu la (opie dgn member dia)....terkejar2 bas gi Bukit Jalil tgk sukan komanwel.


Agak-agak hangpa sapalah watak budak dalam cerita ni???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kisah anggur merah, anggur hitam, anggur hijau


mungkihkan cahaya itu terhasil dari biasan embun di ladang-ladang anggur.bisakah kita memetik anggur tersebut tanpa membiarkan titisan tersebut menitis ke tanah? atau kita harus membiarkan sahaja cahaya itu terbias dengan serakan cahaya yang hampir sekata?
"dan adakah rahasia kita ini halus gemersik irama yg bermain2 di hujung lorong itu,adakah kau tahu cahaya apakah yg bersinar di sana?umpama serpihan cahaya mutiara embun pagi yg tidak jemu2 memancarkan diri..apakah rahasia itu?
adakah anggur itu yg mencetuskan perbalahan ini,bongkak mengatakan dirinya persis seorang raja,adakah anggur itu fhm erti keikhlasan sebenar,tatkala mengikat kain merah di kepala moga tidak terpukul sesama sendiri,tersengih anggur itu dengan perilakunya yg misteri.
akhirnya semua akan tiba pada suatu hari yg biasa
pada suatu ketika yg telah lama kita ketahui
apakah kau masih sambut dahulu memintaku makan anggur
sambil membenarkan letak leher kemejaku
kabut tipis pun turun pelan-pelan di lembah kasih...
setiap butir tuturmu penuh kemanisan
maka tidak perlulah untukmu menambahkan lg kemanisan anggur itu
cukuplah apa yg telah tjadi
walaupun keinsafan belum tentu kau kecapi
apakah kau faham metafora ini?...
dicelah celahan pepohon anggur merimbun hijau merah dan kehitaman..embun menitis ke bumi satu persatu akibat panahan sang mentari yang mula menyinsing lantas membangunkan unggas unggas dan serangga yang nyenyak berbantalkan pepohon dedaunan anggur...betapa besar dan mendalamnya rahmat dikurnia tp adakah kita sedar disebalik pemberian ini?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

UiTM Sri Manjung...dalam kenangan









USANG!!! itulah gambaran paling tepat yang boleh aku ungkapkan...sememangnya deretan bangunan rumah kedai yang satu ketika dahulu menjadi pusat pengajian mahasiswa dari seantero daerah dalam Malaysia dan Sabah Sarawak kelihatan usang tidak bermaya...hati menjadi sebak tatkala kaki menjejak kembali di perkarangan blok-I dan blok-T...surau telah menjadi kedai dobi..kebanyakan bangunan terbiar usang dan tidak berpenghuni..pintu rumah yang aku dan rakan-rakan diami dulu telah bertukar..mungkin pintu sudah reput atau pecah atau dipecahkan atau jahanam kerana dimamah anai-anai atau serangga...kawasan tersebut sememangnya terbiar..mungkin tuan pemilik bangunan tersebut tidak mahu repair atau sudah menjual kepada orang lain...aku teringat pada hari pertama menjejakkan kaki di UiTM Sri Manjung...macam-macam perkataan keluar dari mulut mahasiswa..rumah kedai itu sememangnya tidak layak untuk dipanggil Universiti hanya kerana bagunannya...tapi semua itu berubah, tak kenal maka tak cinta...sudah hampir satu semester mendiami kawasan rumah kedai ini..sememangnya banyak sekali pengalaman pahit dan manis dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain...sememangnya lokasi amat strategik...ada pelbagai kedai dari CC ke kedai makan, food court, kedai dobi, salon rambut, kedai video, kedai menjual pelbagai peralatan, kedai basikal dan repair motor dan macam-macam kedai makan..paling femes dikalangan mahasiswa di uitm sri manjung ialah kedai makan HASNAH TOM YAM...ya...hasnah tom yam...sekeping roti canai 60sen amat sedap menyelerakan...memang menjadi port budak-budak melepak mengisi perut di kedai ini...aku dan kebanyakan pelajar lain bersetuju untuk mengangkat roti canai di hasnah tom yam antara yang paling enak di daerah Sri Manjung...selain itu nasi lemak sarawak di medan selera sri manjung...macam-macam ada di sini...tp kini sumanya tak de lagi...sedih melihat bangunan usang..cat merah hati juga sudah semakin pudar dan berlumut...keseluruhan bangunan itu juga sudah berlumut....aku mengambil beberapa keping gambar sekitar uitm sri manjung.........sesungguhnya...uitm sri manjung sememangnya dalam kenangan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Eksplorasi Lata Berembun, Raub, Pahang






















SUPERB!!! tak boleh ucap dengan kata-kata..xpdc aku dgn kwn2 ke Lata Berembun semalam memang menakjubkan..it was awesome n amazing...kami enjoy naik 4wheel drive 4x4 dari pekan raub masuk hutan menuju Lata Berembun...perjalanan mengambil masa 45minit ke 1 jam..memang mencabar terutama time kereta tersangkut semasa menaiki bukit...dari ladang sawit dan kebun pisang...kereta terus menunjukkan kehebatan enjin dan body dengan memanjat batu-batu besar dan menyeberangi sungai...keadaan kami di belakang terhoyong hayang..sape x tahan confirm muntah darah hahaha....berat badan boleh hilang 2-3 kilo sekali naik...berkocak otak bgegar lemak-lemak dlm badan...mcm amber chia punya alat senaman jenama osim tu...memang A++ lah...smpai sahaja ke tapak perkhemahan kami mendengar taklimat sebelum meneruskan aktiviti hiking dan jungle trekking di Bukit Berembun...selepas itu kami melakukan waterfall abseiling...habis abseiling nasi memanggil manggil tanda waktu makan..agak lewat waktu mkn iaitu dalam jam 3ptg...siap makan kami melihat pertunjukan ular...ada 2 ekor ular sawa batik dan seekor sawa batik albino yg berwarna kuning...lagi dua ekor ialah ular hitam jalur kuning (kt kg aku pggil katam tebu)...aku satu satunya lelaki yang berani pegang dan manja-manja dgn ular..yang lain ado..time nk tgkp gambar barulah minta tolong aku letak ular kt badan sorang-sorang hahaa x pasai jd pemain ular...mmg menakjubkan dan enjoy gila babi punyer mwahaha....saper x buat rugi...tepat jam 7 baru lah kami bertolak dari lata berembun ke raub, pahang...smapi KL kul 11mlm..badan penat dan terus tidur...untuk kawan-kawan yang disayangi, nah lihatlah gambar-gambar aksi dan bukan aksi sepanjang aku ber-xpdc di sana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Salam Maulidur Rasul 1431H


assalamualaikum w.b.t

salam maulidurrasul kepada seluruh ummat Nabi Muhammad SAW..semoga keberkatan junjungan yang mulia Rasulullah memberi seribu satu pengertian, penghayatan dan keinsafan kepada kita semua...sama-samalah kita memperbaiki diri dalam mengharung arus duniawi yang semaki mencabar hari ini...doaku kepada keluarga dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian semoga kita semua berjaya mengharungi cabaran kehidupan tidak kira dalam konteks pekerjaan ataupun pelajaran...apa yang penting kita terapkan perjuangan dan sunnah Rasulullah sebagai panduan hidup...jadikan Rasullullah sebagai contoh kerana Rasulullah selayaknya contoh paling unggul untuk dijadikan ikutan...semoga kita semua diberkati dan memperoleh syafaat dari kisah dan pengajarah serta ilmu dan sunnah yang diajar oleh Rasulullah kepada kita ummatnya...Salam Maulidur Rasul.wassalam!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gong Xi Fat Choy!





selamat tahun baru kepada rakan-rakan beragama cina...baru-baru ni aku pegi melaka makan kenduri dan jugak beraya cina di rumah kawan Amelia...aku pegi dgn tunang aku, kirin dan syam..melantak rendang mak amelia masak sedap...sama je dgn rendang orang melayu...oleh kerana amelia keturunan baba nyonya so kami x kesah la..makan saja smpai kenyang...sebelum tu gi melaka...jalan punya la jem dari hiway seremban lagi...kenderaan bgerak perlahan n tiada kemalangan tp byk sgt speedtrap hahaha padan muka kereta2 mewah yg kalut bw keta mcm berlari ke jamban sbb x tahan...kepada kaum yg beragama budha, zhu nimen gong xi fat choy...kepada kaum lain yg pulang ke kampung, pandulah dengan cermat ingat orang-orang tersayang...tanggal 14 februari juga merupakan hari untuk pasangan kekasih yang cintan cintun dan gila bayang asyik masyuk dengan cinta dan janji janji manis pasangan masing2 sedang tu semua mainan kata-kata sahaja hahahaha...i just dont believe it...n u guys better dont trust any promises made on feb 14 bcos if ur partner really2 LOVE u till end of their life...they dont have to wait untill feb 14...they can shower u everyday n every minutes if they really2 do...LOVE u....anyway, lain orang lain persepsinya yang aku tahu aku cintakan bakal isteri aku tu...aku sayang keluarga aku dan aku sayang korang semua sahabat2 dan kawan2 aku....LOVE YOU ALL!!! semoga kita semua dirahmati setiap saat oleh Yang Maha Esa! ameennnn

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS